16 May 2012
GOTONG-ROYONG SUKARELAWAN MASJID ASSALAM BUKIT SENTOSA
Alhamdulillah , walaupun Masjid Assalam ada pekerja menguruskan membersihkan masjid namun sukarelawan masjid yang terdiri dari kariah masjid yang memang ikhlas membantu siak contohnya membersihkan kipas-kipas yang banyak di dalam masjid ini.
Sukarelawan masjid ini sentiasa melapangkan masa membantu apa saja aktiviti yang perlu dibantu seperti memasang langsir, membasuh pinggan mangkuk selepas jamuan , mengemas dapur dan kuliah serta pelbagai aktiviti.
Yang menariknya terdapat 2 pasang pasangan yang sudajh berkeluarga yang sentiasa hadir membantu. Alhamdulillah seorang daripadanya telah dipilih oleh ahli kariah semasa Mesyuarat Pemilihan pegawaidan ajk masjid bagi sessi 2012-2014.
Masjid Assalam masih memerlukan orang atau kariah sebegini dalam membantu menyemarakkan aktiviti masjid dan mengimarakkan demi Allah s.w.t
15 May 2012
SUNGAI AL-KAUTSAR DARI TULISAN PEGAWAI PETRONAS !
Ok. Time kat Padang Masyar ni lah yang kita boleh dapatkan syafaat Rasulullah s.a.w dengan diberi minum air dari Telaga Kauthar. Masa kita tengah menunggu turn untuk dihisab tu, kita akan haus tahap dewa and bila diberi minum air tu je, kita takkan haus sampai bila-bila. Ini janji Allah dan Allah tidak pernah menipu.
Dan yang paling mengharukan sekali, Rasulullah s.a.w sendiri yang akan cedokkan air dari telaga and pass kat kita. SubhanaAllah.. Nak menangis i dengar.
Ok jom cerita sket kisah pasal Telaga Kauthar ni.
Menurut Anas bin Malik, Rasulullah first dapat wahyu tentang Telaga Kauthar ni masa dia tengah take a nap. Masa tu tetiba dia rasa ngantuk sesangat and dia terlelap. Masa tu dia tengah dengan sahabat-sahabat semua. Bila dia terjaga je, dia terus tersenyum. Para sahabat pun cam pelik so diorang pun tanya, "Kenapa kau tersenyum wahai Rasulullah?"
Baginda pun cerita lah yang dia dapat berita gembira dari Allah and dia bacakan lah wahyu yang dia baru dapat tu.
[108.1] Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (Muhammad) nikmat yang melimpah ruah (di dunia dan di akhirat).
[108.2] Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban.
[108.3] Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, dia lah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang diingininya).
Sebenarnya surah Al - Kauthar ni diturunkan untuk menggembirakan hati Rasulullah. Masa tu, anak lelaki baginda yang bernama Ibrahim baru lepas meninggal. Ibrahim was his son yang last hidup. Rasulullah was very sad and at that time, the enemies duk kutuk dia kata ha ha habislah kau keturunan kau dah putus ha ha perjuangan kau takkan kekal la HA HA.
Disebabkan itulah turunnya Surah ini untuk menenangkan hati Rasulullah and to give assurance to him that everything will be alright.
OK. Bila tengok maksud surah ni, apa kena mengena dengan Telaga Kauthar right? Cam takde sebut pun.
Menurut sesetengah riwayat, ada yang kata surah tu memang specifically cakap pasal Telaga Al- Kauthar. So that is why some translations, ayat pertama tu it says..
Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (Muhammad) sebuah sungai Al-Kauthar di dalam syurga.
But ada juga riwayat yang mengatakan memang surah ni takde direct translation about the Telaga. But indirectly and with many many hadiths that came after the surah diturunkan, ayat first yang mengatakan "nikmat yang melimpah ruah,"; maksudnya, antara nikmat yang diberikan kepada Rasulullah adalah Telaga Kauthar ni.
Wallahualam.
Tak mengapa, for now, let's talk about this Telaga Kauthar seperti yang pernah diceritakan oleh Rasulullah s.a.w.
Telaga Kauthar ni nanti adalah sebuah telaga yang mana airnya akan diberikan untuk umat Muhammad yang eligible. Sumber air tu pula adalah daripada sungai di dalam syurga yang bernama Sungai Kauthar, and air dia mengalir dari Syurga sampailah ke Padang Masyar, masuk dalam telaga tu. So sumber air tu bukan lah dari bawah tanah Padang Masyar seperti yang kusangka. It is direct from syurga!
Sungai tu pula sangatlah cantik di mana air dia lebih manis dari madu, lebih putih dari susu. Pasir dia diperbuat dari mutiara. MasyaAllah.
Sahabat ada lah yang curious and pernah tanya kat Rasulullah, berapa panjang sungai tu untuk sampai ke Telaga Kauthar tu? Bila tanya tu, indirectly boleh tahu lah jarak antara Syurga ke Padang Masyar. Kan? And Rasulullah cakap, "sebulan perjalanan."
Mereka pun tertanyalah juga sebulan perjalanan tu kira camne. Jalan kaki ke. Naik unta ke.
Untuk explain "sebulan perjalanan" tu pada para Sahabat, Rasulullah tunjuk dekat satu burung yang at that time adalah burung paling laju pada zaman Rasulullah. And Rasulullah cakap, jaraknya adalah ikut kelajuan burung tu travel selama sebulan.
Berbalik pada telaga tu tadi, orang pertama yang akan pergi ke sana of courselah Rasulullah s.a.w. Sebab seperti yang diceritakan kat atas tadi, baginda sendiri yang akan beri umat dia yang eligible, untuk minum air tu. So dia akan tunggu kat situ, menanti dengan penuh harapan bahawa ramailah yang akan datang. He just cant wait to see us. SubhanAllah. Sebak bila dengar.
So anyway, kita akan diberi "cawan" untuk minum. Sorang satu cawan. No sharing is caring maka tak perlu rampas merampas. And "cawan" tu nanti bukan calang2 mug dari Switzerland tapi Made in China ye. Tapi ia adalah piala2 yang diperbuat daripada emas & perak and banyaknya piala2 tu nanti bilangannya adalah lebih banyak daripada bintang-bintang di langit. (OK. Tetiba lagu bintang2 berkelipan Amy Mastura berkumandang di telingaku)
I tatau lah bintang-bintang di langit tu berapa banyak. Million ke Billion ke. Kena tanya siapa nerd terror Sains. Tapi dalam erti kata lain, Rasulullah nak cakap, ramai lah daripada umat dia nanti yang dapat minum air tu sebab piala tu nanti memang khas sorang satu. Geddit geddit?
Alright. Itu semua pasal Telaga Kauthar.
Tapi yang i lebih berminat nak tau, macam mana caranya untuk dapat minum air dia??
Akan ada satu kes, di mana masa Rasulullah tengah sibuk distribute air tu, tetiba dia nampak seorang dari umat dia yang dia kenal. Dia sangat excited sebab dia kenal orang tu, pernah borak semua. Masa dia tunduk nak kasi piala kat orang tu, tetiba Malaikat halau orang tu tak kasi minum. Rasulullah pun sangat terkejut. So dia tanya kat Malaikat, awat kamu halau? Aku kenal orang tu. Dia sama2 dengan aku dulu.
Pastu Malaikat pun explain and cakap, lepas kau wafat wahai Muhammad, orang tu telah terpesong akidah and murtad. Maka dengan itu, tak dapatlah dia nak merasa air ni.
*nanges*
Siapa pula mereka-mereka yang dapat minum air idaman ini?
Are we one of them?
As said, tak semua orang dapat minum air ni eventhough dia baik, banyak amalan semua. Sebab, dalam hadith dah explain specific amalan untuk kita jadi eligible. Ini lah pentingnya ilmu. Me myself tak pernah tau yang belum tentu kita dapat minum air ni walaupun mungkin insyaAllah kita ni ahli syurga. (Ameeen)
Sebab?
Sebab amalan - amalan yang kita buat mungkin pahala dia untuk reward lain. Bukan air Telaga Kauthar.
So what is it? What is it? Tell me tell me! How to be eligible?
Okay. Senang je nak ingat. Dia ada 4.
1. Selalu berselawat ke atas Rasulullah s.a.w
2. Amalkan sebanyak mungkin Sunnah Rasulullah s.a.w
3. Lahir secara ikhlas perasaan rindu dan kasih pada Rasulullah s.a.w.
4. Beri makan pada orang yang berpuasa.
Ada 4 ni, InsyaAllah. I, Siti Rohani Hashim, will see you there. Ewah perasan dia eligible.
Melihat kepada investment - investment di atas, mudah kan?
Tetapi pada saya, tidak. Dalam seharian, kekadang kita lalai dan lupa nak berselawat ke atas Rasulullah. Harap masa solat je lah. Tapi kalau tengah period? Lupa terus.
And then Sunnah. Antara salah satu Sunnah Nabi adalah keluar rumah dengan kaki kanan. Itu pun kekadang i lupa nak buat. Bila dah jejak keluar dengan kaki kiri baru cam "Danggg".
Uhm kalau patah balik and keluar kaki kanan aci tak?
Maka dengan itu, please sama-sama kita ingat mengingati.
InsyaAllah jika berkesempatan i akan list down kan pula Sunnah2 Rasulullah s.a.w in my next entry supaya kita sama-sama dapat mengamalkannya.
Sunnah ni sebenarnya adalah benda-benda unik yang Rasulullah buat. Unik maksudnya yang lain dari kebiasaan. For example, makan. Ada yang cakap, "semua benda kita buat Rasulullah pernah buat. So basically kira kita dah buat Sunnah la tu."
WRONG.
Memang Rasulullah makan, tapi cara makan tu yang membezakan Sunnah dengan Aktiviti. For example, Rasulullah makan dengan 3 jari. If kita makan dengan 5 jari or even 10 jari pun, tu dah tak dikira Sunnah, tetapi aktiviti gelojoh masa lapang. Walaupun memang kita "makan". Maka sangat rugi di situ.
Korang pernah try makan 3 jari? I tak pernah berjaya unless tengah makan popcorn.
And then, niat. OMG ni sangat penting. NIAT NIAT NIAT. Always apa2 Sunnah Rasulullah yang kita nak follow, niat yang kita lakukan sebab:
1. Mahukan redha Allah
2. Nak ikut Sunnah Rasulullah
If takde niat tu, then apa yang kita buat tu walaupun sama, hanya jadi aktiviti dan bukan amalan.
