RAKAN BLOG MASJID

29 February 2012

MASJID BERTAMBAH DI AMERIKA SYARIKAT , SUBHANALLAH

WASHINGTON
- Jumlah masjid di Amerika telah meningkat secara dramatis dalam dekade terakhir meskipun marak protes pasca 11 September yang ditujukan pada tempat ibadah muslim, menurut sebuah kajian terbaru. Para peneliti melakukan penghitungan nasional dan menemukan total 2.106 Islamic Center, naik dari 1.209 pada tahun 2000 dan 962 pada tahun 1994. Sekitar seperempatnya dibangun antara 2000-2011, karena masyarakat menghadapi pengawasan ketat oleh aparat pemerintah dan masyarakat yang menganggap curiga akan hal tersebut. Pada tahun 2010, protes terhadap sebuah Islamic Center dekat Ground Zero muncul dan menjadi perdebatan nasional. Demonstrasi anti-masjid ini menyebar ke Tennessee, California, dan negara bagian lain. Ihsan Bagby, seorang profesor di University of Kentucky dan penulis utama studi tersebut, mengatakan temuan itu menunjukkan Muslim telah mengukir tempat untuk diri mereka sendiri meskipun reaksi tersebut muncul. "Ini adalah komunitas Muslim yang sehat dan terus tumbuh serta terintegrasi dengan baik dengan Amerika," kata Bagby. "Saya berpikir bahwa hal ini merupakan pesan terbaik yang dapat kita kirim kepada dunia dan dunia Islam pada khususnya.'' Laporan yang dirilis Rabu (29/2/2012) dengan judul "Masjid di Amerika 2011" diperoleh melalui pemantauan data, situs, dan wawancara dengan tokoh masyarakat, serta survei dan wawancara dengan 524 pemimpin masjid. Perkiraan total populasi Muslim Amerika telah menjadi isu kontroversial di saat Muslim berusaha untuk memiliki suara dalam kehidupan publik. Pew melakukan survei tahun lalu yang diperkirakan komunitas Muslim Amerika mencakup 2,75 juta orang, atau hampir 1 persen dari penduduk AS. Sementara itu, pada tahun 2000, dalam laporannya, Bagby telah memperkirakan populasi Muslim AS sebanyak 7 juta. Dalam laporan terbaru, Bagby tidak melaporkan jumlah tepat komunitas muslim. Ia hanya mengeluarkan pernyataan bahwa Amerika Serikat bisa menjadi rumah bagi 7 juta Muslim. Studi ini adalah bagian dari kemitraan Faith Communities Today yang disponsori oleh Dewan Hubungan Amerika-Islam, Penelitian Agama Institut Hartford, Masyarakat Islam Amerika Utara, dan Lingkar Islam Amerika Utara. (althaf/arrahmah.com)

26 February 2012

SANTAI TAPI ILMU SAMPAI ! SUBHANALLAH DAN ALHAMDULILLAH !

