RAKAN BLOG MASJID
28 May 2012
BULAN REJAB MENGINGATKAN PEMIMPIN & RAKYAT !
Satu kisah penting berlaku menurut firman Allah di atas adalah Nabi Muhammad SAW diperjalankan (israk) dan dinaikkan ke langit (mikraj) sampai ke langit dan kembali ke bumi Mekah. Ia berlaku pada 27 Rejab, kalendar Hijrah.
Israk ialah perjalanan Nabi dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa dan Mikraj ialah Nabi dinaikkan ke Hadhratul-Qudus menemui Allah. Dalam perjalanan itu, berlaku secara mukjizat (hanya kepada Nabi Muhammad SAW), lalu baginda dipertontonkan dengan segala kehebatan kejadian Allahdi alam syurga dan neraka. Amat penting diketahui juga ialah baginda bertemu dengan para Nabi dan menerima daripada Allah SWT amanat sembahyang lima waktu yang kemudian difardukan untuk sekalian umat Islam.
Kesemuanya merupakan kehebatan akan kekuasaan Allah SWT yang ditunjukkan untuk diyakini, diimani dan diamalkan oleh setiap muslimin. Ia adalah kepercayaan keimanan sehingga kembalinya kita semua menemui Allah Rabbul Jalil.
Tazkirah Rejab
Sehubungan itu, pada kita semua diseru agar sepanjang bulan ini, tazkirah Rejab patut dikobarkan dengan kesedaran dan keinsafan diri untuk kita semua kental utuh menyakini akan kehidupan dunia pastinya menghadapi pula kehidupan akhirat yang kekal abadi.
Falsafah agama sebegini, bagi seorang pemimpin pastinya dapat pula mengingatkan ahli atau rakyat yang dipimpinnya supaya semua lapisan dapat menjadikan sirah sepanjang Rejab ini sebagai panduan hidup yang hakiki.
24 May 2012
AL-QURAN AMALAN UTAMA WALAU ANDA SEORANG PEMAIN BOLASEPAK
Al-Qur'an Memberikan Saya Ketenangan,Kata Mesut Ozil(Real Madrid)
Labels: Merenung Sejenak
Ada ramai pemain bola sepak Muslim yang bermain di liga utama Eropah. Namun boleh dikira dengan jari mereka yang boleh meraih prestasi hebat di kelab dan memperkuatkan kelab besar. Satu di antara pemain bola sepak Muslim yang beruntung adalah pemain tengah kreatif Real Madrid, Mesut Ozil.
Pemain berdarah Turki yang memperkuat pasukan kebangsaan Jerman itu dikenali sebagai kreator kejayaan Los Blancos merebut juara La Liga Sepanyol musim ini. Capaian itu semakin melambungkan nama Ozil di kancah pesepakbolaan dunia.
Ternyata ada sedikit rahsia di balik paparan gemilang permainan Ozil sepanjang musim 2011/2012. "membaca Al-Quran setiap sebelum kick-off," ungkap Ozil menceritakan kunci kejayaan meraih prestasi bersama Madrid.
Saat ini, terdapat enam pemain Muslim yang membela Madrid. Lima pemain lain adalah Karim Benzema, Sami Khedira, Hamit Altintop, Nuri Sahrin, dan Lassana Diarra. Namun hanya Ozil dan Khedira yang rutin turun sebagai starter di bawah pengendalian Mourinho.
Menurut Ozil, membaca beberapa ayat kitab suci umat Islam itu boleh memberinya ketenangan selama di lapangan. Tak heran Ozil dikenali sebagai pemain tenang di lapangan, meski laga berlangsung dalam tensi tinggi. "Al-Quran suci memberi saya kekuatan lebih untuk bermain dalam pertandingan dengan baik," ujar eks pemain Werder Bremen itu.
sumber dari: republika.co.id
: abusyahirah.blogspot.com
-ijoks2009-
Orang yang menjadikan Alquran sebagai rutin harian selalunya cemerlang dalam apa jua bidang yang diceburinya,Orang yang menjadikan Al-Qur'an sebagai panduan hidupnya pasti tidak akan kecewa dunia dan akhirat.
23 May 2012
22 May 2012
INGATAN PADA PEMERINTAH , TAQWA PADA ALLAH !
