Golongan yang mendapat naungan Allah S.W.T
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: ”Tujuh golongan manusia yang akan diberi perlindungan oleh Allah dalam naungannya di hari yang tiada naungan melainkan perlindungan Allah itu sendiri iaitu: Imam (pemimpin) yang adil, pemuda yang sentiasa beribadat kepada Allah, lelaki yang hatinya sentiasa terpaut dengan masjid, dua orang yang saling cinta mencintai kerana Allah di mana keduanya berkumpul dan berpisah kerana Allah, seorang lelaki yang diajak oleh wanita rupawan serta berkedudukan tinggi untuk melakukan zina, lalu ia menjawab, “Aku takut kepada Allah”, seseorang yang bersedekah dengan sesuatu sedekah lalu menyembunyikan sedekahnya itu sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dibelanjakan oleh tangan kanannya, seseorang yang mengingati Allah di tempat yang sunyi lalu mengalir air matanya.”
(Riwayat Abu Daud, Tirmidzi dan Ibnu Majah)
RAKAN BLOG MASJID
13 September 2011
SEORANG PEGAWAI BADAR TIDAK WAJAR KAWAL DUA BANDAR
BADAR adalah nama singkatan bagi Badan Amar Makruf Nahi Munkar. Badan ini berfungsi sebagai Badan Pencegah Maksiat seperti kes bersekedudukan, berkhalwat dan seumpamanya. Pegawai yang dilantik haruslah dengan persetujuan Sultan. Mereka yang dilantik mesti terdiri dari pegawai masjid iaitu Nazir, Bendahari, Bilal dan Siak sahaja. Lain-lain ajk tidak layak menjawat jawatan tersebut. dilantik ada yang meletak jawatan kerana pelbagai alasan yang konkrit maka buat masa ini hanya seorang sahaja pegawai Badar yang ada di Masjid AsSalam. Masjid AsSalam mempunyai kawasan kariah yang luas di mana terdapat 26 dari 31 surau adalah di bawah naungannya. Walaubagaimanapun Badar bertanggungjawab mengawasi 31 buah surau yang meliputi 2 buah bandar iaitu Bandar Baru Bukit Sentosa dan Bandar Baru Bukit Beruntung.
Bayangkan seorang pegawai Badar mahu mengawasi kawasan yang sangat luas dan mujur mendapat bantuan ajk surau berdekatan dan pihak polis dari Balai Polis Bukit Sentosa dan Balai Polis Beruntung. Bandar Baru Bukit Beruntung meliputi Taman Bunga Raya yang mempunyai berpuluh blok pangsapuri, apartment dan kondominum. Terdapat juga perumahan terdiri dari Taman Prima Beruntung, kawasan perumahan banglo, Taman Semarak, Taman Seroja dan Taman Anggerik, Taman Inai dan juga kawasan kilang serta perindustrian.
Bandar Baru Bukit Sentosa yang terdiri dari Bukit Sentosa 1, 2 dan 3 yang terdiri dari Taman Bunga Kertas, Taman Teluki, Cempaka dan banyak lagi.
Sedemikian pihak berkenaan seperti JAIS dan MAIS haruslah realistik bagi menyegerakan
perlantikan baru pegawai badar yang perlu diperluaskan calon jawatan tersebut kepada wakil dari surau dan sebagainya.
Difahamkan setiap kali mesyuarat Masjid AsSalam dengan wakil surau-surau sentiasa ditanya dan diusulkan perlantikan baru dan tambahan baru jawatan pegawai Badar berkenaan.
Masjid AsSalam Bukit Sentosa
http://assalambs.blogspot.com/2009/08/pegawai-masjid-selangor-diberi-kuasa.html

11 September 2011
10 September 2011
QADA PUASA DAN BAYAR FIDYAH.