That is why, again, ilmu sangat penting. Sebab if kita takde ilmu, kita tatau semua benda ni. Pastu rugi 27 tahun sebab tak pernah nak amik tahu Sunnah Rasulullah s.a.w.
*nanges lagi*
Kemudian kena start banyakkan membaca tentang kisah dan sirah Rasulullah. Through this sebenarnya akan timbul perasaan rindu dan kasih pada baginda. Sure boleh punya. Baca Ombak Rindu pun boleh terfeeling2 sampai terbawa ke dunia nyata. Kan Nurul kan?
We can do it!!
Okay lah. Tu aje untuk kali ini. I cerita very briefly the other parts sebab the objective of this entry is to share what we can do to get to drink air dari Telaga Kauthar tu. Banyak lagi kisah sepanjang di Padang Masyar tu semua. That one we can google maa.
Oh lastly lupa nak cerita. Nanti masa kita nak minum tu, memang berebut-rebut. Tolak sana sini. Imagine lah nak cium Hajar-Aswad pun sampai berwrestling2 punggung kan.
So ada la Sahabat yang bertanya pada Rasulullah. Nanti dalam ramai2 umat manusia tu, macam mana kamu nak tau siapa antara mereka tu umat kamu? Sebab dah lah tak pernah jumpa. Cam kitorang ni boleh lah kenal.
Pastu Rasulullah jawab, dia kenal sebab umat dia ada nur di wajah kesan air wudu' kita. Wah wahh ala-ala nur kasih gitew. InsyaAllah :)
Cam umat Nabi lain tu, diorang ada Nabi diorang sendiri lah. And Nabi lain pun ada telaga masing-masing. So kita semua nanti, pergi ke telaga Nabi Muhammad sama-sama ye.
Ameen ya Allah
Ameen ya Allah
Ameen ya Allah
14 May 2012
Kisah Abu Yazid Al Bustami dan MengIslamkan Paderi Gereja Samaan
Kisah Abu Yazid Al Bustami dan MengIslamkan Paderi Gereja Samaan
“Abu Yazid Al Bustami merupakan seorang ahli Sufi yang dikejutkan oleh mimpinya supaya pergi ke gereja Samaan. Tiga kali mimpinya itu berulang. Lalu ia bersiap dengan pakaian dan cara yang diberitahu dalam mimpinya.
Ia masuk ke gereja Samaan tanpa diketahui oleh Paderi-paderi yang hadir. Dia bersama-sama paderi lain menanti kedatangan ketua Paderi. Setelah ketua Paderi datang, ketua Paderi itu tidak dapat berucap.
Dia tahu ada orang lain, orang Islam di dalam gereja itu. Katanya, ” ada orang yang percaya kepada Syariat Muhammad di dalam gereja ini.”
Semua paderi menjadi gempar dan mereka menghendaki orang itu di bunuh. Namun ketua paderi mencegahnya, sebaliknya ketua paderi meminta orang itu bangun supaya mereka dapat mengenalinya. Abu Yazid Al-Bustami pun bangun, tanpa rasa takut.
Menjawab 50 pertanyaan bertanya 1 pertanyaan.
Ketua paderi berkata, “Wahai pengikut Muhammad, saya akan mengajukan pertanyaan kepada kamu. Jika kamu dapat menjawab semuanya dengan benar, maka saya akan mengikuti agama kamu. Namun jika kamu tidak dapat menjawabnya, maka kami akan membunuhmu.”
Jawab Abu Yazid, “Baiklah! Tanyakan apa saja yang kamu ingin tanyakan.”
Ketua paderi itu mengemukakan 50 pertanyaan bertubi-tubi dan kemudian Abu Yazid menjawabnya dengan tepat.
Kata Abu Yazid, “Saya sudah jawab semua pertanyaan tuan. Sekarang apakah ada lagi pertanyaan-pertanyaan yang lain?”
Semua pendeta menjawab, “tidak ada lagi,”
Kemudian Abu Yazid mengemukakan pertanyaan kepada mereka. “Beritahu saya kunci Syurga dan Neraka langit.”
Tidak seorang pun yang dapat menjawabnya dan mereka mengaku bahawa memang mereka tidak tahu jawabannya. Baru satu pertanyaan sudah tidak dapat dijawab sedangkan Abu Yazid telah menjawab berpuluh pertanyaan. Mereka
meminta ketua paderi menjawab, namun ia membisu.
Katanya, “Bukan saya tidak mau menjawab, tetapi saya takut kamu semuatidak sependapat.” Mereka hairan mendengar kata-kata ketua paderi itu. Akhirnya mereka mendesak juga dan bersedia untuk menyetujui serta menerima kata-kata ketua mereka.
Kemudian ketua Paderi menjawab “Bahwa kunci Syurga dan Kunci langit itu tidak lain ialah “LAILA HAILLALLAH HU MUHAMMAD DARASULULLAH.” Tegas ketua paderi.
Mereka semua tersentak, terdiam. Lalu Abu Yazid berkata, “Memang benar kata ketua kamu ini.” Semua paderi memeluk Islam, Abu Yazid menuntut janji kepada ketua paderi dan persetujuan pengikut-pengikutnya.
“Sahabat-sahabat sekalian percayalah bahawa apa yang saya ceritakan ini adalah benar. Saya tidak dipaksa oleh siapapun dalam mengucapnya. Memang sudah lama saya fikirkan hendak menyampaikan masalah ini kepada sahabat-sahabat semua, tetapi saya bimbang sahabat-sahabat tidak akan percaya kepada saya lagi. Saya hanya menunggu waktu.”
“Dari mana tuan mengetahui perkara ini?” Tanya salah seorang paderi.
“Dari ketua sebelum saya.” Jelas ketua paderi.
“Sebelum ketua itu meninggal dunia dia telah bersumpah bahwa perkara yang dikatakan itu adalah benar.” Sambung ketua paderi itu.
“Kalau begitu, apa lagi yang kita tunggu!” Ketua paderi dan pengikut-pengikutnya semuanya memeluk Islam disebabkan oleh Abu Yazid. Ilmu Abu Yazid telah menyelamatkan daripada maut. Ilmu ketua paderi telah menyelamatkan daripada kesesatan dan ilmu kedua-duanya telah menutup tabir kejahilan dan menyingkap tabir kebenaran dan Islam!
Berikut ini Pertanyaan Ketua Paderi. Dan Jawaban Abu Yazid Al-Bustami
1. Yang satu tidak ada duanya.
Kewujudan Allah Maha Esa. Dia Tuhan yang tunggal tiada sekutu bagiNya.
2. Yang dua tiada tiganya.
Malam dan siang. Apabila pergi malam datanglah siang dan apabila pergi siang datanglah malam.
3. Yang tiga tiada empatnya.
Kursi, Kalam dan Arash Allah Hu Subhanahu Wa Ta’ala.
4. Yang empat tiada limanya.
Taurat, Injil, Zabur dan Al-Quran.
5. Yang lima tiada enamnya.
Islam telah memfardhukan solat lima waktu : Zohor, Asar, Maghrib, Ishak dan Subuh.
6. Yang enam tiada tujuhnya.
Hari-hari Allah telah menciptakan langit dan bumi. Ini semua tersebut di dalam Kitab-kitab suci juga.
7. Yang tujuh tiada lapannya.
Tujuh petala langit dan tujuh lapis bumi yang disebut di dalam Kitab Suci juga.
8. Yang lapan tiada sembilannya.
Bilangan Malaikat yang memikul Arash Allah Taala yang disebutkan di dalam Kitab Suci (ertinya) : Dan akan memikul Arash Tuhan kamu pada hari (Kiamat) itu adalah lapan Malaikat.
9. Yang sembilan tiada sepuluh.
Bilangan kaum daripada golongan manusia yang menjadi kerosakan bumi Allah, sebagaimana yang tersebut di dalam Kitab Suci (ertinya) : Di dalam kota itu dahulu terdapat sembilan kumpulan yang menjadi perosak bumi, mereka tidak pernah melakukan yang baik.
10. Sepuluh yang sempurna.
Kewajipan puasa sepuluh hari ke atas orang yang berihram haji sebagaimana firman Allah Taala (ertinya): Maka hendaklah ia (orang yang berihram haji) berpuasa tiga hari semasa haji dan tujuh hari setelah balik ke negerinya. Itulah dia sepuluh yang sempurna.
11. Yang sebelas.
Saudara-saudara Nabi Yusof AS.
12. Yang dua belas.
Bilangan bulan dalam setahun.
13. Yang tiga belas.
Mimpi Nabi Yusof AS yang tersebut di dalam Kitab Suci: Sesungguhnya Aku melihat sebelas bintang, matahari dan bulan. Jumlahnya tiga belas.
14. Orang yang berdusta,kemudian dapat masuk Syurga.
Mereka ialah saudara-saudara Nabi Yusof AS. Mereka memberitahu ayah mereka Nabi Yaakob AS bahawa Yusof telah di makan serigala. Mereka membawa pakaiannya yang dilumur dengan darah kambing. Perkara yang mereka lakukan itu adalah suatu dusta.
15. Orang yang benar, tetapi mereka dimasukkan ke dalam neraka.
Mereka ialah kaum Yahudi dan Nasrani, sesuai dengan firman Allah Taala (ertinya) : Telah berkata Kaum Yahudi, kaum Nasrani itu tidak benar dan berkata kaum Nasrani pula kaum Yahudi itu tidak benar. Kedua-dua kaum itu berkata benar pada tuduhan mereka antara satu dengan lain, namun mereka tidak mahu tunduk kepada kebenaran yang ada di hadapan mereka iaitu mempercayai agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW sebagai agama yang sebelumnya. Lantaran itu mereka menduduki neraka.
16. Tempat roh dalam badan manusia.
Roh berada di dalam tubuh badan manusia yang hanya diketahui hakikatnya oleh Allah Taala kerana roh adalah merupakan urusan Allah Taala jua, berdasarkan firmannya (ertinya) : Katakan roh itu dari perkara urusan Tuhanku.
17. Al Zariyati Zarwa.
Nama empat macam angin.
18. Al Hamilati Wakra.
Awan gemawan di dada langit.
19. Al Jariyati Yusra.
Perahu-perahu yang belayar di laut.
20. Al Mukassimati Amra.
Malaikat-malaikat yang bertugas membahagi-bahagikan rezeki kepada manusia pada malam Nisfu Syaaban.