Alhamdulillah malam tadi berpeluang ke majlis ilmu Ustaz Azhar Idrus di Masjid Baru Tasik Puteri Rawang bersama ribuan yang lain. Seperti biasalah majlis ilmu UAI di sekitar Selangor ini sentiasa mendapat sambutan hangat, hingga melimpah ruah ke tempat parking masjid. Ustaz memulakan pengajian Kitab Anak Kunci Syurga, perihal kita ini mengaku Islam tapi tak kenal Allah. Tidak membawa rasa takut kerana sekadar kenal nama tapi tidak begitu mengenal sifat2 Allah. Yang sempurna itu Allah, yang kekurangan itu kita. Barangsiapa mengenal Tuhan maka dia kenal diri.
Allah mendengar, melihat dan berkata-kata. Namun tidak sama dengan dengar, lihat dan berkata-katanya makhluk. Allah tunjukkan kekuasaaan dengan kesempurnaan pada setiap ciptaan-Nya yang tidak terhitung banyaknya. Allah mendengar, layak dengan kebesaran dan kesempurnaan-Nya. Kita mendengar juga tapi tidak sama pada hakikatnya. Asal kita dulu tak dapat melihat, tak boleh mendengar, dan tak dapat berkata-kata. Tapi Allah belah mata kita supaya boleh melihat. Allah tebuk telinga kita supaya boleh mendengar. Dan Allah bagi suara supaya boleh berkata-kata. Allah punya semua. Kita tidak ada apa. Datang kita bertelanjang bulat. Kalau rasa kita ini hebat, cuba banding dengar kita dengan serigala yang dapat mendengar sehingga jarak 3km. Kalah kita walaupun dengan seekor haiwan. Mata kita melihat tapi makin lama makin rabun hingga terpaksa pakai spek. Cuba banding dengan kambing. Ada kambing kena pakai spek? Mata kambing hebat lagi rupanya. Banding lari kita dengan kucing, kalah juga kerana kita sekadar 35km/jam tapi kucing boleh lari 67km/jam. Nak banding dengan antelop 85km/jam, cheetah 115km/jam. Lemah benar kita. Binatang lagi power rupa2nya. Gagah? Tak payah banding dengan gajah, dengan kerbau pun kalah. Jadi nak bangga apa? Hina kita. Kita kalah dengan semua jenis binatang. Taraf kita di bawah binatang pada segala hal. Cuma Allah bagi kelebihan akal. Maka dapatlah kita cari ilmu, buat kajian, cipta teknologi dan peralatan dengan izin Allah. Kita menang dengan akal sahaja. Dengan akal itu, Allah turunkan wahyu, untuk kita belajar kebesaran Allah. Hakikat sebenar kita ini buta, pekak dan bisu. Tapi mengapa angkuh menentang kebesaran Allah? Menentang perintah Allah? Sekarang ni dengar, dulu pekak. Sekarang ni lihat, dulu buta. Sekarang bijak berbicara, dulu bisu. Akhirnya kembali buta, pekak dan bisu. Bila mati, buta balik, pekak balik, bisu balik. Ibarat BMW 7series, canggih giler, selesa macam duduk atas angin, tapi potong satu wayar, terus tak dapat gerak. Begitulah hakikat hebat manusia ini, bila potong nyawa, mati, tak ada hebat mana dah. Semua kena tinggalkan hatta harta berbillion ringgit. Justru kena belajar mengenal Allah. Allah yang maha sempurna dan kita yang maha lemah. Tak kenal Allah maka tak kenal diri. Bila tak kenal diri, maka lupa diri. Siapa aku? Aku juara pidato kebangsaan. Medal dan piala kemenangan banyak mencecah bumbung rumah, tapi bila mati sepatah perkataan pun