RAKAN BLOG MASJID

03 July 2012

ASTAGFIRULLAH ! JANGANLAH MENGHINA PELAKU MAKSIAT

JANGANLAH KITA MENGHINA PELAKU MAKSIAT Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang menghina seseorang kerana dosa yang pernah dilakukannya, maka ia tidak akan mati sebelum melakukan dosa tersebut" - (Riwayat al-Tirmizi). Diceritakan bahawa suatu ketika nabi Isa a.s. sedang berjalan bersama seorang muridnya. Tiba - tiba seorang lelaki yang terkenal suka melakukan maksiat mengikuti mereka dari belakang. Murid Nabi Isa itu menoleh ke arah orang itu dengan penuh kebencian. Lalu dia berdoa di dalam hati, "Ya Allah, Janganlah Engkau himpunkan diriku bersama orang ini". Nabi Isa a.s. tiba-tiba menoleh kepada muridnya dan berkata, " Doamu telah dikabulkan. Allah menerima taubat orang itu dan mengusir kamu. Pergilah engkau dari sisiku". Kita sememangnya membenci perbuatan maksiat. Namun kebencian kita kepada maksiat tidak bererti membenci dan menghina orang yang melakukannya. Siapa kita untuk menghukumnya sekiranya Allah telah menerima taubat si pelaku maksiat itu.... Sering kali sikap negatif sebegini membuatkan orang semakin jauh daripada agama. Sebaiknya, kita harus membuka hati kita untuk mengasihi lalu memberi nasihat yang tulus kepadanya. Kelembutan selalunya lebih berkesan dalam mengubah orang lain daripada kekerasan atau penghinaan. BY. Ahmad Furqan

No comments:

Post a Comment

PERINGATAN BAGI LELAKI !

Mengikut Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995
"Mana-mana lelaki yang baligh yang tidak menunaikan Sembahyang Jumaat

tanpa apa-apa keuzuran syarie yang boleh didakwa dibawah Seksyen 20,

Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995, sekiranya disabit

kesalahan boleh di denda tidak lebih RM1,000 ATAU dipenjarakan selama

tempoh tidak melebihi enam (6) bulan ATAU kedua-duanya sekali."