21. Yang empat belas.
Tujuh petala langit dan tujuh lapis bumi yang sesuai dengan firman Allah Taala (ertinya) : Maka Allah berfirman kepadanya iaitu kepada tujuh petala langit dan tujuh lapis bumi, datanglah kepada aku secara patuh terhadap perintahKu ataupun secara terpaksa. Maka berkata kedua-dua langit dan bumi, “kami akan datang kepadaMu secara patuh dan taat.”
22. Kubur yang berjalan dengan penghuninya.
Ikan besar yang menelan Nabi Yunus AS. Nabi Yunus AS di bawa oleh ikan ke mana-mana sahaja yang akhirnya dimuntahkan di pantai dengan izin Allah Taala.
23. Yang bernafas, tetapi tidak mempunyai roh.
Waktu subuh seperti firman Allah Taala (ertinya) : Demi subuh apabila ia terlepas.
24. Air yang tidak turun dari langit dan tidak keluar dari bumi.
Air yang dikirim oleh ratu Balqis kepada Nabi Sulaiman AS di dalam botol iaitu air peluh kuda.
25. Empat yang bukan daripada golongan manusia, Malaikat dan bukan daripada punggung lelaki dan daripada perempuan.
Kibas yang di bawa Jibril AS sebagai korban ganti Nabi Ismail AS, unta Nabi Salleh AS yang disembelih kaumnya, untuk Nabi Adam dan Siti Hawa AS.
26. Satu ciptaan Allah, lalu diingkarinya sebagai satu yang buruk.
Suara keldai yang tidak sedap didengar, sesuai dengan firman Allah Taala (ertinya) : Sesungguhnya suara yang paling buruk ialah suara keldai.
27. Darah yang mula-mula mengalir ke bumi.
Darah Habil yang dibunuh oleh saudaranya Kabil.
28. Sesuatu ciptaan Allah, lalu diangkat sesuatu yang berat.
Helah kaum wanita, seperti firman Allah Taala (ertinya) : Sesungguhnya tipu helah wanita adalah suatu tipu helah besar atau berat.
29. Pada mulanya sebatang kayu kemudian menjadi roh.
Tongkat Nabi Musa AS.
30. Wanita yang paling utama.
Hawa, ibu sekalian manusia, kemudian Khatijah dan Aisyah, Asiah (isteri Firaun) dan Maryam Binti Imran.
31. Gunung yang paling utama.
Gunung Tursina.
32. Binatang yang paling utama.
Kuda.
33. Bulan yang paling utama.
Bulan Ramadhan.
34. Malam yang paling utama.
Lailatul Qadar.
35. Tentang Atta’mah.
Hari Kiamat.
36. Pohon yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting ada 30 daun, setiap daun ada lima kembang, dua bunga di matahari dan tiga bunga di tepi kegelapan.
Pohon itu “tahun” yang padanya ada 12 bulan, satu bulan ada 30 hari. Lima itu ialah lima waktu solat.
37. Satu benda yang pergi haji dan tawaf di Baitullah, tetapi tidak mempunyai roh dan tidak wajib haji.
Bahtera Nabi Noh Alaihissalam.
38. Empat jenis air yang lain rupanya dan rasanya, tetapi sumbernya satu.
Air mata, air telinga, air hidung dan air mulut. Air mata masin, air telinga pahit, air hidung masin dan air mulut tawar.
39. Nakir, fatil dan kitmir.
Nakir ialah titik yang terdapat pada kulit luar benih, fatil ialah titik yang terdapat di dalam benih dan kitmir ialah kulit yang membaluti benih.
40. Sabid dan Labad.
Bulu kambing biri-biri dan kambing kasi.
41. Sam dan Ram.
Makhluk yang telah ada sebelum wujud Nabi Adam AS.
42. Maksud keldai Makwak.
Keldai Makwak tanda ia melihat syaitan, lalu ia berkata: Allah melaknatnya.
43. Maksud anjing menyalak.
Anjing menyalak bermaksud : Awas! Celaka bagi penghuni-penghuni neraka dari kemurkaan Allah yang maha berkuasa.
44. Maksud jeritan kuda.
Kuda menjerit bermaksud : Maha suci Allah yang memeliharaku ketika tentera berpadu menyerang musuh dengan penuh semangat.
45. Maksud jeritan unta.
Unta menjerit membawa maksud : Hasbiyallahu Wakafa Billahi Wakila (ertinya): Memadailah Allah bagiku dan cukuplah Dia tempat aku menyerahkan diriku.
46. Maksud nyanyian burung Bulbul.
Nyanyian Bulbul bermaksud : Maha suci Allah pada waktu pagi dan pada waktu petang.
47. Maksud bunyi katak.
Bunyi katak bermaksud : Maha suci Tuhan yang di sembah di mana-mana sahaja ada makhlukNya dan di tempat-tempat yang tiada penghuninya.
48. Maksud kata-kata burung Nakus.
Maksud kata-katanya : Maha suci Allah sungguh-sungguh! Wahai anak Adam! Lihatlah di barat dan di timur di dunia itu, adakah makhluk yang menongkat langit?
49. Kaum daripada makhluk Allah yang diutus kepadanya, namun ia bukan dari kumpulan jin, manusia dan Malaikat.
Makhluk itu adalah lebih seperti firman Allah Taala (ertinya): Dan Tuhan kamu telah mewahyukan kepada lebih.
50. Di mana malam ketika siang dan di mana siang ketika malam.
Kedua-duanya berada di dalam ilmu Allah Taala yang amat sulit.
13 May 2012
10 May 2012
PESANAN PENTING PEMUDA & PEMUDI ISLAM !
Pesanan Syeikh Ahmad Yassin kepada Pemuda dan Pemudi Islam
Pesanan dari As Syahid Syeikh Ahmad Yassin.
Wahai anak-anakku, telah tiba saatnya kalian kembali kepada ALLAH swt dengan meninggalkan pelbagai keseronokan dan kealpaan kehidupan dan menyingkirkannya jauh daripada kehidupan kalian.
Telah tiba saatnya kalian bangun dan melakukan solat subuh secara berjemaah.Sudah sampai saatnya untuk kalian menghiasi diri dengan akhlak yang mulia, mengamalkan kandungan al-Quran serta mencontohi kehidupan Nabi Muhammad saw.
Aku menyeru kalian wahai anak-anakku untuk solat tepat pada waktunya. Lebih dari itu, aku mengajak kalian wahai anak-anakku, untuk mendekat diri kepada sunnah Nabi kalian yang agung.
Wahai para pemuda, aku ingin kalian menyedari dan menghayati makna tanggung jawab.Kalian harus tegar menghadapi kesulitan hidup dengan meninggalkan keluh kesah.
Aku menyeru kalian untuk menghadap ALLAH SWT dan memohon keampunan dari-Nya agar Dia memberi rezeki yang berkat kepada kalian.
Aku menyeru kalian supaya menghormati orang yang lebih tua dan menyayangi orang yang lebih muda.
Aku ingin kalian tidak tertidur oleh alunan-alunan muzik yang melalaikan, melupakan kata-kata yang menyebutkan cinta kepada manusia dan dunia serta menggantikannya dengan kata amal, kerja dan zikir kepada ALLAH.
Wahai anak-anakku, aku amat berharap kalian tidak sibuk dengan muzik dan tidak terjerumus ke dalam arus syahwat.
Wahai puteriku, aku ingin kalian berjanji kepada ALLAH akan mengenakan hijab secara jujur dan betul.Aku meminta kalian berjanji kepada ALLAH bahawa kalian akan mengambil peduli tentang agama dan Nabi kalian yang mulia.
Jadikanlah ibunda kalian, Khadijah dan Aisyah, sebagai teladan. Jadikan mereka sebagai pelita hidup kalian.Haram hukumnya bagi kalian untuk melakukan sesuatu yang boleh menarik perhatian pemuda supaya mendekati kalian.
Kepada semua, aku ingin kalian bersiap sedia untuk menghadapi segala sesuatu yang akan datang.
Bersiaplah dengan agama dan ilmu pengetahuan.
Bersiaplah untuk belajar dan mencari hikmah.
Belajarlah bagaimana hidup dalam kegelapan yang pekat.
Latihlah diri kalian agar dapat hidup tanpa elektrik dan peralatan elektronik.
Latihlah diri kalian untuk sementara waktu merasakan kehidupan yang sukar.
Biasakan diri kalian agar dapat melindungi diri dan membuat perancangan untuk masa depan.
Berpeganglah kepada agama kalian. carilah sebab-sebabnya dan tawakal kepada ALLAH.
Posted by Lee Al Peraki at 12:50
09 May 2012
PERKAHWINAN RASULULLAH DAN ISTRI-ISTRI BELIAU
Rahasia di sebalik Pernikahan Nabi Muhammad SAW ~ Ketika orang-orang mendengar bahawa baginda Nabi Muhammad SAW mempunyai banyak istri semasa hidupnya, banyaklah timbul suara-suara yang sumbang ke arah Nabi Muhammad SAW yang kita cinta ini ( Orang-orang kafir ).
Padahal, kalau mereka mau menelaah lebih dalam untuk mengetahui apa rahasia dibalik perkawinan Nabi Muhammad SAW, niscaya mereka akan mengerti dan memaklumi adanya bahkan akan memuji kepintaran strategi dari Nabi besar Muhammad SAW, yaitu : “political and social motives”.
Perkawinan pertamanya dengan Khadijah dilakukan ketika dia berumur 25 tahun dan Khadijah berumur 40 tahun. Selama hampir 25 tahuh, Nabi SAW hanya beristrikan Khadijah, sampai Khadijah meninggal dunia diumur 65 tahun (semoga Allah memberkahinya).
Hanya setelah Nabi SAW berumur lebih dair 50 tahun, barulah nabi SAW mulai menikah lagi. Dengan demikian jelaslah bahwa jika memang Nabi SAW hanya mencari kesenangan semata, tentulah tidak perlu beliau menunggu sampai berusia lebih dari 50 tahun, baru menikah lagi. Tapi Nabi Muhammad SAW tetap mencintai Khadijah selamaa 25 tahun, sampai Khadijah meninggal dunia di usia 65 tahun.
Perkawinannya selanjutnya mempunyai banyak motive. Beberapa perkawinan adalah dengan tujuan membantu wanita yang suaminya baru saja terbunuh didalam membela Islam. Yang lain adalah demi menambah dan mempererat hubungan dengan salah satu pendukung fanantik Islam, Abu Bakr (semoga Allah memberkahinya).
