RAKAN BLOG MASJID
31 May 2014
27 May 2014
PERLU ADA AZAM MENEGAKKAN HUKUM ALLAH !
Alhamdulillah Allah SWT telah memilih saya dan isteri untuk bertamu ke Rumah Allah pada malam tadi untuk mengikuti kuliah maghrib pimpinan Ust Riduan Rahmat. Ust memulakan dengan membacakan tiga ayat al-Qur'an daripada surah Ali Imran.
Surah Ali Imran: 102-104
102. Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya; dan janganlah kamu mati kecuali dalam keadaan beragama Islam.
103. Dan berpegang teguhlah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai. Ingatlah nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuhan, lalu Allah mempersatukan hatimu, sehingga dengan karunia-Nya kamu menjadi bersaudara, sedangkan (ketika itu) kamu berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari sana. Demikianlah, Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk.
104. Dan hendaklah di antara kamu ada segolongan orang yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh (berbuat) yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar. Mereka itulah orang-orang yang beruntung.
Hidup kita di dunia ini adalah atas ehsan Allah. Allah yang bagi semua. Kita tiada apa. Ibadah yang tiada kaitan dengan Allah adalah sesat. Ekonomi yang tiada kaitan dengan Allah adalah sistem ekonomi yang sesat. Politik yang tiada kaitan dengan Allah adalah politik yang sesat. Cuba tanya diri. Kenapa kita guna segala yang milik Allah ini dengan sesuatu yang tiada kaitan dengan Allah?
Allah menafikan segala jenis Tuhan di dunia ini. Melainkan Allah. Nampak pelik tapi itulah hakikat. Janganlah kamu mati melainkan dalam sebenar-benar Islam iaitu mati dalam bertaqwa kepada Allah. Kalau mati dalam keadaan durhaka kepada Allah, maka akan dihumban ke Neraka, nau'zubillah.
Ada kita pernah jumpa hadith Nabi yang menyatakan babi mati masuk neraka? Sedangkan babi itu sehina-hina binatang. Namun manusia yang begitu di anggap mulia di dunia ini akan di humban ke neraka Allah jika matinya dalam durhaka kepada Allah.
Kamu berpegang teguh dengan tali Allah iaitu al-Qur'an. Pegang semuanya daripada sekecil-kecil benda sehinggalah sebesar-besar benda. Pegang semua jangan separuh-separuh atau sebahagian saja.
Hati kamu, iktikad kamu jangan lari daripada al-Qur'an. Infradi (diri sendiri) jangan berpisah daripada al-Qur'an. Jemaah muslim jangan kamu berpecah daripada al-Qur'an. Kita lihat sebab apa umat Islam berpecah belah di Malaysia? Kerana tidak ikut Islam yang berpegang kepada al-Qur'an. Dasar kehidupan dan pemerintahan mestilah diletakkan kepada al-Qur'an dan Sunnah Nabi. Kalau hadis Nabi dan ayat al-Qur'an di permainkan, maka boleh belah ke Neraka Allah.
Apakah kita hendak ikut orang yang cabar Allah? Selagi kita hidup di dunia ini, hiduplah dengan mentaati Allah. Akan ada di akhir zaman, kebaikan yang dibuat kepada rakyat sebenarnya ialah untuk mendatangkan keuntungan kepada diri sendiri. Pabila kamu menuruti mereka maka kamu akan disesatkan dan pabila kamu menentang mereka maka kamu akan dihancurkan.
Lebih baik kamu mati dalam mentaati Allah daripada kamu hidup dalam mendurhakai Allah. Kalau kamu jahil bab hudud, diam sudah. Kerana cakap orang yang jahil bakal menyerlahkan kebodohan mu.
Berapa ramai orang yang tak faham undang2 toghut yang dilaksanakan di Malaysia sejak 57 tahun yang lalu? Namun ia tidak menghalang daripada undang2 tinggalan penjajah itu untuk dilaksanakan betul tak? Sudah berapa ramai manusia yang dihukum mati mengikut tafsiran perundangan manusia?