Pemerintah..!!! Dengarlah Nasihat Ata’ Bin Abi Rabah
Ata’ bin Abi Rabah masuk kepada Abdul Malik bin Marwan (26-86H) yang sedang duduk di atas singgahsananya. Di sekelilingnya pembesar dari pelbagai puak. Waktu itu di Mekah ketika Abdul Malik menunaikan haji di zaman pemerintahannya. Apabila Abdul Malik melihat Ata’, Abdul Malik bangun menghormatinya dan mendudukkannya bersama-samanya di atas singgahsana. Abdul Malik berkata: “Wahai Abu Muhammad! Apa hajatmu?”
Ata’ menjawab: “Wahai Amirul Mukminin! Bertaqwalah kepada Allah di tanah haram Allah dan rasulNya ini. Berjanjilah untuk memakmurkannya. Bertaqwalah kepada Allah terhadap anak-anak Muhajirin dan Ansar kerana dengan sebab merekalah kamu dapat duduk di singgahsana ini. Bertaqwalah kepada Allah terhadap mereka yang menjaga kubu kerana mereka yang menjadi pertahanan orang Islam. Siasat dan semaklah urusan orang Islam kerana engkau sahaja yang bertanggungjawab terhadap mereka. Bertaqwalah kepada Allah terhadap orang yang berdiri di pintumu dan jangan lalaikan mereka. Jangan kunci pintumu tanpa mempedulikan mereka.”
Jawab Abdul Malik: “Baik, aku akan lakukan.”
Ata’ bingkas bangun. Abdul Malik memegang tangan Ata’ sambil berkata: “Wahai Abu Muhammad! Perkara yang engkau pohonkan itu adalah hajat orang lain. Kami sudah tunaikannnya. Apa pula hajatmu?”
Jawab Ata’: “Aku tidak berhajat kepada makhluk” lalu terus pergi dari situ.
Abdul Malik berkata: “Demi sesungguhnya inilah kemuliaan.”
(ringkasan Muhazzab min Ihya Ulumiddin ms 482)
Antara komentar yang boleh dibuat:
1. Pemerintah paling mudah kalau mahu melakukan kerosakan. Kerosakan pula akan menimpa seluruh rakyatnya. Justeru, nasihat paling baik diberi ialah kepada pemerintah terutamanya yang terus lalai dan alpa tentang amanah pemerintahan.
2. Ulama mesti berani menyampaikan nasihat dan peringatan. Jadilah ulama akhirat bukannya ulama dunia, ulama jahat atau ulama ussu yang mementingkan pangkat, jawatan, dunia, harta mengatasi hukum.
3. Ulama menjadi mulia apabila menegakkan kebenaran, bukannya menjadi syaitan bisu terhadap kemungkaran (rasuah, salahguna kuasa, pembaziran wang rakyat dan pemborosan, mendahulukan kroni dari rakyat, meletakkan di belakang hukum Allah dan lain-lain)
4. Kalau tidak kerana rakyat, tentulah pemerintah tidak akan menjadi pemerintah. Oleh itu, pemerintah mesti berlaku adil terhadap rakyat. Bukannya ditunjukkan keadilan dan sifat murah itu hanya apabila hampir dengan pilihan raya atau keadilan itu kepada sebahagian rakyat dan sebahagian rakyat lain di’haramjadah’kan.
5. Pemerintah mesti bersedia mendengar keluhan dan rasa hati rakyat, termasuk mahukan pilihan raya yang adil dan bersih. -
Dipetik dari :http://www.niknasri.com
21 May 2012
ORANG ISLAM MALAYSIA PERTAMA SEBAGAI PEMAIN DI EROPAH
Komen Admin : Semoga Sdr Nazmi akan bermain sebagai orang Melayu yang beragama Islam dan menjadi contoh terbaik kepada yang bukan Islam di sana dan contoh ikutan remaja dan pemuda di Malaysia. Sesekali masa tiada bermain bola singgahlah masjid-masjid dan solat tahatulmasjid di sana.
Nazmi Faiz Sah Bermain di Eropah, Kontrak tiga Musim Bersama Beira-Mar
PEMAIN bola sepak negara, Nazmi Faiz Mansor, 17, dilaporkan telah menandatangani kontrak bersama kelab Portugal, Beira-Mar sehingga Jun 2015.
