RAKAN BLOG MASJID

22 December 2011

SUNNAH SIMPAN JANGGUT !



"Ini adalah sebahagian tulisan saudara Muhammad Mat Yakim yang dimuatkan dalam dalam ruangan Komentar Sinar Harian. Tulisan yang seronok dibaca dan boleh dikongsi sebagai panduan berguna pasangan suami isteri tentang janggut.

Kajian oleh saintis dari Massachusetts Institute of Technology, Amerika Syarikat yang berjudul The Amazing Fact of Human Body mendapati janggut lelaki mengandungi hormon testosteron yang amat diperlukan bagi kesuburan wanita. Ia mampu menstabilkan kitaran haid selain menggalakkan pertumbuhan telur wanita.

SUBHANALLAH!

Dalam kata yang lain, janggut lelaki juga boleh meningkatkan tahap kegalakan wanita pasangannya. Itu saya tambah! Saya terpaksa sebut wanita pasangannya kerana dunia sekarang semakin cacamarba. Bimbang pula nanti ada lelaki yang mahu menjadi wanita, ketagih meraba janggut orang itu, orang ini, dengan harapan mahu jadi subur juga. Jangan! Hanya untuk wanita yang tulen sahaja.

Caranya bagaimana? Hanya melalui sentuhan. Jadi kepada sesiapa yang belum punya anak kerana ada masalah kesuburan, ataupun jarang anak dan mahu dirapatkan lagi, mintalah suami simpan janggut, dan belailah selalu janggut suamimu itu.

Suami pula, apabila sudah diminta oleh isteri, simpanlah. Jangan sampai isteri terpaksa belai bulu jagung pula! Bulu jagung tiada manfaat apa-apa.

Kata Dr Jamnul Azhar lagi, kajian itu beberapa kali diulang tayang oleh National Geographic.

Ini sekali gus jadi bukti apa yang disaran oleh Islam sejak zaman silam, boleh dibuktikan secara saintifik akan hikmah dan kelebihannya.

Saya beristighfar. Hati kini, sarat, penuh dan bulat mahu mengikut sunnah Nabi, tiada langsung bayangan James Hetfield.

Saya akan terus menyimpan janggut ini. Sama ada isteri saya masih berminat untuk menyambung produktiviti atau tidak selepas bergelar ’mak aji’, itu terserah pada dia sendiri.

Setakat ini, saya belum memikir soal. Pelan B.

FATWA
Hukum Simpan Janggut

Rujukan
Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu
Nota
1988-2000

Soalan :


Apakah hukum menyimpan janggut dan mencukurnya?

Jawapan :

Menyimpan janggut adalah sunat Rasulullah S.A.W dan mencukurnya pula adalah suatu yang menyalahi sunnahnya. Diriwayatkan daripada Saidatina Aishah Radiayallahu Anha katanya Rasulullah S.A.W telah bersabda:
"عشر من الفطرة صق الشارب وإعفاء اللحيـة والسواك واستنشاق المـــاء وقص الأظفار"

Maksudnya: 10 perkara dari sunnah perjalanan Nabi, mengandam misai, membiarkan janggut (yakni tidak bercukur atau mencabutnya), bersugi, memasukkan air ke dalam hidung (semasa mengambil air sembahyang),mengerat kuku…… (Diriwayatkan oleh Muslim)

Dan sabdanya lagi:
"خالفوا المشركين ووفروا اللحى واحفوا الشوارب"

Maksudnya: Hendaklah kamu menyalahi perlakuan orang-orang Musyrikin, dan biarkan janggut (yakni jangan mencukurnya atau mencabutnya) dan guntingkan misai (yakni sehingga bulu-bulunya tidak melampaui paras bibir). Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.

Sehubungan dengan perkara di atas, para ulama’ telah berselisih pendapat mengenai hukum mencukur janggut: Ada diantara mereka yang berpendapat bahawa haram bagi lelaki mencukurnya kecuali dengan sebab keuzuran seperti untuk berubat. Dan ada pula yang berpendapat makruh bagi lelaki mencukurnya.

No comments:

Post a Comment

PERINGATAN BAGI LELAKI !

Mengikut Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995
"Mana-mana lelaki yang baligh yang tidak menunaikan Sembahyang Jumaat

tanpa apa-apa keuzuran syarie yang boleh didakwa dibawah Seksyen 20,

Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995, sekiranya disabit

kesalahan boleh di denda tidak lebih RM1,000 ATAU dipenjarakan selama

tempoh tidak melebihi enam (6) bulan ATAU kedua-duanya sekali."