Setiap kita bertanggung jawab dan akan di tanya di hadapan Allah apa yang kamu lakukan untuk menegakkan hukum Allah di muka dunia ini?
Mengajak manusia untuk berbuat baik, itu adalah tanggung jawab kita semua. Memerintahkan orang buat baik, itu tanggung-jawab pemerintah dan orang yang diberi kuasa contohnya suami, bapa dan kerajaan. Menyeru kepada kebaikan dan mencegah daripada kejahatan.
Mungkar yang paling besar ialah bila berlaku penolakan hukum Allah. Siapa penjenayah? Orang yang berani menukar hukum Allah. Itulah hakikat penjenayah sebenar. Haram jadi halal. Halal jadi haram. Orang yang menderhakai Allah sebanarnya sudah jatuh murtad dan tidak dianjurkan untuk kita berdoa pun kepada mereka ini.
Siapa manusia yang berjaya? Orang yang mentaati Allah, yang melaksanakan hukum Allah. Sebab apa Malaysia bukan negara Islam? Kerana tidak laksana hukum Islam. Politik ada dalam Agama. Jangan sekali-kali kamu cenderung dengan kezaliman. Islam ialah untuk semua orang pada bila-bila masa. Aqidah menjadi tunjang pegangan kita dengan al-Qur'an dan Hadis sebagai rujukan.
ihsan Schooloftots

10 May 2014
08 May 2014
KUBUR TANPA HIASAN, BINAAN DAN TULISAN MENEPATI SYARIAT ISLAM
Kubur Tanpa Hiasan dan Binaan serta Tulisan Menepati Syariat Islam.
Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam mengajarkan kepada para sahabat akan suatu ucapan untuk mereka ucapkan apabila melalui kawasan kubur, iaitu:
السلام عليكم أهلَ الدِّيارِ ، من المؤمنين والمسلمين . وإنا ، إن شاء الله ، لَلاحقون . أسأل اللهَ لنا ولكم العافيةَ
“Kesejahteraan ke atas kamu semua wahai penghuni kampung, dari kalangan orang Mukmin dan Muslim. Sesungguhnya kami dengan kehendak ALLAH akan mengikuti kamu. Kami memohon kepada ALLAH untuk kami dan untuk kamu sekalian akan kesejahteraan.”
(HR Muslim, dari Abu Musa al-Asy`ari `Abdullah bin Qis)
Dari Abu Hurairah radhiAllahu `anhu, beliau berkata bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam telah bersabda yang maksudnya:
“Barang siapa menghadiri jenazah sampai jenazah itu disolatkan, maka ia mendapatkan satu qirath. Dan barang siapa menghadirinya sampai jenazah itu dikuburkan, maka ia mendapatkan dua qirath.”
Ada yang bertanya: “Apakah dua qirath itu?”
Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Sama dengan dua gunung yang besar.”
(Sahih Muslim)

07 May 2014
PERHATIAN UNTUK AJK RUMAH ALLAH DAN GURU PENCERAMAH !
Dengan Nama Allah Yang maha Pemurah lagi Maha Mengasihani !