Hutang puasa yang yang dimaksudkan, iaitu jumlah hari-hari puasa yang pernah kita tinggalkan pada musim Ramadhan lepas. Tak kiralah secara sengaja atau tidak, sepatutnya diqadakan secepat mungkin, namun Allah Yang Maha Penyayang memberikan kita kelapangan untuk melaksanakan qada pada bila-bila masa sahaja(kecuali pada hari yang diharamkan berpuasa) sebelum tiba Ramadhan yang berikutnya. Jadi, pada bulan Syaaban segala puasa yang telah ditinggalkan hendaklah diqada sepenuhnya tanpa berbaki lagi.
Andainya seseorang gagal melunaskan hutang puasanya ini hingga menjelma Ramadhan yang berikutnya, maka dia wajib menqada puasa yang ditinggalkan berserta fidyahnya sekali. Sebenarnya ada beberapa golongan yang wajib qada dan membayar fidyah, namun disini saya hanya ingin fokuskan kepada golongan yang melewatkan qada puasa sehingga melewati Ramadhan yang berikutnya.
Kadar fidyah ialah secupak beras atau gandum kepada fakir miskin bagi setiap hari puasa yang diitnggalkan. Ini adalah pandangan Imam Syafi’i dan jumhur ulama’. Sandaran imam syafi’i dalam penetapan ini ialah sebuah hadis yang riwayat Darulqutni daripada Abu Hurairah mengenai lelaki yang sakit kemudian sihat tetapi tidak juga menqadakan puasanya hingga tiba ramadhan berikutnya,. Baginda bersabda “ Hendaklah ia qadakan puasa yang ditinggalnya, kemudian mengeluarkan secupak makanan kepada orang miskin bagi setiap hari yang ditinggalnya.
Kadar fidyah akan bertambah sejajar dengan pertambahan tahun yang diabaikan qada puasa. Sebagai contoh, andainya seseorang meninggalkan puasa selama lima hari pada tahun pertama dan tidak menqada puasanya hingga masuk bulan Ramadhan tahun yang kedua, maka dia diwajibkan qada puasa selama lima hari dan membayar fidyah sebanyak 5 cupak beras. Seandainya gagal dilunaskan puasa itu hingga masuk ramadhan pada tahun berikutnya pula( tahun ketiga), maka dia wajib qada sebanyak lima hari dan membayar fidyah sebanyak 10 cupak.
Berbalik kepada persoalan fidyah, pada hari ini secupak beras itu lebih sesuai dinilai dari segi wang ringgit. Kadar sekarang ialah secupak beras bersamaan dengan RM1.20 dan ia boleh diberi kepada sesiapa sahaja yang secara zahirnya adalah faqir miskin,termasuklah kepada saudara mara sendiri.
1) Lebih lanjut :
a) Pondok Pasir Tumboh Kelatan.
http://www.al-bakriah.com.my/index.php?option=com_content&view=article&id=25:bayar-fidyah-tinggal-puasa&catid=9:soal-jawab-agama&Itemid=25
b) Jabatan agama islam Selangor.
http://soaljawab.jais.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=275&Itemid=85
09 September 2011
CALON UPSR SKBS & IBUBAPA SOLAT HAJAT DI ASSALAM
Membaca yasin beramai-ramai selepas solat hajat di ketuai Ustaz Kol Rahib
Solat hajat beramai selepas solat fardhu Maghrib. Semoga usaha yang telah dilakukan dan diteruskan oleh murid-murid ini dan ahli keluarga mereka akan diterima dan dikabulkan Allah s.w.t yang maha pengasih dan maha memakbulkan permintaan hambanya.
Ustaz Kol Rahib ini adalah bekas Pengerusi PIBG Sekolah Kebangsaan Bukit Sentosa paling lama kalau tidak silap 7 tahun lamanya.Beliau sekarang adalah Pengerusi PIBG Sekolah Menengah Bukit Sentosa 2.