Ada juga dalam upaya membangun hubungan yang baik dengan suku-suku lain yang semula berniat memerangi Islam. Sehingga ketika Nabi SAW mengawininya, maka perang pun terhindarkan dan darah pun tak jadi tumpah.
Setidaknya, ada Professor Non-Muslim yang berkesempatan mempelajari secara langsung mengenai sejarah dan kehidupan Nabi Muhammad SAW berkesimpulan yang berbeda dengan kesimpulan kaum non-muslim lainnya.
John L. Esposito, Professor Religion and Director of Center for International Studies at the College of the holly cross, mengatakan bahwa hampir keseluruhan perkawinan Nabi Muhammad SAW adalah mempunyai misi sosial dan politik (political and social motives) (Islam The straight Path, Oxford University Press, 1988).
Salah seorang non-muslim lainnya, Caesar E. Farah menulis sebagai berikut:
“In the prime of his youth and adult years Muhammad remained thoroughly devoted to Khadijah and would have none other for consort”.
Caesar Farah pun berkesimpulan bahwa perkawinan Nabi Muhammad SAW lebih karena alasan politis dan alasan menyelamatkan para janda yang suaminya meninggal dalam perang membela Islam.
Sehingga memang jika melihat lagi ke sejarah, maka dapatlah diketahui apa alasan sebenarnya perkawinan nabi Muhammad SAW.
Berikut ini kita tampilkan nama-nama Istri Nabi Muhammad SAW beserta sekilas penjelasannya:
1. Khadijah : Nabi mengawini Khadijah ketika Nabi masih berumur 25 tahun, sedangkan Khadijah sudah berumur 40 tahun. Khadijah sebelumnya sudah menikah 2 kali sebelum menikah dengan Nabi SAW. Suami pertama Khadijah adalah Aby Haleh Al Tamimy dan suami keduanya adalah Oteaq Almakzomy, keduanya sudah meninggal sehingga menyebabkan Khadijah menjadi janda. Lima belas tahun setelah menikah dengan Khadijah, Nabi Muhammad SAW pun diangkat menjadi Nabi, yaitu pada umur 40 tahun. Khadijah meninggal pada tahun 621 A.D, dimana tahun itu bertepatan dengan Mi’raj nya Nabi Muhammad SAW ke Surga. Nabi SAW sangatlah mencintai Khadija. Sehingga hanya setelah sepeninggalnya Khadijah lah Nabi SAW baru mau menikahi wanita lain.
2. SAWDA BINT ZAM’A : Suami pertamanya adalah Al Sakran Ibn Omro Ibn Abed Shamz, yang meninggal beberapa hari setelah kembali dari Ethiophia. Umur Sawda Bint Zam’a sudah 65 tahun, tua, miskin dan tidak ada yang mengurusinya. Inilah sebabnya kenapa Nabi SAW menikahinya.
3. AISHA SIDDIQA : Seorang perempuan bernama Kholeah Bint Hakeem menyarankan agar Nabi SAW mengawini Aisha, putri dari Aby Bakrs, dengan tujuan agar mendekatkan hubungan dengan keluarga Aby Bakr. Waktu itu Aishah sudah bertunangan dengan Jober Ibn Al Moteam Ibn Oday, yang pada saat itu adalah seorang Non-Muslim. Orang-orang di Makkah tidaklah keberatan dengan perkawinan Aishah, karena walaupun masih muda, tapi sudah cukup dewasa untuk mengerti tentang tanggung jawab didalam sebuah perkawinan. Nabi Muhammad SAW bertunangan dulu selama 2 tahun dengan Aishah sebelum kemduian mengawininya. Dan bapaknya Aishah, Abu Bakr pun kemudian menjadi khalifah pertama setelah Nabi SAW meninggal.
4. HAFSAH BINT U’MAR : Hafsah adalah putri dari Umar, khalifah ke dua. Pada mulanya, Umar meminta Usman mengawini anaknya, Hafsah. Tapi Usman menolak karena istrinya baru saja meninggal dan dia belum mau kawin lagi. Umar pun pergi menemui Abu Bakar yang juga menolak untuk mengawini Hafsah. Akhirnya Umar pun mengadu kepada nabi bahwa Usman dan Abu Bakar tidak mau menikahi anaknya. Nabi SAW pun berkata pada Umar bahwa anaknya akan menikah demikian juga Usman akan kawin lagi. Akhirnya, Usman mengawini putri Nabi SAW yiatu Umi Kaltsum, dan Hafsah sendiri kawin dengan Nabi SAW. Hal ini membuat Usman dan Umar gembira.
5. ZAINAB BINT KHUZAYMA : Suaminya meninggal pada perang UHUD, meninggalkan dia yang miskin dengan beberapa orang anak. Dia sudah tua ketika nabi SAW mengawininya. Dia meninggal 3 bulan setelah perkawinan yaitu pada tahun 625 A.D.
6. SALAMA BINT UMAYYA : Suaminya, Abud Allah Abud Al Assad Ibn Al Mogherab, meninggal dunia, sehingga meninggalkan dia dan anak-anaknya dalam keadaan miskin. Dia saat itu berumur 65 tahun. Abu Bakar dan beberapa sahabat lainnya meminta dia mengawini nya, tapi karena sangat cintanya dia pada suaminya, dia menolak. Baru setelah Nabi Muhammad SAW mengawininya dan merawat anak-anaknya, dia bersedia.
7. ZAYNAB BINT JAHSH : Dia adalah putri Bibinya Nabi Muhammad SAW, Umamah binti Abdul Muthalib. Pada awalnya Nabi Muhammad SAW sudah mengatur agar Zaynab mengawini Zayed Ibn Hereathah Al Kalby. Tapi perkawinan ini kandas ndak lama, dan Nabi menerima wahyu bahwa jika mereka bercerai nabi mesti mengawini Zaynab (surat 33:37).
8. JUAYRIYA BINT AL-HARITH : Suami pertamanya adalah Masafeah Ibn Safuan. Nabi Muhammad SAW menghendaki agar kelompok dari Juayreah (Bani Al Mostalaq) masuk Islam. Juayreah menjadi tahanan ketika Islam menang pada perang Al-Mustalaq (Battle of Al-Mustalaq). Bapak Juayreyah datang pada Nabi SAW dan memberikan uang sebagai penebus anaknya, Juayreyah. Nabi SAW pun meminta sang Bapak agar membiarkan Juayreayah untuk memilih. Ketika diberi hak untuk memilih, Juayreyah menyatakan ingin masuk islam dan menyatakan bahwa Nabi Muhammad SAW adalah utusan Allah yang terakhir. Akhirnya Nabi pun mengawininya, dan Bani Almustalaq pun masuk islam.
9. SAFIYYA BINT HUYAYY : Dia adalah dari kelompok Jahudi Bani Nadir. Dia sudah menikah dua kali sebelumnya, dan kemudian menikahi Nabi SAW. Cerita nya cukup menarik, mungkin Insha Allah disampaikan terpisah.
10. UMMU HABIBA BINT SUFYAN : Suami pertamanya adalah Aubed Allah Jahish. Dia adalah anak dari Bibi Rasulullah SAW. Aubed Allah meninggak di Ethiopia. Raja Ethiopia pun mengatur perkawinan dengan Nabi SAW. Dia sebenarnya menikah dengan nabi SAW pada 1 AH, tapi baru pada 7 A.H pindah dan tinggal bersama Nabi SAW di Madina, ketika nabi 60 tahun dan dia 35 tahun.
11. MAYMUNA BINT AL-HARITH : Dia masih berumur 36 tahun ketika menikah dengan Nabi Muhammad SAW yang sudah 60 tahun. Suami pertamanya adalah Abu Rahma Ibn Abed Alzey. Ketika Nabi SAW membuka Makkah di tahun 630 A.D, dia datang menemui Nabi SAW, masuk Islam dan meminta agar Rasullullah mengawininya. Akibatnya, banyaklah orang Makkah merasa terdorong untuk merima Islam dan nabi SAW.
12. MARIA AL-QABTIYYA : Dia awalnya adalah orang yang membantu menangani permasalahan dirumah Rasullullah yang dikirim oleh Raja Mesir. Dia sempat melahirkan seorang anak yang diberi nama Ibrahim. Ibrahim akhirnya meninggal pada umur 18 bulan. Tiga tahun setelah menikah, Nabi SAW meninggal dunia, dan akhirnya meninggal 5 tahun kemudian, tahun 16 A.H. Waktu itu, Umar bin Khatab yang menjadi Iman sholat Jenazahnya, dan kemudian dimakamkan di Al-Baqi.
Penjelasan diatas belumlah cukup, bahwasanya baginda Rasulullah SAW setiap melakukan sesuatu hal itu sudah benar-benar mendapatkan restu dari SANG MAHA PENCIPTA, ALLAH SWT. Jadi kita-kita yang manusia biasa ini tentu tidak memahami secara utuh. Namun semua itu karena Allah SWT semata. Mudah-mudahan ulasan singkat tentang Rahasia di Balik Pernikahan Nabi Muhammad SAW bisa membuka fikiran orang-orang yang berfikir kolot dan tolol tentang baginda Rasulullah.
Baca lagi: http://khalifahalhidayah.blogspot.com/2012/05/rahsia-di-sebalik-pernikahan-nabi.html#ixzz1uM4VeWYb
04 May 2012
KEBERSIHAN MASJID TANGGUNGJAWAB JEMAAH !
Menjaga kebersihan masjid tanggungjawab semua jemaah
PADA zaman Rasulullah SAW ada seorang wanita berkulit hitam bernama Ummu Mahjan. Dia selalu membersihkan masjid Rasulullah SAW. Suatu hari ketika Rasulullah berziarah ke perkuburan, Baginda melihat sebuah perkuburan baru.
Rasulullah SAW bertanya: “Kuburan siapakah ini, wahai para sahabat? Mereka hadir di situ menjawab: Ini kuburan Ummu Mahjah, ya Rasulullah.”
Rasulullah SAW menangis selepas mendengar berita itu, lalu Baginda menyalahkan sahabatnya: “Mengapakah kamu tidak memberitahu kematiannya kepadaku supaya aku dapat menyembahyangkannya? Mereka menjawab: Ya Rasulullah, pada waktu itu matahari terlalu terik sekali. Rasulullah diam saja mendengar jawapan itu.