Nazmi Faiz melalui Twiter rasminya, NazmiFaiz2112 berkata:
"Insya-Allah saya akan melalukan yang terbaik dan saya akan menjadikan rakyat Malaysia bangga dan syukur alhamdulillah... saya mahu ucapkan terima kasih kepada keluarga dan peminat-peminat saya yang terus menyokong saya."
Nazmi Faiz sebelum ini bersama empat pemain dari negara lain menjalani ujian pemilihan sebelum dipilih sebagai pemain untuk kelab liga divisyen satu itu. Nazmi Faiz mencipta sejarah apabila menjadi pemain Malaysia yang pertama bermain di Eropah. Pemain muda ini telah menandatangani kontrak bersama Beira-Mar untuk tiga musim yang akan datang.
Nazmi hadir untuk sesi pemilihan minggu lepas telah berjaya menambat hari pihak pengurusan kelab tersebut yang merasakannya mempunyai potensi yang amat besar di Eropah.
Pada usia yang begitu muda, pemain kebangsaan Malaysia bawah 21 tahun dan 23 tahun ini telah menjadi pemain pertama yang berhijrah ke kelab itu.
"Sukar saya nak gambarkan perasaan ini. Ini adalah peluang terbaik saya dan saya telah berjaya.
Bermain di Eropah adalah impian saya selama ini. Saya berasa amat gembira dan berkeyakinan tinggi untuk terus maju ke hadapan. Saya sukakan Beira-Mar semenjak pertama kali menjejakkan kaki di sini. kata pemain Malaysia itu."
"Saya berasa amat lega diterima bermain dan akan sentiasa mematuhi arahan pengurus, Ulisses Morais dan Kapten Pasukan, Hugo. Teguran dan didikan mereka amat berharga buat saya."
"Saya juga akan bermain sebaik mungkin untuk menjadi yang terbaik dan membanggakan negara saya, Malaysia." kata Nazmi.
20 May 2012
MAJLIS RINGKAS CENDERAHATI UNTUK PEGAWAI/AJK LAMA MASJID ASSALAM
Majlis ini dilakukan sebaik Mesyuarat Aghung selesai dijalankan.Di bawah ini hanya antar foto yang dapat dipaparkan.

c/T7nV2ikxQMI/AAAAAAAAETQ/yheo7mlWMLw/s400/Photo-1077.jpg" />
Jutaan terima kasih kepada Tn HJ Kapten Nazarudin atas sumbangan tenaga, fikiran dan wang ringgit kepada Masjid Assalam, semoga beliau terus memberi sokongan dan bantuan walau tidak lagi bersama ajk masjid.

Juga jutaan Terima kasih kepada Tn Hj Muhamad Annas pengendali/pengerusi ceramah dan kuliah saban hari di masjid.Mudah-mudahan beliau dilantik semula untuk meneruskan tugas tersebut.
Jasa yang tidak mampu dinilai Pakar Gali Kubur Masjid Assalam dan ahli kariah yang amat perihati atas masalah penyenggaraan Masjid selepas Tn Hj Kapten.
Terima kasih juga diucapkan kepada sdr Tukang Azan ke 2 (Bilal) atas khimat selama ini dan semoga dipilih lagi untuk mencurah bakti.
right:1em">

Subscribe to:
Posts (Atom)
PERINGATAN BAGI LELAKI !
Mengikut Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995
"Mana-mana lelaki yang baligh yang tidak menunaikan Sembahyang Jumaat
tanpa apa-apa keuzuran syarie yang boleh didakwa dibawah Seksyen 20,
Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995, sekiranya disabit
kesalahan boleh di denda tidak lebih RM1,000 ATAU dipenjarakan selama
tempoh tidak melebihi enam (6) bulan ATAU kedua-duanya sekali."
"Mana-mana lelaki yang baligh yang tidak menunaikan Sembahyang Jumaat
tanpa apa-apa keuzuran syarie yang boleh didakwa dibawah Seksyen 20,
Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995, sekiranya disabit
kesalahan boleh di denda tidak lebih RM1,000 ATAU dipenjarakan selama
tempoh tidak melebihi enam (6) bulan ATAU kedua-duanya sekali."