tak mampu dituturkan. Bisu balik sebagaimana asal dulu semasa dalam perut ibu. Kalau Allah nak beri, plastik pun boleh bercakap. Pasang CD bacaan Qur'an Abdul Rahman As-Sudais. Sedap sungguh kita dengar. CD tu plastikkan? Mana lagi hebat bacaan kita ke bacaan plastik? Bila kita dapat bercakap ingatlah itu kurniaan Allah. Kita tiada upaya. Upaya kita ini hanya atas ehsan Allah. Tapi kenapa kita masih lawan tentera Allah, Kitab Allah, Nabi Allah? Maka belajarlah segala ilmu agama supaya faham terutamanya ilmu2 fardu ain, tauhid, feqah, dan akhlak (tasauf). Orang yang mendapat kefahaman agama merupakan manusia2 terpilih yang Allah sayang dan kasih. Semoga kita tergolong sebagai manusia alim yang faham agama. Allah Maha Pemurah. Murahnya Allah memberi nikmat kepada manusia walaupun manusia yang terang2an menentang dan syirik pada Allah. Manusia pemurah juga tapi tidak untuk selama-lamanya, pemurah mengikut keadaan dan suasana. Tapi pemurah Allah hinggakan setiap permintaan makhluk apabila ditunaikan tidak akan sedikitpun menjejaskan keluasan perbendaharaan kekayaan Allah SWT. Ibarat melempar sebatang jarum ke dalam laut luas, tidak sedikit pun terjejas. Allah yang kaya. Orang kaya itu tidak kaya pada hakikatnya. Kerana lahir dulu berbogel. Mati pun berbogel dan papa kedana. Dua kali manusia dibogelkan. Supaya kita ingat bahwa kita ini fakir dan tidak kaya. Sedangkan cuba kita lihat manusia fakir di dunia ini, ada tak yang berbogel tak ada baju atau seluar untuk di pakai? Itulah peringatan supaya kita ini berfikir bahawa akhirnya aku ini jadi bukan setakat fakir dan miskin, tapi papa kedana dan hina sehina-hinanya. Tujuan belajar ilmu ini ialah untuk jadi orang. Apa guna Allah bagi akal yang membezakan kita daripada makhluk haiwan, kalau kita tidak mahu berfikir? Dengar tapi buat2 tak dengar. Nampak tapi buat2 tak nampak. Jangan nampak hensem tapi bodoh macam kambing. Mata tak melihat. Telinga tak mendengar. Hakikat kewujudan manusia bermula semasa terciptanya Nabi Adam. Setiap ruh manusia dikeluarkan daripada tulang sulbi Nabi Adam untuk hidup di alam ruh. Umur seluruh umat manusia dari dulu, kini dan selamanya adalah sebaya sahaja di alam Ruh ini. Bila lahir ke dunia, umurnya berbeza-beza. Di alam Ruh ini, seluruh manusia sudah berjanji dan membuat MOU di hadapan Allah, siapa Tuhan kamu? Ya Allah, Engkaulah Tuhan sebenar dan kami tidak akan tunduk melainkan kepada-Mu sahaja. Kita sudah berjanji. Nabi diutuskan untuk mengingatkan kembali akan janji yang termaktub ini. Al-Qur'an menceritakan semua ini. Sesungguhnya Al-Qur'an itu adalah sumber sejarah yang terhebat. Jadi tolonglah agama Allah. Walaupun kita ada beribu kitab tapi ilmu tidak boleh dibeli untuk masuk ke dalam dada. Ilmu mesti dituntut. Itu hak kita. Taqwa boleh dibeli? Tidak sama sekali. Kerana kasih sayang Allah, kita semua dapat hadir ke majlis ilmu. Maka istiqamahlah menuntut ilmu supaya dapat kenal dosa pahala, dapat kenal Allah. Ditulis oleh School Of Tots pada 1:28 PM