Kemudian Baginda berdiri dan sembahyang untuk jenazah yang sudah ditanam beberapa hari itu di atas kuburnya sambil berkata: “Bila ada di antara kamu yang meninggal dunia, beritahu kepadaku, kerana orang yang aku sembahyangkan di dunia, sembahyangku itu akan menjadi syafaat di akhirat.”
Rasulullah SAW turut memberitahu disebabkan pekerjaan Ummu Mahjan membersihkan masjid Rasulullah, maka Allah berkenan mendirikan rumah untuknya di syurga.
Masjid yang sering kita rujuk sebagai rumah Allah mempunyai fungsi besar untuk dimanfaatkan bukan saja sebagai tempat beribadah kepada Allah, malah menjadi pusat aktiviti masyarakat di kariah itu.
Oleh itu, memelihara rumah Allah daripada sebarang kotoran fizikal menjadi tanggungjawab jemaah supaya kesucian rumah tempat umat Islam bersujud kepada Penciptanya sentiasa terpelihara demi kemudahan mereka juga.
Jika kita dapat melihat hadiah yang menanti (rumah di syurga) untuk mereka yang sentiasa menjaga kebersihan masjid seperti kisah Ummu Mahjan itu, pasti berebut-rebut menawarkan diri untuk membersihkan masjid.
Sebenarnya, semua boleh mendapat ganjaran baik daripada Allah jika kita mengambil tanggungjawab menjaga kebersihan masjid. Bukan susah, bermula dengan sentiasa menjaga diri supaya tidak membuat kekotoran.
Jika kita menggunakan tandas masjid, pastikan ia dibersihkan selepas urusan kita selesai. Apabila semua mengambil inisiatif menjaga kebersihan tandas di masjid, kita tidak akan berdepan dengan masalah tandas berbau yang menjadi rungutan semua.
Nabi SAW bersabda bermaksud: “Barang siapa yang mengeluarkan kekotoran dari masjid, maka Allah akan membangunkan untuknya sebuah rumah di syurga.” (Hadis riwayat Ibnu Majah)
Masjid yang bersih boleh mendatangkan khusyuk kepada mereka yang beribadat di dalamnya. Keadaan itu juga menjadi bukti kesungguhan umat Islam mengamalkan ajaran Islam yang mementingkan aspek kebersihan.
Firman Allah yang bermaksud: “Jangan engkau sembahyang di masjid itu selama-lamanya, kerana sesungguhnya masjid (Quba’ yang engkau bina wahai Muhammad), yang telah didirikan di atas dasar takwa dari mula (wujudnya), sudah sepatutnya engkau sembahyang padanya. Di dalam masjid itu ada orang lelaki yang suka (mengambil berat) membersihkan (menyucikan) dirinya, dan Allah Mengasihi orang yang membersihkan diri mereka (zahir dan batin).” (Surah at-Taubah, ayat 108)
03 May 2012
KENALI ASMA BINTI ABU BAKAR AS-SIDDIQ r.huma
Kisah Asma binti Abu Bakar As-Siddiq r.huma
Namanya yang kita kenali ialah Asma binti Abu Bakar As-Siddiq r.huma. Bapanya sahabat karib Rasulullah s.a.w. Pengorbanannya untuk agama tiada tolok bandingnya. Ibunya bernama Qutayrah binti Abu Uzza dari Banu Amir bin Lu'ai. Beliau adalah saudara kandung kepada Abdullah bin Abu Bakar r.a.
Asma' telah dilahirkan 27 tahun sebelum Hijrah. Allah mengurniakannya umur yang panjang, beliau wafat pada tahun ke-73 sesudah Hijrah. Bermakna usianya genap satu abad sejak zaman jahiliyyah hingga ke zaman pemerintahan Bani Umayyah.
Gambar hiasan: Ni anak kami, namanya Ummu Asma'. Minta doakan supaya dia jadi manusia unggul di sisi Allah macam Asma' binti Abu Bakar r.huma.
Semenjak permulaan Islam, Asma' telah banyak membantu perjuangan Nabi s.a.w bersama ayahnya. Ketika Rasulullah s.a.w dan Abu Bakar r.a dikejar oleh kaum kafir Quraisy, kedua-duanyanya bersembunyi di gua Thur, maka pada waktu petang Asma' binti Abu Bakar berseorangan diri telah datang ke tempat persembunyian itu untuk membawa makanan dan minuman untuk Nabi s.a.w dan ayahnya Abu Bakar r.a.
Pada malam ketiga, Asma' telah datang ke tempat persembunyian Rasulullah s.a.w dengan membawa Seorang penunjuk jalan, iaitu Abdullah bin Uraiqith. Kemudian Nabi s.a.w bersama Abu Bakar r.a meninggalkan gua itu untuk meneruskan perjalanan. Manakala Asma' pula membawakan bungkusan makanan untuk mereka. Oleh kerana Asma' tiada tali untuk mengikat makanan itu pada unta, maka ia membuka tali ikat di pinggangnya, lalu dikoyakkannya menjadi dua utas tali, iaitu satu dijadikan pengikat makanan pada unta, dan yang satu lagi diikatkan pada pinggangnya. Dan sejak itulah Asma' telah terkenal dengan panggilan Zatun Nithaqain -'Wanita yang mempunyai dua ikat pinggang'.
Setelah berkhidmat dan membantu perjuangan Nabi s.a.w berhijrah ke Madinah, Asma' segera kembali ke rumahnya. Namun, belum sempat Asma' tiba di rumahnya, beberapa orang kaum Quraisy dengan diketuai oleh Abu Jahal, sudah berada di hadapannya. Asma' ditanya dengan berbagai pertanyaan. Tetapi beliau tetap menjawab, "Saya tidak tahu." Hal itu telah membuat Abu Jahal marah, lalu menampar Asma' dengan tangannya yang kasar itu. Tamparan itu terlalu kuat, sehingga menyebabkan anting-anting Asma' tercabut dari telinganya. Rasa sakit dari tamparan Abu jahal itu terus terasa oleh Asma' sampai beberapa hari, bahkan beliau tidak dapat melupakan peristiwa tersebut seumur hidupnya.
Asma' telah memeluk Islam bersama-sama golongan yang awal memeluk Islam. Dikatakan beliau adalah orang yang kelapan belas dalam urutan orang-orang yang mula-mula memeluk Islam. Umur Asma' lapan tahun lebih tua dari adiknya iaitu 'Aisyah r.a yang merupakan isteri kesayangan Rasulullah s.a.w.
Setelah usianya menginjak dewasa Asma' telah dinikahkan dengan Zubair bin Awwam r.a iaitu salah seorang di kalangan sepuluh sahabat yang dijanjikan syurga oleh Rasulullah s.a.w. Mereka dikurniakan beberapa orang anak iaitu: Abdullah, Urwah, Mundzir, Asim, Muhajir, Khadijah, Ummul Hasan dan 'Aisyah.
Asma' binti Abu Bakar berkata, "Ketika aku menikahi Zubair, dia belumpun mempunyai rumah, juga tidak mempunyai hamba. Dia tidak memiliki apa-apa di muka bumi ini selain kudanya. Akulah yang biasanya menggembala kudanya, memberinya makan, dan merawatnya. Selain itu aku juga yang menggiling kurma, menggembala unta, memberinya minum, dan membuat roti. Sebenarnya aku tidak begitu pandai membuat roti, jadi jiran tetanggaku di kalangan orang Ansarlah biasanya membuatkan roti untukku. Mereka adalah wanita-wanita yang ramah."
Asma' sering menjujung buah kurma di kepalanya dari hasil tanah milik Zubair yang telah dihadiahkan oleh Rasulullah s.a.w kepadanya. Tanah itu jauhnya sekitar 2 batu dari rumahnya. Suatu hari, Asma' sedang membawa bji-biji kurma itu di atas kepalanya, tiba-tiba di pertengahan jalan beliau telah bertemu dengan Rasulullah s.a.w dan sebilangan para sahabat r.a. Lalu Rasulullah s.a.w mempelawa Asma' untuk menaiki kenderaan baginda. Asma' merasa malu berjalan bersama laki-laki. Dan beliaupun segera teringat akan Zubair dan kecemburuannya. Karena Zubair termasuk orang yang kuat cemburunya. Dan ketika Rasulullah s.a.w melihat Asma' yang pemalu itu, baginda pun segera pergi meninggalkannya. Setelah itu, Asma' pun pergi menemui suaminya dan menceritakan kejadian tersebut, "Tadi Rasulullah s.a.w bertemu denganku ketika aku sedang menjunjung kurma di kepalaku. Ada sebilangan para sahabat bersama baginda. Baginda mendudukkan untanya supaya aku dapat menunggang unta itu, tetapi aku sangat malu dan aku tahu rasa cemburumu." Zubair berkata, "Demi Allah, engkau menjunjung biji kurma adalah lebih berat bagiku daripada kamu berkendaraan mengiku baginda"
Asma' binti Abu Bakar pernah datang menemui Rasulullah s.a.w dan berkata, "Ya Nabi Allah! tidak ada apa-apa di rumahku kecuali apa yang dibawakan Zubair untukku. Salahkah bila aku menginfakkan sebahagian dari yang dibawakannya itu?' Baginda menjawab, infakkanlah setakat yang kamu sanggup. Jangan mengumpul harta, atau Allah akan menahannya darimu." Kedermawanan Asma' tidak diragukan lagi. Prinsip hidupnya adalah menyedekahkan apa yang ada, tanpa menyimpannya. la sangat meyakini bahawa dengan memperbanyak sedekah akan menambah rezeki dan menyelesaikan masalah.
Diriwayatkan bahawa jika Asma' binti Abu Bakar sakit, maka beliau akan membebaskan semua hamba miliknya. jika ia merasa sakit kepala, maka ia akan meletakkan tangannya di kepalanya, seraya berkata, "Tubuhku dan yang diampuni Allah sudah cukup!" Asma' pun sering menasihati putera-puteri dan ahli keluarganya, "Berinfaklah dan bersedekahlah dan jangan menanti agar wangmu berlebih. jika engkau mengharapkan wangmu berlebih, engkau tidak akan mendapatkannya. Tetapi jika engkau bersedekah, engkau tidak akan menderita kerugian."