Kol
08 September 2011
SOLAT HAJAT MOHON KEJAYAAN UPSR SKBS DI ASSALAM MALAM INI !
Jangan lupa Majlis Solat Hajat malam ini 9 September 2011.
Seperti tahun-tahun yang lalu, Sekolah Kebangsaan Bukit Sentosa akan membuat majlis Solat Hajat selepas olat fardu di Masjid AsSalam beramai-ramai dengan kehadiran murid yang terlibat dengan peperiksaan dan ibu dan bapa mereka serta ajk masjid yang berkelapangan.
07 September 2011
HINDARI PENYAKIT DI BULAN SYAWAL
Penyakit-Penyakit dalam bulan Syawal
Bulan Ramadhan adalah satu rahmat kepada semua yang berpuasa dan turut menjadi bonus kepada petugas perubatan yang bekerja di klinik atau di hospital kerajaan.
Pengalaman bekerja di bidang ini mendapati bahawa di bulan Ramadhan, bilangan pesakit yang berkunjung ke klinik-klinik dan yang dimasukkan ke hospital biasanya akan berkurangan.
Beberapa kajian saintifik mendapati bahawa puasa adalah sebahagian daripada pencegahan dan rawatan kepada pembunuh utama rakyat Malaysia iaitu 'Sindrom Metabolik'.
Penyakit Sindrom Metabolik ini merangkumi beberapa penyakit termasuklah darah tinggi, kencing manis, hypercholesterolaemia (kandungan lemak yang tinggi) dan kegemukan (obesiti).
Puasa Ramadhan juga dapat meningkatkan kesihatan seseorang dengan berlakunya proses detoksifikasi atau pembuangan toksin yang berkesan dari tubuh badan selain daripada ratusan kebaikan yang lain dari sudut kesihatan fizikal, emosi dan spiritual.
Namun situasi mesra kesihatan di bulan Ramadhan ini berubah sebaik sahaja menjelang Syawal. Apa tidaknya, setelah sebulan berpuasa dan berdisiplin dengan tabiat pemakanan yang sihat kini bertukar wajah menjadi pesta makanan yang menyajikan pelbagai jenis juadah yang lazat dan menggiurkan.
Kegilaan menjamu selera menjadi lebih parah dengan budaya rumah terbuka yang biasanya berlanjutan selama sebulan atau mungkin lebih. Walaupun tujuan asal rumah terbuka dan amalan ziarah menziarahi adalah sangat baik dan terpuji iaitu untuk merapatkan silaturrahim dan saling bermaaf-maafan di antara satu sama lain.
Penyakit-penyakit utama di bulan Syawal
Sakit perut dan cirit-birit
Masuk saja ke bulan Syawal, kejadian sakit perut, muntah dan cirit-birit adalah gejala yang sangat kerap berlaku. Ramai di kalangan kita yang mengidap acute gastro-enteritis (keracunan makanan), gastrik dan perut yang meragam akibat pengambilan juadah hari raya tanpa tabiat mengamalkan pemakanan yang sihat.
Kencing manis (diabetes)
Pada bulan Syawal juga ramai pesakit diabetes yang perlu dimasukkan ke hospital kerana kandungan gula di dalam darahnya yang meningkat di luar kawalan. Namun begitu, ada juga pesakit baru yang dikesan mengidap diabetes kerana tabiat pemakanannya yang tidak sihat di sepanjang Ramadhan dan Syawal.
Kegemukan (obesiti)
Sekiranya budaya rumah terbuka tidak diikuti dengan disiplin pemakanan yang baik, maka fenomena 'seluar longgar' dek keberkatan Ramadhan dan akan digantikan oleh gejala 'seluar sendat' dek kedahsyatan pesta makanan yang berpanjangan di sepanjang Syawal.
Kehebatan seseorang yang berjaya menurunkan berat badannya di bulan Ramadhan hanya boleh dipuji sekiranya dia berjaya mengekalkan berat badan tersebut sehingga di penghunjung Syawal setelah melepasi ujian marathon jamuan demi jamuan tersebut.
