RAKAN BLOG MASJID
19 September 2009
TERBAIK UNTUK 1 SYAWAL 1430 hIJRAH ini
Hari Lebaran atau Eidulfitri atau Hari Raya Aidilfitri atau Hari Raya Puasa adalah perayaan umat Islam yang disambut oleh umat Islam pada setiap tahun. Ianya disyariatkan oleh Allah untuk umat Islam supaya merayakannya. Ia disambut pada 1 Syawal pada setiap tahun apabila selesainya bulan Ramadhan. Syawal adalah bulan ke 10 dalam kalender Islam. Seperti bulan-bulan Hijrah yang lain, ia dimulakan dengan kelihatannya anak bulan. Ianya disambut sebagai menandakan kesyukuran umat Islam di atas kejayaan mereka melaksanakan fardhu puasa sepanjang bulan Ramadhan dan menandakan kemenangan mereka dalam perjuangan menahan hawa nafsu dari perkara-perkara yang ditegah di dalam bulan puasa.
Eidulfitr juga adalah perayaan iman. Bagi setiap orang yang benar-benar memahami dan menghayati Islam akan menginsafi dan merasai bahawa betapa gembiranya mereka pada hari ini.
Betapa agungnya Aidilfitri jelas dilihat apabila Rasulullah s.a.w melarang umatnya (haram) daripada berpuasa pada hari itu.
Diriwayatkan daripada Abu Said al-Khudri, katanya: “Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: Tidak boleh berpuasa pada dua hari tertentu iaitu Hari Raya Korban (Aidiladha) dan hari berbuka daripada Ramadan (Aidilfitri).” (Hadis riwayat Muslim).
Dalil Aidilfitri
Ketika Nabi SAW tiba di Madinah, Baginda SAW mendapati bahawa kaum Ansar mempunyai dua hari istimewa yang disambut dengan suka ria. Lalu Nabi SAW mengulas hal ini dengan sabdanya:
"Allah telah menggantikan bagi kamu semua dua hari yang jauh lebih baik, iaitu Aidil Fitri dan Aidil Adha" (HR. Abu Daud dan An-Nasa'i dengan sanad hasan).
SUNNAH NABI SAW DI HARI RAYA
Kegembiraan umat Islam menjelang Eidulfitr tidaklah bererti umat Islam menyambutnya sebagaimana kaum-kaum yang lain bersuka ria pada hari-hari kebesaran mereka. Antara sunnah yang dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w.:
• Bangun awal di pagi hari
• Membersihkan diri dan menyiapkan pakaian.
• Mandi selepas solat Subuh.
• Menggosok gigi.
• Mengenakan pakaian yang terbaik, sama ada yang baru atau yang lama tetapi bersih.
• Memakai bau-bauan (bagi lelaki)
• Bagi Aidilfitri, disunatkan bersarapan dahulu sebelum ke solat sunat Hari Raya.
o Sebelum pergi menunaikan solat sunnah Eidulfitr, Baginda s.a.w. akan mengenakan pakaian yang terbaik, kemudian menjamah tamar dengan bilangan butiran ganjil iaitu tiga, lima atau tujuh biji. Hal ini berlainan dengan Hari Raya Aidiladha di mana Baginda s.a.w. imsak (tidak makan) sebelum menunaikan solat sunnah Hari Raya Aidiladha.
• Membayar zakat sebelum menunaikan solat eidulfitr.
o Baginda SAW akan berpesan agar kaum muslimin menyegerakan pembahagian zakat fitrah kepada mereka yang berhak, manakala solat sunnah Aidiladha disegerakan supaya umat Islam dapat mempercepatkan urusan sembelihan korban. Mengenai hal tersebut, Allah Ta 'ala berfirman: "Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berkorbanlah! " (Al Kautsar: 2).
• Hadir ke masjid / kawasan solat jemaah dengan awal.
• Menunaikan solat sunat eidulfitr di kawasan terbuka, kecuali jika keadaan tidak mengizinkan seperti hujan, salji dan sebagainya.
• Mengambil jalan yang berbeza untuk perjalanan pergi dan pulang dari masjid / tempat solat jemaah.
• Mengucapkan takbir dan tahmid sepanjang perjalanan untuk menunaikan solat sehingga sebelum menunaikan solat sunat eidulfitr. Takbir tersebut:
1.
1. Dalam mazhab Maliki dan Syafii (dalam qaul jadid) kalimat takbir sebagai berikut:
"Allahu akbar" 3x ini saja menurut mazhab Malik sudah lebih bagus.