Demikian Islam melekat kukuh pada dirinya, sehingga kepada ibu kandungnya pun ia sangat berhati-hati, ibu kandungnya belum memeluk Islam. Diriwayatkan bahwa Qutayrah binti Abdul Uzza - iaitu istri Abu Bakar ( yang telah diceraikan pada zaman jahiliyah karana masih kufur) ibunya telah mengunjungi Asma' binti Abu Bakar r.a dengan membawa kurma, rnentega cair dan daun mimosa. Tetapi Asma' telah menolak dan tidak mahu menerima pemberiannya itu, bahkan Asma' telah melarang ibunya itu memasuki rumahnya. Kemudian Asma' menemui Aisyah ra., "Tolong tanyakan kepada Rasulullah s.a.w." Aishah menjawab, "Sebaiknya kamu izinkan ibumu masuk dan menerima pemberiannya." Kemudian Allah menurunkan wahyu-Nya:
Allah tiada melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tiada memerangimu kerana agama dan tidak (pula) mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil. Sesungguhnya Allah hanya melarang kamu menjadikan sebagai kawanmu orang-orang yang memerangi kamu karena agama dan mengusir kamu dari negerimu. Dan barangsiapa menjadikan mereka sebagai kawan, maka mereka itulah orang-orang yang zalim. (Al-Mumtahanah: 8-9).
Ketika usianya semakin tua, Allah telah memberinya ujian, iaitu kedua belah matanya telah menjadi buta. Kezuhudan dan kecintaannya kepada akhirat telah banyak menjauhkan dirinya dari tipu daya duniawi. Pernah pada suatu ketika, puteranya iaitu Mundzir bin Zubair telah datang dari lraq. Dan beliau mengirim kepada Asma' binti Abu Bakar r.a. sehelai baju yang diperbuat daripada kain halus yang sangat lembut. Ketika baju itu sampai kepada ibunya, Asma' menyentuh kain itu dengan tangannya, lalu ia berkata, "Hussh kembalikan pakaian ini kepadanya semula!" Ternyata Asma' sangat gusar dengan hadiah tersebut. Melihat hal ini Mundzir berkata, "Wahai lbu, (baju) ini tidak tembus pandangan!" Asma' menjawab, "Jika tidak tembus pandangan, ia tembus cahaya." Disebabkan keenganan ibunya untuk menerima baju dari kain halus tersebut maka Mundzir telah memberikan kepada Asma' sebuah pakaian biasa dan Asma' pun menerimanya. Asma' berkata, "Aku akan memakai pakaian (biasa) seperti ini."
Pada suatu ketika, pada zaman pemerintahan Bani Umayyah, ketika Asma' telah berusia seratus tahun dan matanya telah menjadi buta, datanglah Abdullah bin Zubair menemui ibunya Asma'. Abdullah berkata, "Wahai ibuku! Orang-orang telah mengecewakanku. Aku tidak mempunyai pengikut, kecuali beberapa orang sahaja." Menanggapi kesedihan anaknya ini, lalu Asma' memberikan nasihat dan kata perangsang untuk membangkitkan semangat anaknya, Asma' berkata:
"Wahai anakku, engkau tentu lebih tahu tentang dirimu sendiri. jika engkau yakin yang engkau di atas kebenaran dan kepada kebenaran engkau menyeru manusia, maka teruskanlah! Sahabat-sahabatmu juga telah terbunuh di atas jalan kebenaran ini, jangan engkau jadikan batang lehermu dipermainkan oleh anak-anak bani Umayyah.
Tetapi, jika engkau hanya menginginkan dunia semata, maka engkaulah seburuk-buruk hamba! Engkau telah membinasakan dirimu sendiri, dan engkau telah membinasakan orang-orang yang telah terbunuh bersama-samamu.
Dan jika engkau berada di atas kebenaran, lalu sahabat-sahabatmu menghadapi kesulitan, apakah engkau mesti menjadi lemah? Demi Allah, ini bukanlah sikap orang-orang yang merdeka dan bukan pula sikap ahli agama. Berapa lama engkau akan tinggal di dunia ini? Adapun mati itu adalah lebih baik!"
Mendengar nasihat dan dorongan dari Asma' ini, maka Abdullah bin Zubair merasa tenang dan bersemangat. Lalu ia datang kepada Asma' dan mencium kepalanya, sambil berkata, "Demi Allah, memang inilah pendapatku sebagaimana yang ibu ungkapkan! Akan tetapi aku ingin mendengar pendapatmu terlebih dahulu, dan kini engkau telah menambahkan kepadaku keteguhan hati di atas keteguhan yang telah ada padaku. lngatiah, wahai ibuku! Anggaplah aku ini sudah mati dari hari ini, dan aku harap engkau tidak terlalu sedih jika mendengar beritaku kelak, dan serahkanlah masalah ini kepada Allah!" Kemudian Abdullah memberikan kata selamat tinggal kepada ibunya.
Dalam riwayat lain disebutkan, pernah Abdullah mengadu kepada ibunya tentang kebimbangan hatinya, jika ia mati, tentu mayatnya akan dipotong-potong oleh Al-Hajjaj. Maka Asma' mententeramkan Abdullah dengan berkata, "Apakah mayat yang sudah mati, akan masih merasakan tersiksa atau kesakitan jika diianayai oleh orang yang hidup? Tentu tidak bukan?"
Ketika Abdullah telah terbunuh di tangan Al-Hajjaj. Hajjaj telah meletakkan mayat Abdullah dalam keadaan disalib di atas batu. Dan Hajjaj bersumpah tidak akan menurunkan mayatnya dari atas salib itu melainkan jika ibunya sendiri datang memohon kepadanya untuk menurunkan mayat itu. Akan tetapi, Asma' enggan untuk menurut kemahuan Al-Hajjaj itu. Maka rnayat itu terus bergantung di situ. Dan pada suatu hari Asma' melewati tempat itu, lalu beliau berkata, "Apakah masih belum sampai masanya bagi sang pahlawan ini untuk menapakkan kakinya di atas bumi!" Mendengar ucapannya tersebut, orang-orang Bani Umayyah telah menganggap kata-kata Asma' itu sebagai permintaan belas kasihan kepada anaknya, maka mereka pun menurunkannya dari atas salib.
Al-Hajjaj pernah datang kepada Asma' dan berkata kepadanya, "Apa pendapatmu tentang apa yang telah aku lakukan terhadap anakmu?" Asma' menjawab dengan tegas, "Aku telah membinasakan dunianya, ketika dia telah berhasil membinasakan akhiratmu." Sebelum itu Asma' telah berdoa, "Ya Allah! janganlah Engkau ambil nyawaku sebelum mataku merasa bahagia dengan mayat anak-ku!" Dan seminggu setelah mayat Abdullah diturunkan dari salib itu, barulah Asma' meninggal dunia.
Itulah Asma' binti Abu Bakar r.a. seorang tokoh sahabiah yang sangat berani. Berani berkata hak di hadapan seorang penguasa walaupun terasa pahit. Asma' pernah menemui Hajjaj dalam keadaan buta. Asma' bertanya, "Di mana Hajjaj?" Mereka menjawab, "Hajjaj tiada di sini." Asma' berkata, "Katakanlah kepadanya bahawa aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda, "Ada dua orang laki-laki dari Thaif: Seorang adalah pendusta dan seorang lagi adalah perosak." Ketika pesanan itu disampaikan kepada Hajjaj, Hajjaj pergi mengunjungi Asma' binti Abu Bakar r.a. dan berkata kepadanya, "Puteramu telah menumpang di rumah ini dan Allah telah membuatnya merasakan siksaan yang pedih." Asma' menjawab, "Engkau berdusta. Dia berbakti kepada kedua orang tuanya, berpuasa dan solat, tetapi demi Allah, Rasulullah s.a.w memberitahu kami bahwa seorang pendusta akan muncul dari Thaqif, yang satu lebih buruk dari yang pertama, iaitu ia seorang perosak." Begitulah beraninya Asma' ini.
Sebelum kewafatannya, Asma' binti Abu Bakar r.a. mewasiatkan "Jika aku meninggal dunia kelak, mandikanlah dan kafankanlah aku, serta wangikanlah aku, tetapi jangan tinggalkan wangian di kain kafanku dan jangan bawa bersamaku api." Asma' binti Abu Bakar ra. meninggal dunia beberapa malam setelah puteranya Abdullah bin Zubair diturunkan dari salib. Abdullah bin Zubair telah terbunuh pada hari Selasa, 17 Jamadil-Awal tahun 73 Hijrah.
Semoga Allah s.w.t mengurniakan secebis sifat keberanian, kezuhudan, ketaqwaan Asma binti Abu Bakar ini kepada kita juga.
Kisah yang sarat pengajaran, nasihat dan tauladan dipetik dari blog saudara Azharjaafar.
ELAKAN GAUL BEBAS
(1)-Asas Pergaulan
Dalam kehidupan, manusia tidak dapat lari dari pergaulan rakan dan taulan. Asas utama yang menjadi kunci adalah hati yang menjadi peranan penting dalamjiwa dan kehidupan Muslim untuk menegak iman yang kuat serta jati diri yang berasaskan ketakwaan kepada Allah serta mengingati-Nya dengan
berzikir dan berselawat kepada Rasulullah sepanjang masa.
Firman Allah dalam surah al-Anfal 8, ayat 2 menyentuh kepentingan hati:
‘Sesunguhnya orang orang beriman itu apabila mereka menyebut Allah terasa gementarlah hati-hati mereka.’
Iman menunjukkan keikhlasan hati yang sihat akan membuahkan keimanan yang kuat dan akan membawa kepada jiwa yang bersih serta fikiran yang bernas dan menampakkan keikhlasan dalam pergaulan.
Hati membayangkan keikhlasan iman seseorang berdasarkan apa yang diungkapkan oleh lidah atau gerak geri dan tingkah laku dalam pergaulan harian, ini sudah dapat difahami bahawa itu adalah kehendak hati walaupun tiada sebarang penjelasan melalui percakapan.
Sekiranya hati sentiasa sihat pergaulan dan persahabatan sentiasa mesra dan bahagia. Sebaliknya andai hati tidak sihat maka tidak ada tolak ansur dalam pergaulan. Setiap tindakan sudah ketara tidak ikhlas dan boleh membawa kepada munafik disebabkan sering kali berbohong dan berdolak dalik mencari helah bagi melindung diri dari penipuan.