21 February 2012

RINGKAS BIODATA JUNJUNGAN ORANG ISLAM RASULULLAH S.A.W

Seseorang itu tidak akan menyambut kelahiran Rasulullah SAW jika tiada perasaan cinta terhadap baginda. Malahan sesetengahnya langsung tidak mempedulikan Rasulullah SAW, seolah-olah tiada apa-apa keistimewaan dengan kelahiran dan pengutusannya. Menyedihkan lagi, sebahagian daripada umat Islam lebih mengingati kelahiran paderi ' St. Valentino ' daripada mengingati Rasulullah SAW, lebih mengingati biodata para artis daripada biodata Rasulullah SAW. Beginikah kecintaan kita kepada seorang kekasih dan utusan Allah SWT? Justeru itu kita harus berasa bertanggungjawab untuk memaparkan biodata dan kronologi hidup Baginda SAW untuk tatapan dan ingatan kita bersama agar kita lebih mencintai kehidupan dan perjuangan Rasulullah SAW. BIODATA RASULULLAH SAW · Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim. · Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah). · Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah. · Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim. · Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf. · Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW). · Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab). · Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah). USIA 5 TAHUN · Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya. USIA 6 TAHUN · Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa ' (sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah). · Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib. USIA 8 TAHUN · Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia. · Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib. USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun). · Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.. · Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu. USIA 20 TAHUN · Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' , jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja. · Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah. USIA 25 TAHUN · Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah. · Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah. · Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu. · Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham. USIA 35 TAHUN · Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah. · Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Makkah. · Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut. USIA 40 TAHUN · Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman. USIA 53 TAHUN · Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq. · Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M. USIA 63 TAHUN · Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi. ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW § Khadijah Binti Khuwailid. § Saudah Binti Zam'ah. § Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar). § Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab). § Ummi Habibah Binti Abu Sufyan. § Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah). § Zainab Binti Jahsy. § Maimunah Binti Harith. § Safiyah Binti Huyai bin Akhtab. § Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin). ANAK-ANAK RASULULLAH SAW 1. Qasim 2. Abdullah 3... Ibrahim 4. Zainab 5. Ruqaiyah 6. Ummi Kalthum 7. Fatimah Al-Zahra ' ANAK TIRI RASULULLAH SAW Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda). SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW IBU SUSUAN/SAUDARA SUSUAN 1. Thuwaibah 1. Hamzah 2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad SAUDARA SUSUAN 1. Halimah Al-Saidiyyah 1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib 2. Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza 3. Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza 4. ' Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW (ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB) 1. Al-Harith 2. Muqawwam 3. Zubair 4. Hamzah *** 5. Al-Abbas *** 6. Abu Talib 7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza) 8. Abdul Ka ' bah 9. Hijl 10. Dhirar 11. Umaimah 12. Al-Bidha (Ummu Hakim) 13. Atiqah ## 14. Arwa ## 15. Umaimah 16. Barrah 17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) *** *** Sempat masuk Islam. ## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya. Sabda Rasulullah SAW: "Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas ) اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم Nabi Muhammad SAW - Manusia agong KENALI NABI MUHAMMAD S.A..W. SECARA LAHIRIAH. Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda. Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah: - Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw.. - Aku melihat cahaya dari lidahnya. - Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit. - Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan. - Rasulullah umpama matahari yang bersinar. - Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah. - Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama. - Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona. - Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat. - Wajahnya seperti bulan purnama. - Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya. - Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah. - Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang. - Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut. - Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya. - Mulut baginda sederhana luas dan cantik. - Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan. - Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya. - Janggutnya penuh dan tebal menawan. - Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca. - Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah. - Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya. - Rambutnya sedikit ikal. - Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah bahu tapi disisir rapi. - Rambutnya terbelah di tengah. - Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat. - Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih drpd biasa. - Seimbang antara kedua bahunya. - Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar dan tersusun dgn cantik. - Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut. - Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik. - Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air. - Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya. - Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan putih. - Warna putihnya lebih banyak. - Warna kulit baginda putih kemerah-merahan. - Warna kulitnya putih tapi sihat. - Kulitnya putih lagi bercahaya. - Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh. - Badannya tidak gemuk. - Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi kacak. - Perutnya tidak buncit. - Badannya cenderung kepada tinggi, semasa berada di kalangan org ramai baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka. KESIMPULANNYA : Nabi Muhammad sa.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh sepanjang zaman. Baginda adalah semulia-mulia insan di dunia.

