RAKAN BLOG MASJID

14 January 2012

AJK MASJID AS-SALAM RAI SURAU NAIK TARAF SOLAT JUMAAT DI BUKIT SENTOSA 2


Surau Al-Mutaqqin Jalan Anggerik 3 Bukit Sentosa 2 telah lulusmula solat jumaat pada 13 Januari 2012.

Alhamdulillah Bukit Sentosa 2 yang mempunyai 4 buah surau dan 1 buah sekolah rendah kebangsaan dan 1 buah sekolah menengah kebangsaan akhirnya ada tempat solat Jumaat sendiri apabila Tempat solat terdekat ialah Masjid AsSalam dalam jarak 3 km dan sebuah lagi Surau Widuri yang telah dinaiktaraf Solat Jumaat lebih setahun yang lalu. 4 Surau tersebut ialah Surau Saidina Ali di Taman Anggerik 5 BS7 , Surau Al-Amien di Sri Anggrik BS6, Surau Hayatul Islam di Taman Seroja dan Surau Al-Mutaqqin di Taman Anggerik 3. Untuk makluman sementara menantikan projek naiktaraf Surau Saidina Ali menjadi masjid maka Surau Al-Mutaqqin diluluskan JAIS untuk solat Jumaat memandangkan infranya yang lebih baik.


Lebih 200 orang jemaah memenuhi saf di dalam dan luar surau. Bagaimanapun surau ini masih ada ruang boleh dipergunakan jika terdapat tambahan jemaah dengan hanya menambah kanopi atau membuat bumbung tambahan disebelah kanan surau tersebut.






Tarikh 20 Safar 1433 Hijriah bersamaan 13 Januari 2012 berlansunglah Khutbah Jumaat yang di bacakan oleh Imam III Ustaz Hj Muhammad Firdaus dari Masjid AsSalam dan bilalnya Ustaz Kamli ialah dari Bilal 1 Masjid AsSalam .Dihadiri beberapa Pegawai/Ajk Masjid seperti Imam I Masjid AsSalam Ustaz Hamizi, Ustaz Wan Shamsuddin, Sdr Shaari Osman dan Ahli Majlis Sdr Mat Rahat yang juga merangkap Ajk Masjid.

Sedikit taklimat telah dilakukan selepas solat oleh ajk Surau Al-Mutaqqin dengan pegawai/ajk masjid serta ahli majlis.






Alhamdulillah kami dijamu oleh Sdr Saidil Hazri Timb. Pengerusi Surau Al-Mutaqqin selepas solat Jumaat.Gerai makan ini dikendalikan oleh isteri beliau yang pakar dalam menu satay, walaubagaimanapun kami dijamu dengan nasi beriani kambing dan ayam.

No comments:

Post a Comment

PERINGATAN BAGI LELAKI !

Mengikut Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995
"Mana-mana lelaki yang baligh yang tidak menunaikan Sembahyang Jumaat

tanpa apa-apa keuzuran syarie yang boleh didakwa dibawah Seksyen 20,

Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995, sekiranya disabit

kesalahan boleh di denda tidak lebih RM1,000 ATAU dipenjarakan selama

tempoh tidak melebihi enam (6) bulan ATAU kedua-duanya sekali."