Begitulah peranan hati dalam menjalani kehidupan di dunia ini, tetapi setiap insan sering kali melupai bahawa segala tindakan di dunia ini adalah penentuan habuan yang akan sampai di antara dua persimpangan di hari pembalasan sama ada baik atau buruk, ke syurga atau neraka. Malangnya jalan
yang dilalui dalam kehidupan setiap insan sentiasa melalaikan kecuali yang Adab Pergaulan Menurut Dalil Al-Quran Dan Al-Sunnah beriman. Lantaran itu Rasulullah sentiasa memberi peringatan terhadap
umatnya melalui sabda baginda:
‘Kasihilah olehmu akan saudara kamu seperti mana kamu kasih kepada diri kamu sendiri.’
-BAIK BURUK PERANAN HATI
Hati merupakan asas yang sangat penting dan tersembunyi dalam diri setiap insan. la memainkan peranan yang sangat bermakna dalam kehidupan seharian. Rasulullah s.a.w. menyatakan soal hati seperti berikut:
‘Ketahuilah kamu di dalam badan manusia terdapat segumpal darah. Apabila baik maka baiklah keseluruhan segala perbuatannya dan apabila buruk maka buruklah keseluruhan tingkah lakunya. Ketahuilah kamu bahawa ia adalah hati’ Berdasarkan hadis di atas bahawa kebaikan manusia atau keburukannya datang dari hati, kerana hati adalah pengarah bagi pancaindera yang lahir. Jika
hatinya baik maka baiklah segala perbuatannya serta rasa senang setiap rakan taulan mendekatinya dalam pergaulan. Andai hatinya buruk dan busuk, maka segala perbuatannya akan jahat dan keji, sentiasa cenderung ke arah maksiat mengikut kehendak hati dan hawa nafsu, dan pernikirannya ketika itu pula akan kalah dan sentiasa diketepikan. Oleh itu, hati adalah raja bagi seluruh anggota,
manakala anggota-anggotanya yang lain adalah tentera. Anggota-anggota ini sering melakukan sesuatu mengikut kehendak hati. Andai baik hati maka baiklah dalam pergaulan. Andai sebaliknya, maka kawan dan rakan seringl kali menjadi mangsa. Dalam masalah ini Allah s.w.t sentiasa mengingatkan kepada
hamba Nya melalui firman Nya dalam al Quran, surah al Syu'ara' 26, ayat 88-89 yang berbunyi:
‘Di hari yang tidak ada manfaat sama ada harta benda begitu juga anak-anak melainkan sesiapa yang menghadap Allah dengan hati yang suci murni (iaitu penuh keikhlasan) kerana Allah semata-mata.’
Hati yang amat dihargai di sisi Allah ialah hati yang suci bersih dari sebarang maksiat, syubhah, hasad dengki dan seterusnya perkara perkara yang makruh atau yang dibenci oleh Allah. Sebab itu Rasulullah s.a.w sentiasa berdoa kepada Allah dengan sabdanya:
‘Ya Allah, sesungguhnya aku memohon darimu hati yang suci bersih’ Adab Pergaulan Menurut Dalil Al-Quran Dan Al-Sunnah
Walaupun Rasulullah s.a.w seorang yang maksum, tetapi ia sentiasa berdoa supaya hatinya suci bersih. Hal ini adalah bertujuan sebagai pengajaran kepada umatnya.
Dengan demikian hati yang suci bersih dari sebar ang kekejian itu ialah hati yang bersih dari segala penyakit yang dibenci oleh Allah seperti hasad, dengki, dendam, iri hati, cemburu di atas kejayaan orang lain atau merancang sesuatu yang tidak baik bertujuan menganiaya orang lain dan sebagainya.
Seandainya tidak ada perkara perkara yang tersebut di atas, sudah tentu hati itu akan sentiasa kasih kepada Allah dengan melakulcan perkara perkara yang diredai oleh Allah dengan rasa ikhlas. Rakan dan taulan juga menyenanginya dalam pergaulan dan Allah sentiasa mengasihinya.
Situasi ini sangat dititikberatkan oleh syariat kerana hati memainkan peranan penting ke arah mengukuhkan keimanan dan memantapkan keyakinan akidah seseorang yang beriman kepada Allah berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w yang berbunyi:
‘Tidak tetap iman seseorang hamba sehinggalah tetap pendirian nya.’
Bagi menentukan ketetapan iman atau sebaliknya dengan herdasarkan segala amalan anggota lahiriah yang berlandaskan niat hati kerana kejujuran amalan itu tidak wujud melainkan terletak pada hati yang ikhlas.
-TETAP PENDIRIAN
Istilah tetap pendirian boleh diertikan dengan jati diri dan dalam bahasa Arab disebut istiqaah qulub seperti mana tersebut dalam hadis di atas. Bagi seseorang yang tetap pendiriannya, ia tidak mudah dipengaruhi olch mana mana unsur yang tidak baik atau hasutan jahat yang boleh membawa
kemusnahan diri. Apabila disentuh soal keimanan pula, seseorang yang tetap pendirian itu disebut sebagai kuat iman atau warak, iaitu hatinya sentiasa merasa ingat dan patuh kepada suruhan dan perintah Allah dan sentiasa melakukan sesuatu ke arah yang diredai oleh Allah sepanjang hayatnya secara baik dan sabar. Sebab itulah sekiranya Allah mahu hambanya baik, maka diperelokkan isi hatinya dengan mengenali Allah dan sifatnya serta memahami segala ilmu agama dan hikmah keagungan ilmu itu sendiri. Manakala jiwanya merasai betapa nikmatnya memahami sesuatu bidang ilmu dengan mendalam dan baik dengan merasai kemanisan ilmu seperti mana ia merasai kemanisan
iman. Pepatah Arab ada menyatakan:
‘Kemanisan ilmu bila dikuasai oleh orang yang ada kemanisan iman bagaikan kemanisan tamar yang terhidang di hadapan orang yang sedang berbuka puasa.’
Pepatah ini menggambarkan perwatakan orang yang beriman dan berilmu apabila disertai dengan kesabaran terasa senang dan tenang serta sejuk setiap mata yang memandang.
Itulah peranan hati dalam kehidupan. Hati dapat mencorak kewibawaan seseorang melalui gerak geri dan perilaku yang disenangi dalam pergaulan harian sama ada di tempat kerja seperti majikan dengan pekerjanya atau sebaliknya ataupun di mana sahaja atau sesiapa yang berdamping dengannya.
Sesiapa juga yang ada kaitan dalam melaksanakan sesuatu perbincangan dan tunjuk ajar darinya sering kali tidak mudah melatah dalam memutuskan sesuatu keputusan. Inilah sikap orang yang tetap pendirian dengan erti kata jati diri yang berlandaskan iman, ilmu, dan akal yang mantap yang dapat merealisasikan keadaan pergaulan yang sempurna dan tenang. Sebaliknya orang yang mati hati
itu tidak mahu mengambil berat soal tuntutan yang disyariatkan oleh Allah dan tidak mahu memahami adab di dalam pergaulan atau hubungan sesama manusia sama ada soal memberi salam atau menerima salam orang lain tidak disampaikan kepada penerima. Begitu juga soal keizinan untuk memasuki ke dalam rumah orang lain, jauh sekali hendak menghormati hak sesama manusia atau berterima kasih kepada orang yang memberi pertolongan kepadanya.
Secara tidak langsung balasan buruk baik selepas mati tidak sekali-kali dihiraukan, jauh sekali hendak memikir kebesaran Allah dan keagungan maha pencipta. (Imam Falkhhruddin Al-Razi Al-Shafie 1990, 52-53) Sebab itu Allah menggambarkan kedudukan mereka dalam al Quran seperti binatang ternakan dalam firman-Nya dalam surah al A'raf, ayat 179:
‘Mereka itu seperti binatang ternakan bahkan mereka lebih sesat dari itu.’
Itulah gambaran orang yang mati hati tidak dapat memahami apa maksud segala kejadian Allah, maka ia tidak mampu menghasilkan segala kelebihan yang Allah anugerahkan kepadanya. Akhirnya mereka lengah dan tidak mengambil berat akan segala suruhan Allah. Hidup mereka dalam kejahilan yang mati dari kesedaran akidah yang menjadi asas kepada agama Islam, sedangkan ia mengaku dirinya adalah Islam. Golongan inilah yang digambarkan hidup mereka sebagai kubur kepada nyawa dan roh mereka
sendiri seperti mana yang digambarkan oleh penyair di dalam syairnya dibawah ini.
‘Dalam kejahilan sebelum mati ia merupakan mati kepada si jahil dan jasad mereka sebelum berkubur telah terkubur. Roh mereka telah bersangkar dalam kekejian jasad yang jahil maka bagi mereka tiada harapan sebelum jasad mereka hancur mereka telah hancur.’
Maksud jahil di sini ialah mati hati dan rohani, iaitu jahil untuk mengenali Allah dan segala ilmu yang disyariatkan kepada hambanya untuk mendalami dan beramal dengannya semasa roh dikandung jasad. Kerana ilmu itu dari Allah khusus untuk hamba Nya yang beriman dan ilmu Allah itu merupakan cahaya
yang dapat menghidupkan hati dari segala kejahilan. Seandainya seseorang hamba itu menjauhkan diri dari ilmu Allah maka hatinya terus mati, ibarat tanah tanpa hujan tiada tumbuh tumbuhan yang menghiasi di permukaannya. (Ibnu Qaim Al-Juziah 691-751H. 273-276 ms.)
Lantaran itulah Lukmanulhakim telah menasihati anaknya dengan
katanya:
‘Wahai anakku, dudukiah bersama sama ulama dan berbincanglah bersama mereka dengan penuh dedikasi, maka sesungguhnya Allah akan menghidupkan segala isi hati hambanya dengan cahaya hikmah ilmu-Nya seperti mana menyubur bumi dengan titisan hujan’.
Demikian juga Muaz bin Jabal pernah menegaskan: "Tuntut olehmu akan ilmu sesungguhnya menuntut ilmu kerana Allah akan menjadikan kamu takut kepada-Nya. Menuntut ilmu adalah ibadat, mengingati ilmu merupakan tasbih, membincangnya pula adalah jihad dan sekiranya kamu ajar kepada orang yang
tidak mengetahui adalah sedekah. Manakala menghabiskan masa dengan ahli ilmu merupakan pendekatan diri kepada Allah dan ilmulah yang memberi pengetahuan terhadap kamu soal halal haram, makruh atau syubhah yang akan terpelihara diri kamu dari api neraka".