19 February 2012

BANYAKNYA FADILAT SALAWAT

Nabi s.a.w bersabda: “Orang yang lebih berhak mendapat syafaatku pada hari kiamat ialah oarang yang lebih banyak selawatnya kepadaku.” (Ibn Mas’ud r.a) Ibnu Al-Mulqan juga menyebut di dalam kitab “Al-Hadaiq” bahawa terdapat seorang pemuda yang sedang melakukan tawaf di Baitullah. Beliau hanya sibuk membaca selawat ke atas Rasulullah s.a.w. Apabila ditanya adakah sesuatu yang menyebabkan ia asyik berselawat sahaja. Pemuda itu menjawab, “Ya, ketika aku bersama ayahku keluar mengerjakan fardu Haji tiba-tiba ayahku jatuh sakit di sebuah rumah. Ayahku meninggal dunia dalam keadaan mukanya berubah menjadi hitam, kedua matanya berubah menjadi biru dan perutnya membuncit tinggi.” Melihat keadaannya begitu aku menangis kesedihan dan berkata : “Dan sesungguhnya kita adalah milik Allah dan kepadaNyalah kita kembali. Ayahku meninggal dunia dalam keadaannya yang pelik.” Apabila malam menjelma. aku merasa mengantuk dan aku (bermimpi) melihat Rasulullah s.a.w dengan pakaian serba putih dan berbau semerbak harum mewangi. Baginda menghampiri ayahku dan menyapu mukanya. Dengan serta merta aku lihat muka ayahku berubah menjadi terlalu putih melebihi putih susu!. Kemudiannya baginda menyapu pula perut ayahku yang membuncit itu lalu ia kembali seperti sediakala. Apabila hendak beredar baginda berkata: “(Sesungguhnya ayahmu ialah seorang yang banyak melakukan maksiat dan dosa. Dia juga banyak berselawat ke atasku. Apabila berlaku perkara yang telah berlaku kepadanya itu, dia telah meminta bantuanku maka aku datang membantunya. Dan aku adalah pembantu kepada orang-orang yang banyak berselawat ke atasku semasa hidup di dunia).” Allahumma Salli Ala Sayyidina Muhammad wa’ala ali sayyidina Muhammad…. Kelebihan Berselawat Ke Atas Nabi Muhammad s.a.w Al-Sheikh Abdul Kadir Al-Jelani Al-Hasani menyatakan tentang kelebihan berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. di dalam kitabnya al-Safinah al-Qadiriyyah. Beliau meriwayatkan daripada Ibnu Farhun berkata: Berselawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. itu mempunyai empat puluh dua kelebihan. Hal ini tertulis di dalam kitabnya ‘Hadaiq al-Anwar’: 1. Melaksanakan perintah Allah. 2. Bersamaan dengan selawat Allah kepada Rasulullah s.a.w. 3. Bersamaan dengan selawat para malaikat. 4. Mendapat ganjaran sepuluh kali selawat daripada Allah atas setiap kali selawat yang diucapkan (selawat daripada Allah bererti rahmat). 5. Dikurniakan oleh Allah sepuluh darjat atas tiap-tiap satu selawat. 6. Dituliskan oleh malaikat sepuluh kebaikan atas setiap selawat. 7. Dihapuskan oleh Allah sepuluh kejahatan atas setiap selawat. 8. Segala doa akan diperkenankan oleh Allah. 9. Mendapat syafaat daripada Rasulullah s.a.w. 10. Mendapat keampunan Allah serta akan ditutup segala keaiban. 11. Allah akan menutupi segala dukacita. 12. Dikurniakan maqam hampir kepada Rasulullah s.a.w. 13. Mendapat darjat al-Sidq. 14. Ditunaikan segala hajat. 15. Salam sejahtera pada hari kiamat. 16. Allah dan para malaikat akan berselawat ke atas individu yang berselawat. 17. Mendapat khabar gembira daripada Allah dengan balasan syurga. 18. Salam sejahtera pada huru-hara hari kiamat. 19. Rasulullah s..a.w. akan menjawab secara langsung ke atas setiap selawat yang dibacakan. 20. Mudah mengingat semula perkara-perkara yang lupa. 21. Mendapat kedudukan yang baik pada hari kiamat serta tidak akan kecewa pada hari itu. 22. Tidak akan merasai fakir. 23. Terpelihara daripada dihinggapi sifat bakhil. 24. Mendapat kesejahteraan daripada doa Rasulullah s.a.w. kepada yang berselawat. 25. Selawat akan menjemput setiap pengucapanya ke jalan syurga. 26. Menjauhkan seseorang itu daripada terlibat dalam majlis-majlis yang tidak disebut padanya nama Allah dan Rasul-Nya atau daripada majlis-majlis lagha. 27. Berselawat menyempurnakan kalam pujian Allah apabila disebut (di dalam doa), maka akan disambut selepas itu dengan kalimah selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. 28. Selamat melintasi titian Sirat al-Mustaqim pada hari kiamat. 29. Disambut oleh Allah pada hari kiamat dengan kata-kata pujian yang lunak. 30. Mendapat balasan rahmat yang luas daripada Allah. 31. Mendapat keberkatan daripada Allah. 32. Mendapat kesempurnaan iman. 33. Kasih dan cinta kepada Rasulullah s.a.w. 34. Mendapat hidayah Allah dan dikurniakan hati yang sentiasa hidup mengingati Allah. 35. Setiap selawat yang dibaca akan dibentangkan di hadapan Rasulullah s.a.w. secara langsung. 36. Teguh pendirian dengan kebenaran. 37. Berselawat bererti kita menggunakan sebahagian hak-hak Rasulullah s.a.w. ke atas diri kita. Di samping itu ianya dianggap sebagai mensyukuri nikmat Allah yang mengurniakan dan mengutuskan Rasulullah s.a.w. kepada kita. 38. Berselawat juga bererti zikrullah, bersyukur serta mengikut segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah. 39. Berselawat bererti melengkapkan pengertian berdoa dan memohon kepada Allah, ke atas Rasulullah s.a.w. dan kepada diri sendiri. 40. Antara kelebihan yang paling hebat kepada setiap individu ialah akan terjelma gambaran Rasulullah s.a.w. di dalam jiwanya. 41. Dikurniakan oleh Allah maqam seorang Syeikh dan Murabbi. 42. Mendapat kebahagiaan, ketenangan hidup didunia dan akhirat. Firman Allah Ta’ala yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.” (Surah Al-Ahzaab 33:56) Wallahu’alam…. Susunan: hasnulhadiahmad.com