Tapi jika ditambah dengan "La ilaha illa-Llah wa-Llahu akbar, Allahu akbar
wali-Llahi l-hamd" tidak masalah kata mereka (mazhab Maliki) karena ada hadis riwayat Jabir dan Ibnu Abbas tentangnya.
2. Menurut mazhab Syafii disunnahkan menambah bacaan: "Allahu akbar kabiro wa l-hamdu li-Llahi katsiro wa subhana-Llahi bukrotan wa ashila" sehabis mengulang kalimat takbir di atas sebanyak tiga kali. Karena Nabi pernah mengucapkannya ketika berada di Shofa.
3. Kemudian disunnahkan menambah bacaan setelahnya dengan "La ilaha illa-Llah wa la na'budu illa iyyah, mukhlishina lahu d-din wa lau kariha l-kafirun, la ilaha illa-Llah wahdah, shodaqo wa'dah, wa nashora 'abdah, wa hazama l-ahzaba wahdah. La ilaha illa-Llah wa-Llahu akbar".
CARA TUNAIKAN SOLAT SUNAT HARI RAYA
• Nabi SAW akan mengerjakan solat sunnah itu sebelum berkhutbah.
• Di dalam solat berkenaan, Baginda SAW akan bertakbir sebanyak 7 kali dan berhenti seketika. Hanya Riwayat Ibnu Mas'ud sahaja yang menjelaskan bahawa Nabi SAW membaca Hamdalah dan berselawat di antara takbir-takbir itu.
• Pada rakaat yang kedua, takbir adalah sebanyak lima kali. Diriwayatkan juga bahawa Ibnu Umar RA mengangkat kedua-dua tangannya semasa bertakbir.
• Pada rakaat pertama Nabi SAW akan membaca Al-Fatihah dan Surah Al-Qaf dan di rakaat yang kedua pula Al-Fatihah bersama Surah Al-Qamar. Kadang-kadang Baginda SAW akan membaca Surah Al-A'la dan Surah Al-Ghasyiah.
• Nabi SAW tidak mengerjakan sebarang solat sebelum atau selepas solat sunnah hari raya itu. Dari Ibnu Abbas RA, beliau berkata :
"Sesungguhnya Nabi SAW menunaikan solat Aid dua rakaat tanpa disertai solat yang lain baik sebelumnya mahu pun sesudahnya. " (HR. Al Bukhari dan Muslim dan yang lain).
Umat Islam pergi ke Masjid pada pagi Hari Raya Aidilfitri
IBADAT PUASA DI BULAN SYAWAL
Umat Islam juga disunatkan untuk berpuasa selama 6 hari dalam bulan Syawal. Antara dalilnya:
• Abu Ayyub Al-Ansari RA meriwayatkan, Nabi SAW bersabda :
"Barangsiapa berpuasa penuh di bulan Ramadhan lalu menyambungnya dengan (puasa) enam hari di bulan Syawal, maka (pahalanya) seperti ia berpuasa selama satu tahun . (HR. Muslim).
• Imam Ahmad dan An-Nasa'ie, meriwayatkan dari Tsauban, Nabi SAW bersabda:
"Puasa Ramadhan (ganjarannya) sebanding dengan (puasa) sepuluh bulan, sedangkan puasa enam hari (di bulan Syawal, pahalanya) sebanding dengan (puasa) dua bulan, maka itulah bagaikan berpuasa selama setahun penuh." ( Hadits riwayat Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban dalam "Sahih" mereka.)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
PERINGATAN BAGI LELAKI !
Mengikut Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995
"Mana-mana lelaki yang baligh yang tidak menunaikan Sembahyang Jumaat
tanpa apa-apa keuzuran syarie yang boleh didakwa dibawah Seksyen 20,
Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995, sekiranya disabit
kesalahan boleh di denda tidak lebih RM1,000 ATAU dipenjarakan selama
tempoh tidak melebihi enam (6) bulan ATAU kedua-duanya sekali."
"Mana-mana lelaki yang baligh yang tidak menunaikan Sembahyang Jumaat
tanpa apa-apa keuzuran syarie yang boleh didakwa dibawah Seksyen 20,
Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995, sekiranya disabit
kesalahan boleh di denda tidak lebih RM1,000 ATAU dipenjarakan selama
tempoh tidak melebihi enam (6) bulan ATAU kedua-duanya sekali."
No comments:
Post a Comment