RAKAN BLOG MASJID
09 January 2011
TIADA PAKSAAN UNTUK MEMELUK AGAMA ISLAM
Allah sememangnya telah menegaskan di dalam al-Quran bahawa Islam tidak memaksa penganut agama lain memeluk Islam namun wajib diingat apabila sudah menganut Islam tidak semudah atau sewenang-wenangnya untuk berpaling dari Allah atau keluar dari Islam.
Walaubagaimanapun umat Islam diwajibkan menjalinkan hubungan baik sesama manusia tanpa mengira agama, bangsa atau keturunan. Sebagai membuktikan kenyataan tersebut kita boleh merujuknya dari firman Allah yang bermaksud ,
" Tidak ada paksaan dalam ugama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui". ( Surah al.Baqarah - ayat 256 )
Al.Quran diturunkan untuk menjadi panduan kepada seluruh manusia di dunia ini termasuk makhluk jin tanpa kecuali apa bangsa sekali pun, al-Quran bukan diturunkan istimewa untuk orang Melayu, Arab atau mana-mana bangsa. Sesiapa sahaja yang mengikut dan mentaatinya merekalah yang akan memperolehi manfaat dan keuntungannya.
Rasul juga diutuskan untuk semua bangsa di dunia ini sebagai pemberi penjelasan dan kefahaman kepada apa yang terkandung di dalam al.Quran, kandungan al-Quran tidak akan difahami dan juga manusia tidak akan mengetahui cara mengamal dan menghayatinya tanpa pertolongan Rasul kerana al.Quran diturunkan secara wahyu melalui malaikat Jibril dan disampaikan pula kepada Nabi Muhammad.s.a.w. oleh itu Rasul mengetahui segala-galanya tentang al-Quran, tentang perintah dan larangan Allah yang termaktub di dalamnya.
Terdapatnya berbagai bangsa dan kaum di sesuatu tempat atau negara semuanya itu adalah termasuk di dalam qadar dan kada' Allah ( perancangan dan pelaksanaan Allah ). Manusia diberikan al.Quran dan diutuskan Rasul oleh Allah supaya diikuti dan ditaati, oleh itu sekiranya timbul sesuatu masalah di kalangan manusia mereka diperintahkan supaya kembali kepada ajaran Allah.
Allah berfirman di dalam surah An.Nisa' - ayat 59 - yang bermaksud ,"Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada “Ulil-Amri” (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya – jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya ".
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
PERINGATAN BAGI LELAKI !
Mengikut Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995
"Mana-mana lelaki yang baligh yang tidak menunaikan Sembahyang Jumaat
tanpa apa-apa keuzuran syarie yang boleh didakwa dibawah Seksyen 20,
Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995, sekiranya disabit
kesalahan boleh di denda tidak lebih RM1,000 ATAU dipenjarakan selama
tempoh tidak melebihi enam (6) bulan ATAU kedua-duanya sekali."
"Mana-mana lelaki yang baligh yang tidak menunaikan Sembahyang Jumaat
tanpa apa-apa keuzuran syarie yang boleh didakwa dibawah Seksyen 20,
Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995, sekiranya disabit
kesalahan boleh di denda tidak lebih RM1,000 ATAU dipenjarakan selama
tempoh tidak melebihi enam (6) bulan ATAU kedua-duanya sekali."
No comments:
Post a Comment