Oleh itu, sentiasalah dekati dengan ilmu kerana ia menyegarkan hati dan rohani yang telah terkulai layu. Sekiranya kita patuhi segala kehendak ilmu pengetahuan yang kita ketahui ia akan menerangi jalan kebahagiaan dunia dan akhirat, kerana ilmu satu satunya yang dapat menjinakkan jiwa yang liar serta menghidupkan hati yang mati. Dengan demikian hati yang mati ini tiada yang dapat enghidupkannya melainkan ilmu dan iman serta keikhlasan beribadat kepada Allah sahaja. Yang dimaksudkan dengan menghidupkan hati dengan ilmu ialah dengan sentiasa berzikir, istighfar, selawat ke atas Rasulullah, memaafkan kesalahan orang lain, ikhlas, murah hati dan jauh daripada maksiat.
Dengan demikian bolehlah dikatakan hati yang hidup.
Kita boleh mengenali hati yang hidup ini kerana ia mempunyai ciri-ciri tertentu, iaitu menunjukkan sikap berhemah tinggi serta sifat-sifat seperti pemaaf, pemurah, tidak meninggi diri atau menunjuk nunjuk, tidak sombong dan tidak mengeluarkan kata-kata yang boleh menyinggung perasaan orang
lain. Di samping itu, apabila dilihat kepadanya, maka akan nampaklah ciri-ciri keimanan seperti khusyuk, lemah lembut, sabar mendengar dan menerima pendapat orang lain dan tidak mementingkan diri sendiri serta bersimpati dengan orang yang kurang bernasib baik dan bersifat tolong menolong, dan
bertimbang rasa. Inilah gambaran orang yang hatinya tidak mati.
Manakala hati yang mati amat ditakuti oleh setiap insan yang beriman.
Bagi orang yang beriman, mereka tidak takut mati apabila sampai ajalnya kerana bekalan sudah sempurna, tetapi yang amat ditakuti ialah sekiranya mati hati. Ini kerana mati hati menjadikanjasad hidup dalam keadaan hina disebabkan nafsu tidak berpandukan akal. Ketika itu kedudukan jasad tidak berguna lagi sama ada di sisi Allah atau pada pandangan masyarakat. Oleh yang demikian, hati
yang mati adalah pembunuh jiwa yang sihat, manakala jiwa yang sihat berpunca dari hati yang hidup bernafaskan iman. Lantaran itu hati memainkan peranan yang sangat penting ke arah jiwa yang baik dan tenang serta sanggup memikul segala cabaran yang mendatang, ibarat bunga yang segar mengeluarkan
keharuman yang menyegar setiap individu dan masyarakat yang mendampinginya. Sebaliknya hati yang mati tiada keharuman jiwa, ibarat bunga yang busuk sentiasa mengeluarkan bauan yang tidak menyenangkan orang lain.
Dengan kata lain, orang yang mati hati tidak hertimbang rasa terhadap orang yang kurang bernasib baik. (Abi Hamid Muhammad M Gazali, 1989. 149)
-KEWAJIPAN MENJAGA HATI DAN CARA MENGUBATINYA
Menurut Imarn Al-Ghazali, kewajipan ke atas manusia yang waras ialah menjaga dan memperbaiki niat hatinya serta menjauhkan segala anggapan dan sangkaan buruk kepada saudaranya ketika bergaul sesama rakan. Kewajipan inilah yang dituntut oleh syariat kepada semua mukalaf supaya menjaga hati mereka untuk menjadi insan yang kamil dan sempurna dunia dan akhirat. Hati merupakan anggota yang paling berbahaya, dan sesiapa yang mempunyai hati yang sakit dan mati, maka ia akan memberi kesan yang sangat buruk terhadap permasalahan yang sukar untuk diperbaiki. Oleh yang demikian Imam Al-
Ghazali menggariskan beberapa asas sebagai panduan menjaga dan mengubati hati.
Asas pertama: Firman Allah dalam surah al-Ghafir, ayat 19 berbunyi:
‘Allah mengetahui segala pengkhianatan yang bermula dari mata dan apa yang tersembunyi di dada setiap hamba.’
Dalil di atas dapat difahamkan jika seseorang berhasrat atau terlintas di hatinya hendak menghasut, prasangka, atau melakukan niat jahat, maka ingatlah bahawa Allah amat mengetahui setiap rahsia yang terdetik di dada hambanya melalui dalil al-Quran yang terdapat dalam surah al Maidah, ayat 7:
‘Sesungguhnya Allah mengetahui akan segala isi hati yang tersemat di dada hambanya.’
Berdasarkan ayat di atas, Allah memperkuatkan lagi keyakinan hamba-Nya dengan firman-Nya dalam surah al-Ahzab, ayat 51:
‘Dan Allah amat mengetahui setiap apa yang terkandung di dalam hati kamu.’
Lantaran itu beberapa kali Allah menyebut dalam al Quran dengan kalimah "Amat mengetahui segala isi hati hamba-Nya" dengan tujuan supaya setiap hamba mengetahui segala ilmu Allah dan taat kepadaNya bagi mengingati dan berhati-hati supaya tidak dilakukan perbuatan yang dilarang
secara sengaja atausebaliknya.
Allah memberikan peringatan itu kerana manusia sering melakukan perbuatan yang dilarang oleh Allah dengan mengikut hawa nafsu dan kehendak
hati yang amat sukar untuk dihindarkan sedangkan Allah amat mengetahui zahir dan batin juga segala niat isi hati yang mengatur segala perilaku hambanya. Berdasarkan demikian Imam Al-Ghazali telah memberi satu pesanan dengan katanya: "Lihat olehmu akan apa yang kamu mengetahui dari segala
hatimu". Maksudnya renunglah segala apa yang mendatangkan kebaikan dari segala kerja hati yang terdiri dari keinginan hati, cita cita, hasrat dan tujuan.
Sekiranya baik teruskanlah, andai sebaliknya hentikan dengan segera.
Asas kedua: Sabda Rasulullah s.a.w.
‘Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa paras kamu dan tidak kepada tubuh badan kamu, dan sesungguhnya Allah tetap melihat kepada hati kamu dan segala amalan kamu yang berlandaskan keikhlasan hati.’
Di sini menunjukkan ketetapan hati yang ikhlas merupakan tempat utama
yang difokuskan olch Allah swt untuk diberi ganjaran. Tetapi alangkah pelik
dan hairan sekali manusia melakukan sesuatu sering kali terlupa kepada Allah
tetapi yang diingat ialah untuk mendapat pujian dan sanjungan serta
penghormatan sesama manusia. Inilah yang menjadi ukuran dalarn
pengorbanan seharian tanpa keikhlasan yang sebenar. (Imam Abi Abdul
Rahman Al-Sulma. 330 412H, ms 10)
Asas ketiga: Hati merupakan ketua kepada anggota manakala anggota
anggota lain adalah ikutan kepada hati, jika elok isi hati maka tetaplah
pendiriannya serta eloklah perilaku anggota anggota lain yang sernuanya
mengikut kehendak hati. Berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w. di dalam hadis
yang berbunyi:
‘Sesungguhnya di dalam jasad manusia didapati segumpal darah, apabila baik maka baiklah keseluruhan badannya, dan apabila buruk maka buruklah segala keperibadiannya, adakah tidak kamu tahu sesungguhnya itulah hati.’
Berdasarkan ayat ayat di atas dan juga hadis menunjukkan hati mcrupakan anggota yang. paling berharga, tempat simpanan segala kemuliaan seorang hamba, asas segala amalan lahir dan batin. Hati adalah ketua segala anggota yang merupakan panduan kepada rohani dan jiwa setiap insan.
Demikianlah peranan hati sangat besar tanggunjawabnya ke arah mengendalikan nilaian diri, manakala kejahilan pula mematikan hati dan rohani sekalipun badannya hidup dan bergerak di muka burni. Jasadnya merupakan kubur bagi hati yang telah mati. Perkara sedemikian dapat dielakkan sekiranya
kita belajar dan mengetahui akan segala ilmu Allah yang, disyariatkan kepada kita. Ilmu Allah ini dapat menjadi permangkin keimanan dan penawar. Untuk menghidupkan hati yang telah mati, kita hendaklah rnelakukan ibadat dan beralakhlak mulia sesama manusia.
Teruskan untuk butiran lanjut
http://hasnulhadiahmad.blogspot.com/2010/06/adab-pergaulan-menurut-dalil-al-quran.html
02 May 2012
01 May 2012
JANGAN CARI AIB ORANG !
"Wahai orang-orang yang beriman dengan lisan; akan tetapi iman belum menyerap ke dalam hati, janganlah kalian menyakiti orang lain. Jangan mengintai-intai cacat cela mereka, sesungguhnya barangsiapa yang cacat celanya diintai oleh Allah nescaya Allah akan bukakan pekungnya walaupun di tengah rumahnya sendiri. " (Hadith ini adalah riwayat Abu Daud)
"Barangsiapa yang mendengar saudaranya diumpat namun dia tidak membelanya padahal dia mampu maka dia ikut menanggung dosa umpatan itu di dunia dan di akhirat. (Hadith Asfahani)
"Sesiapa dari kalangan orang Islam yang tidak membela orang Islam lain apabila kehormatannya dicerobohi dan nama baiknya dicacati maka niscaya Allah membiarkan nasibnya ketika dia sangat memerlukan pertolongan Allah Subhanahu Wata'ala. Dan mana-mana orang Islam yang menolong orang Islam lain ketika nama baiknya dan kehormatannya diceroboh niscaya Allah akan menolongnya ketika dia sangat-sangat memerlukan pertolonganNya (Allah). " (Hadith riwayat Abu Daud)
"Barangsiapa yang mempertahankan maruah saudaranya ketika saudaranya itu tidak ada di hadapannya maka wajiblah Allah melepaskannya dari siksa neraka. " (Hadith riwayat Ahmad)
Rasulullah saw. bersabda: Seorang muslim itu adalah saudara muslim lainnya, dia tidak boleh menzaliminya dan menghinakannya. Barang siapa yang membantu keperluan saudaranya, maka Allah akan memenuhi keperluannya. Barang siapa yang melapangkan satu kesusahan seorang muslim, maka Allah akan melapangkan satu kesusahan di antara kesusahan-kesusahan hari kiamat nanti. Dan barang siapa yang menutupi aib seorang muslim, maka Allah akan menutupi aibnya pada hari kiamat. (Shahih Muslim No.4677)
Nabi bersabda, "Sesiapa yang menutupi kesalahan seorang muslim maka Allah menutupi kesalahannya di dunia dan di akhirat. (Shahih Sunan Ibn Majah, hadis 2078)
Subscribe to:
Posts (Atom)