Ya Allah berilah pertunjuk kepada kami bagaimana mendapat ilmu yang berkat dan bagaimana kami dapat menyantuni dan menghormati guru ,penceramah dan ustaz yang datang ke masjid dan surau kami. Ya Allah kami memohon agar penceramah, Tok guru dan ustaz yang beri kuliah dan ceramah di Masjid-masjid terutama di Masjid Assalam ini diselamatkan dari kezaliman atau tangkapan yang menghina Ulama Pewaris Nabi. Ya Allah restuilah majlis ilmu kami agar bertambah ramai hadirin dan hadirat yang dahagakan ilmu memenuhi ruang masjid atau surau kami. Ya Allah kami harap sumbangan saguhati kepada tok guru,ustaz atau penceramah yang kami sumbangkan jika terkurang maka Kau tambahkanlah dengan anugerahMu ,Ya Allah bukakanlah hati kami agar menyedari keperluan tempat rehat sementara bagi tok guru,ustaz dan penceramah yang datang yang kami panggil yang datang dari jauh. Semoga kami mampu dan dapat menyediakan keselesaan tersebut. Ya Allah semoga sedikit makanan dan minuman sebelum kuliah atau selepas kuliah/ceramah dapat disediakan untuk tok guru,ustaz dan peceramah yang hadir agar dapat memberi kekuatan fizikal dan kesihatan dan keselamatan kepadanya.Ya Allah kabulkanlah permintaan kami agar guru,ustaz dan penceramah akan menyampaikan ilmu yang terbaik berlandaskan dan sentiasa kepada Al-Quran dan merujuk kepada hadis yang sahih sahaja.Kami juga berharap dengan hidayahMu ,bukakan hati Ustaz,tok guru dan penceramah agar mereka juga sentiasa beri komitment yang jitu apabila sudah buat apointmen dengan kami Ya Allah. Sekiranyanya mereka ada halangan segeralah mereka hubungi masjid/surau yang sepatutnyanya menjadi destinasi mereka. Begitu juga janganlah pihak masjid/ surau dengan mudah atau 'last minute' menukar ustaz atau menggantikan ustaz kecuali tanpa menyusahkan atau tidak menutup rezeki mereka pada hari tersebut. wallahhualambissawab.Allahhuakbar!
Ya Allah berilah pertunjuk kepada kami bagaimana mendapat ilmu yang berkat dan bagaimana kami dapat menyantuni dan menghormati guru ,penceramah dan ustaz yang datang ke masjid dan surau kami. Ya Allah kami memohon agar penceramah, Tok guru dan ustaz yang beri kuliah dan ceramah di Masjid-masjid terutama di Masjid Assalam ini diselamatkan dari kezaliman atau tangkapan yang menghina Ulama Pewaris Nabi. Ya Allah restuilah majlis ilmu kami agar bertambah ramai hadirin dan hadirat yang dahagakan ilmu memenuhi ruang masjid atau surau kami. Ya Allah kami harap sumbangan saguhati kepada tok guru,ustaz atau penceramah yang kami sumbangkan jika terkurang maka Kau tambahkanlah dengan anugerahMu ,Ya Allah bukakanlah hati kami agar menyedari keperluan tempat rehat sementara bagi tok guru,ustaz dan penceramah yang datang yang kami panggil yang datang dari jauh. Semoga kami mampu dan dapat menyediakan keselesaan tersebut. Ya Allah semoga sedikit makanan dan minuman sebelum kuliah atau selepas kuliah/ceramah dapat disediakan untuk tok guru,ustaz dan peceramah yang hadir agar dapat memberi kekuatan fizikal dan kesihatan dan keselamatan kepadanya.Ya Allah kabulkanlah permintaan kami agar guru,ustaz dan penceramah akan menyampaikan ilmu yang terbaik berlandaskan dan sentiasa kepada Al-Quran dan merujuk kepada hadis yang sahih sahaja.Kami juga berharap dengan hidayahMu ,bukakan hati Ustaz,tok guru dan penceramah agar mereka juga sentiasa beri komitment yang jitu apabila sudah buat apointmen dengan kami Ya Allah. Sekiranyanya mereka ada halangan segeralah mereka hubungi masjid/surau yang sepatutnyanya menjadi destinasi mereka. Begitu juga janganlah pihak masjid/
04 May 2014
SUBHANALLAH ! PAKAR BEDAH DI BAWAH PERLINDUNGAN ALLAH !
Kisah benar berlaku di Pakistan. Seorang Dr Pakar Bedah terkenal bernama Dr Ishan tergesa-gesa menuju airport. Beliau akan menghadiri Seminar Dunia dalam bidang perubatan yang akan membincangkan penemuan terbesarnya di dalam bidang perubatan.
Setelah perjalanan pesawat kira-kira 1 jam, tiba-tiba pesawat mengalami gangguan dan perlu mendarat di airport yang terdekat.
Beliau pergi ke bilik penerangan dan berkata: "Saya ini doktor pakar, setiap minit nyawa manusia bergantung pada saya dan sekarang kamu meminta saya menunggu pesawat dibaiki dalam tempoh 16 jam?"