Malas untuk beramal
Biasanya kita mudah untuk membaca al-Quran dan solat berjamaah di bulan Ramadhan tetapi lain pula situasinya di bulan Syawal. Surau dan masjid yang biasanya penuh di bulan puasa akan kelihatan kosong dan kurang dikunjungi selepas Ramadhan. Al-Quran yang menjadi teman sehinggakan budaya mengkhatamkannya di sepanjang bulan Ramadhan akan berubah sekelip mata sehinggakan jarang sekali dibeleknya sebagai bekalan hidup dengan berlalunya Ramadhan.
Penyakit lidah
Umumnya adalah lebih mudah bagi umat Islam yang berpuasa di bulan Ramadhan untuk menjaga lidahnya daripada tabiat mengumpat, suka berdebat dan kutuk mengutuk di antara satu sama lain. Namun keadaannya berubah setelah berlalunya bulan berkat dan bulan ibadah ini.
Ramai di kalangan kita yang melupai disiplin menjaga lidah dan mulut menjelang berlalunya Ramadhan. Lebih menyedihkan lagi apabila gelanggang rumah terbuka ini mungkin menjadi medan mengumpat atau pesta yang bercampur-baur tanpa batasan.
Tabiat-tabiat lama
Taqwa adalah merupakan objektif dan hikmah puasa itu sendiri. Ia boleh diukur apabila melihat diri seseorang atau keluarganya semakin baik dan cemerlang setelah melalui medan tarbiyah selama sebulan di bulan Ramadhan.
Lebih menyedihkan buat seseorang individu mahupun umat Islam umumnya apabila penyakit-penyakit lama yang telah sebati di dalam dirinya datang kembali malahan semakin membarah dengan berlalunya Ramadhan.
Bagaimana mengatasi fenomena ini?
Bersederhana di dalam mengendalikan rumah terbuka
Melakukan amalan ziarah menziarahi secara terancang
Menjaga disiplin pemakanan
Bermuhasabah diri dan mendidik keluarga serta masyarakat mengenai amalan berhari-raya menurut syara'
Mengamalkan puasa enam di bulan Syawal
Menjadikan riadah sebagai acara regular mingguan
Mengamalkan gaya hidup yang sihat
Banyak berdoa memohon pertolongan dari Allah s.w.t
Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud,
"Barangsiapa yang telah berpuasa Ramadhan dan kemudian dia mengikutkannya dengan puasa enam hari dari bulan Syawal, maka dia seperti orang yang berpuasa selama satu tahun." (Hadis shahih riwayat Muslim)
Akhir kalam,
Ramadhan tunduk mengundurkan diri,
Syawal bergegas datang mengganti,
Semoga taqwa mekar di hati,
Amalan soleh kukuh membumi.
- Artikel iluvislam.com
Biodata Kolumnis
Prof Madya Dr Zainur Rashid Zainuddin bertugas sebagai Timbalan Dekan, Fakulti Perubatan di International Medical University (IMU) dan Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi di Hospital Tuanku Jaafar Seremban. Di dalam NGO, beliau merupakan Perunding Aman Palestin dan Naib Presiden I-Medik. Beliau juga menulis di blog zainurrashid.com dan page Facebook ‘Dr Zainur Rashid Zainuddin’.

Subscribe to:
Posts (Atom)
PERINGATAN BAGI LELAKI !
Mengikut Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995
"Mana-mana lelaki yang baligh yang tidak menunaikan Sembahyang Jumaat
tanpa apa-apa keuzuran syarie yang boleh didakwa dibawah Seksyen 20,
Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995, sekiranya disabit
kesalahan boleh di denda tidak lebih RM1,000 ATAU dipenjarakan selama
tempoh tidak melebihi enam (6) bulan ATAU kedua-duanya sekali."