RAKAN BLOG MASJID

23 July 2012

QIAMULAIL RAMADAN DI ASSALAM BERSAMA IMAM 2

Alhamdulillah festival ibadah di Masjid Assalam Bukit Sentosa sangat meriah bilamana pada malam Ramadan kedua diteruskan oleh Ustaz Haqimudin Imam II Masjid Assalam yang masih muda tetapi mantap mengetuai jemaah dalam ibadah bagai Ustaz yang sangat matang. Alhamdulillah Tarawikh di ceriakan ilmu dengan tazkirah yang disampaikan Ustaz jemputan Ustaz Ghazali Omar.
Seterusnya solat Witir dan tahlil arwah . Alhamdulillah jemaah disediakan moreh berupa sedikit juadah kuih dan air panas bagi sesiapa yang ingin penyegar bagi meneruskan ibadah tadarus. Jam 4 pagi Ibadah Qiamulail (Bangun malam beribadah) dipenuhi dengan solat tahajuj, hajat dan witir yang dibawa penuh syahdu dan tawaduk oleh Imam II dan tazkirah dihangatkan dengan membaca surah kekayaan iaitu surah Waqiah berramai-ramai selepas solat subuh. Bagaimanpun pengurusan masjid Assalam tidak lupa menyediakan makanan sahur selepas melakukan qiam tersebut.Insyallah , qiam akan di teruskan di malam Sabtu dan Ahad dan sepuluh malam terakhir.Sedemikian , marilah sama-sama kita melakukan bersama dan menghayatinya sehingga selepas Ramadan.

No comments:

Post a Comment

PERINGATAN BAGI LELAKI !

Mengikut Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995
"Mana-mana lelaki yang baligh yang tidak menunaikan Sembahyang Jumaat

tanpa apa-apa keuzuran syarie yang boleh didakwa dibawah Seksyen 20,

Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995, sekiranya disabit

kesalahan boleh di denda tidak lebih RM1,000 ATAU dipenjarakan selama

tempoh tidak melebihi enam (6) bulan ATAU kedua-duanya sekali."