PERLU ADA ILMU CARA SOLAT BILA SAKIT

Solat orang sakit kena tahu cara duduknya Dua tidak kali juga saya memerhatikan seorang pegawai keselamatan di hospital, solat dengan cara duduk sedangkan kaki kanannya melunjur ke hadapan. Satu hari saya menegurnya, “tuan kenapa dengan kaki tuan?” jawabnya, saya kemalangan dan dengan sebab itu saya tidak boleh lipat kaki seperti orang biasa. Saya terus bertanya, tuan boleh berjalan dengan baik tetapi mengapa tuan tidak boleh solat berdiri? Jawabnya mudah, “kalau saya berdiri, sukar pula saya hendak duduk semula. Mungkin alasan itu boleh diterima dan caranya itu boleh memudahkan urusan solatnya. Tetapi anda mungkin pernah bertemu dengan orang yang solat duduk di atas kerusi. Dia bawa kerusi itu dari rumah, malah mampu berjalan dengan baik. Setelah diletakkan kerusi itu dia duduk dan memulakan takbir. Sepanjang empat rakaat isyaknya dia solat dalam keadaan duduk. Sahkah solatnya? Mari kita lihat rukun solat iaitu rukun pertama, berdiri tegak dengan tidak condong atau miring hinggakan sampai ke tahap rukuk tanpa keuzuran bagi mereka yang berkuasa berbuat demikian dalam sembahyang fardu. Berdasarkan rukun itu, perlu kita tanya mereka yang solat duduk itu, adakah dia boleh berdiri? Dalam kes di atas tentu kita tidak perlu bertanya lagi kerana memang kita nampak dia boleh berjalan dengan baik. Ertinya dia boleh berdiri lama. Jadi, bagaimana solat itu boleh terjadi kalau rukun pertama sudah tidak dipatuhi. Inilah perkara yang jarang diperhatikan oleh umat Islam. Kita tidak nafikan amalan dalam Islam tidak membebankan umatnya. Perkara yang susah akan dimudahkan jika perlu, rukhsah namanya. Tetapi rukhsah itu ada syarat yang perlu dipatuhi. Mari kita telitikan cara yang betul solat orang yang sakit sebegini. Untuk dua kes di atas, mereka hendak berdiri terlebih dahulu. Lakukan rukun berikutnya dalam keadaan itu sehingga rukuk dan iktidal. Untuk sujud, duduklah di atas kerusi atau melunjur kaki ke hadapan bagi yang duduk atas lantai. Kemudian tundukkan kepala ke hadapan setakat yang mampu. Bacalah zikir sujud seperti biasa. Kemudian duduk antara dua sujud dan lakukan sujud sekali lagi seperti pertama. Untuk rakaat kedua, berdiri lagi sekali bagi yang duduk di atas kerusi, tetapi yang duduk melunjur bolehlah duduk dalam keadaan itu jika sukar untuk bangun semula. Ulangilah amalan itu sehingga selesai empat rakaat, iaitu salam. Merujuk kepada mereka yang duduk melunjur itu, bergantung kepada kesihatan dan kemampuannya. Jika dia boleh bangun semula tanpa menyusahkannya dan tidak mengganggu orang yang solat di sebelahnya (solat jemaah) hendaklah dia bangun berdiri seperti orang lain juga. Walau bagaimanapun bagi mereka dalam kes di atas, jika untuk duduk melunjur pun perlukan bantuan orang atau boleh mengganggu jemaah lain bolehlah dia duduk sepanjang solatnya walaupun dia boleh berjalan dengan baik. Perlu diingat juga, berdasarkan rukun di atas hukum berdiri ini ini hanya khusus untuk solat fardu sahaja. Ini bermakna untuk sembahyang sunat, berdiri tegak tidak diwajibkan sebaliknya hukumnya adalah sunat. Jadi, jika mampu solat berdiri, lakukan dengan berdiri. Bagi mereka yang terus duduk, rukuknya hendaklah dengan menundukkan kepala ke hadapan sedikit dan bacalah zikir rukuk. Cara ini hendak dibezakan dengan sujud yang tundukannya sampai ke tahap yang paling bawah yang dia mampu. Adalah diharapkan umat Islam dalam dalam keuzuran ini dapat memberi perhatian untuk solat akan datang. Ingatlah kalau solat tidak sah, bermakna ibadah yang lain boleh jadi tiada nilaiannya di sisi Allah. Selamat mencuba yang terbaik untuk Allah. Anda mungkin juga meminati:

17 February 2012

ASSALAMUALAIKUM

Keterangan lanjut Bahasaa Isyarat boleh layari http://www.japem.gov.bn/BIsyarat/Ucapan%20Ringkas.htm
Cara kehidupan bersosial di dalam lingkungan Sunnah Nabi S.A.W. nah maduhu wanusolli wanusallimu a`la rasulihil kariim,wa a`la alihi wasohbihi wa atba`ihi namalitiddinil qawwim.. kami memuji dan berselawat ke atas Rasul yang mulia dan ke atas Ahli keluarganya,para Sahabatnya dan para Tabi`in yng mendukung agama dan mendirikannya.. posting kali ni saya akan lamirkan rujukan bagaimana sebenarnya kita mengaplikasikan kehidupan bersosial di dalam komuniti dan masyarakat yang ditunjukkan oleh junjungan besar kita,Muhammad S.A.W kerana baginda ialah contoh terbaik dan contoh yang bagus dan baik untuk mengikuti Nabi S.A.W ialah dengan mengikuti juga para Sahabat R.Anhum kerana mereka menerima,melihat dan mengamalkanserta mengaplikasikan Sunnah Nabi S.A.W di dalam kehidupan mereka. semoga saya dan kita semua dapat amal dan sampaikan.dan kita biasakan dan ringankan mulut kita untuk memberi salam,insyaAllah. 1. Memberi salam semasa bertemu muslim yang lain ialah satu Sunnah yang hebat bagi orang islam.Rasulullah S.A.W banyak memberi penekanan pada perkara ini.ia meningkatkan perasaan kasih pada saudara seagama kita.salam harus diberi kepadasetiap orang islam samada kita mengenalinya ataupun tidak.Salam ialah hak islam dan untuk mengenali dan mengetahui seseorang ialah bukan keperluan. (petikan hadith ini ada di dalam sahih bukhari ) 2. telah disebutkan di dalam hadith Sahih Bukhari dan Muslim bahawa Nabi S.A.W telah melalui sekumpulan kanak-kanak dan Baginda mengucapkan salam kepada mereka.Di sini kita simpulkan bahawa adalah Sunnah juga untuk memberi salam kepada kanak-kanak. (Sahih Muslim,jilid ke-2,muka surat 214) 3. Sunnah di dalam cara memberi salam ialah seseorang harus mengucapkan dengan nada yang sederhana perkataan Assalamualaikum.untuk memberi/menjawab salam yang disertakan dengan lambaian atau isyarat tangan,anggukkan kepala atau menggerakkan jari ataupun menjawab salam dengan cara sebegini adalah bertentangan dengan Sunnah Nabi S.A.W. (Mishkat ,jilid ke-2,muka surat 399,riwayat Tirmizi) 4. Apabila berjumpa sesama muslim,adalah Sunnah untuk bersalaman setelah memberi salam.Lelaki bersalaman sesama lelaki dan wanita sesama wanita. (Mishkat jilid ke-2,muka surat 401,dari Bar`aa Ibn A`azib) 5. apabila memasuki sesuatu majlis,seseorang itu harus mencari tempat dimana ada tempat untuk duduk.membuatkan orang lain bangun untuk memberi laluan pada kita dan duduk tempat mereka adalah makruh dan berdosa (petikan hadith ini ada di dalam sahih bukhari dan muslim) 6. ketika seseorang datang untuk berjumpa kita,berganjaklah sedikti dari tempat duduk sedikit walaupun temapt itu luas.ini juga adalah Sunnah dan dengan perbuatan ini,maka orang yang tiba dan datang