Pegawai itu menjawab: "Wahai doktor, jika anda terburu-buru anda boleh menyewa kereta, tujuan anda tidak jauh lagi dari sini, kira- kira dengan kereta mengambil masa 3 jam."
Dr. Ishan setuju dengan cadangan pegawai tersebut dan lalu dia menyewa sebuah kereta. Baru berjalan 5 minit, tiba-tiba cuaca mendung disusuli dengan hujan lebat yang mengakibatkan jarak pandang sangat terhad.
Setelah berlalu hampir 2 jam, dia tersedar yang dia telah tersesat dan terasa keletihan. Kelihatan sebuah rumah kecil tidak jauh dari hadapannya, lalu dia singgah di rumah tersebut. Dia mengetuk pintu dan terdengar suara seorang wanita tua: "Sila masuk, siapa ya?"
Dia masuk dan meminta kepada wanita tua tersebut untuk berehat dan mahu meminjam telefon. wanita tua itu tersenyum dan berkata: "Telefon apa Nak? Apa kamu tidak sedar ada di mana? Di sini tidak ada elektrik, apalagi telefon. Namun demikian, masuklah dahulu untuk berehat, tunggu sebentar saya buatkan teh dan sedikit makanan untuk menyegarkan dan mengembalikan kekuatan kamu. "
Dr. Ishan mengucapkan terima kasih kepada ibu itu, lalu memakan hidangan. Sementara wanita tua itu bersolat dan berdoa, doktor tersebut perlahan-lahan mendekati seorang kanak-kanak yang terbaring tidak bergerak di atas katil disisi wanita tua tersebut dan dia kelihatan gelisah. Wanita tua tersebut meneruskan solatnya dengan doa yang panjang.
Doktor mendatanginya dan berkata: "Demi Allah, anda telah membuat saya kagum dengan keramahan anda dan kemuliaan akhlak anda, semoga Allah mengakbul doa-doa anda."
Berkata wanita tua itu: "Nak, anda ini adalah ibnu sabil yang sudah diwasiatkan Allah untuk dibantu. Sedangkan doa-doa saya sudah dimakbul Allah semuanya, kecuali satu"
Bertanya Dr. Ishan: "Apa doanya?"
Wanita tua itu berkata: "Anak ini adalah cucu saya, dia yatim piatu. Dia menderita sakit yang tidak boleh diubati oleh doktor-doktor yang ada di sini. Mereka berkata kepada saya ada seorang doktor pakar bedah yang mampu menyembuhkan, namanya Dr. Ishan. Tetapi dia tinggal jauh dari sini dan tidak mungkin untuk saya membawa anak ini ke sana. Saya bimbang jika berlaku apa-apa semasa dalam perjalanan. Makanya saya berdoa kepada Allah agar memudahkannya."
Menangislah Dr. Ishan dan berkata sambil teresak: "Allahu Akbar, Laa haula wala quwwata illa billah. Demi Allah, sungguh doa ibu telah membuat pesawat rosak dan perlu diperbaiki lama serta membuat hujan petir dan menyesatkan saya, hanya untuk mengantarkan saya ke sini secara cepat dan tepat. Saya lah Dr. Ishan, sungguh Allah swt telah menciptakan sebab seperti ini kepada hambaNya dengan doa. Ini adalah perintah Allah kepada saya untuk merawat anak ini."
Jangan berputus asa untuk berdoa.
*Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber islampos.com
01 May 2014
Subscribe to:
Posts (Atom)
PERINGATAN BAGI LELAKI !
Mengikut Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995
"Mana-mana lelaki yang baligh yang tidak menunaikan Sembahyang Jumaat
tanpa apa-apa keuzuran syarie yang boleh didakwa dibawah Seksyen 20,
Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995, sekiranya disabit
kesalahan boleh di denda tidak lebih RM1,000 ATAU dipenjarakan selama
tempoh tidak melebihi enam (6) bulan ATAU kedua-duanya sekali."