berjumpa kita itu rasa sepeti dihormati. (Zaadut Talibeen,hadith ini riwayat Imam Baihaqi Rah.) 7. Apabila ada 3 orang bersama,adalah tidak dibernarkan dan digalakkan untuk 2 orang dari kalangan mereka terlibat dalam perbualan apapun secara berasingan tanpa orang yang ketiga dapat mendengar.orang yang ketiga akan berasa curiga dan terasa hati.menyakiti hati mana-mana orang islam adalah berdosa. (Sahih Muslim,jilid ke-2,muka surat 219) 8. Apabila seseorang pergi ke rumah orang lain dia harus meminta izin sebelum masuk ke dalam rumah. (Mishkat jilid ke-2,muka surat 401) 9. Apabila kita menguap, adalah sunnah untuk menggelakkan sejauh mungkin.jika mulut tidak dapat ditutup walaupun kita telah berusaha untuk menutupnya,maka letakkan tangan yang satu lagi melapik semasa kita menutup mulut semasa menguap.semasa menguap,jangan membuat bunyi adalah tidak dibernarkan dan ia dinyatakan dalam hadith. (sahih bukhari jilid ke-2,muka surat 919,Sahih muslim jilid ke-2,muka surat 412, dan 413) 10.mendengar nama dan panggilan yang baik adalah satu petanda yang baik dan untuk menjadi senang dan gembira dengan perkara ini juga adalah sunnah.menganggap sesuatu sebagai petanda buruk adalah dilarang.sebagai contoh,apabila seseorang bersin adalah petanda bahawa kerja yang kita lakukan tidak akan berjaya.menganggap nasib buruk akan datang apabila burung gagak melalui kita dan melihat monyet dan burung hantu berbunyi sebagai satu tanda perkara yang tidak baik akan berlaku dan ini adalah tidak berasas sama sekali dan ini akan menghasilkan keyakinan yang salah serta salah faham.dalam masa yang sama menganggap seseorang sebagai pembawa sial/nasib tidak baik dan menganggap sesuatu hari itu tidak baik adalah satu perbuatan yang dipengaruhi dan mirip-mirip syaitan. (Mirqaat,jilid ke-9,muka surat 2 dan 6) mengambil keputusan serta beritndak mengamalkan Sunnah Rasulullah S.A.W,maka kita akan disayangi oleh Allah S.W.T dan Sunnah ini diaplikasian dan diamalkan sesuai dengan waktu dan masanya. rujukan 1. Beautiful Sunnah of Nabi S.A.W by Hazrat Maulana Shah Hakim Muhammad Akhtar Sahab Damaat Barakaatuh,Kutub Khana Mazahri,Karachi,Pakistan. 2. Mishkat Al Masabih by Muḥammad ibn ʻAbd Allāh Khatib Al-Tabrizi Rahmatullahi A`laih. 3. Sahih Muslim versi terjemahan ke bahasa inggeris oleh Shehikhul Hadith Hazrat Maulana Abdul Hamid Siddiqui Damaat barakaatuh. posted by Abdullah_m.efendi

PERINGATAN BAGI LELAKI !

Mengikut Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995
"Mana-mana lelaki yang baligh yang tidak menunaikan Sembahyang Jumaat

tanpa apa-apa keuzuran syarie yang boleh didakwa dibawah Seksyen 20,

Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995, sekiranya disabit

kesalahan boleh di denda tidak lebih RM1,000 ATAU dipenjarakan selama

tempoh tidak melebihi enam (6) bulan ATAU kedua-duanya sekali."