RAKAN BLOG MASJID

19 July 2012

FADHILAT BACA QURAN

Kelebihan Membaca Al Quran :
Al Quran menjadi pelindung kepada kita di akhirat kelak. Pembaca & Pendengar ayat-ayat suci Al Quran,Allah akan memudahkan segala urusannya didunia dan akhirat. Allah memudahkan segala urusan pembaca & penghafal Al Quran didunia & akhirat. Segala urusan akan menjadi lancar dan mendapat ketenangan hati setiap masa. Rezeki tidak putus-putus selagi mana mengamalkan membaca kitab Al Quran. Barang siapa yang mendengar ayat-ayat suci Al Quran akan mendapat 1 kebajikan dan pembaca Al Quran akan mendapat 100 kebajikan. Sesiapa yang membaca surah yasin dipagi hari,segala hajatnya akan dihajati. Wajahnya akan berseri seri seperti cahaya,cahaya itulah cahaya Al Quran. Sesiapa yang menghafal dan mengamalkan surah Al Mulk,nesacaya akan terhindar dari seksa kubur dan perbuatan sihir. Kerugian yang tidak membaca Al Quran! Dalam hadis Rasulullah s.a.w baginda ada menyebut tentang orang yang tidak ada langsung membaca Al-Quran dan rongga mulutnya kosong dengan ayat-ayat Al-Quran seperti rumah yang kosong dari penghuni. Hadis dari Rasulullah s.a.w berbunyi: Sesungguhnya orang yang tidak ada pada rongganya sedikitpun daripada Al-Quran seperti rumah yang ditinggalkan kosong. 3 hari tidak membaca Al Quran,akan ada satu titik hitam dalam hati. Tidak mendapat syafaat daripada Al Quran di akhirat kelak. Orang yang rugi adalah orang yang tidak mahu membaca dan mendengar ayat-ayat suci Al Quran Al Karim kerana Al Quran akan menjadi pelindung kepada umat Nabi s.a.w di kubur & akhirat kelak kerana salah satu soalan dalam kubur adalah Apakah Kitabmu?Hanya pembaca & pendengar yang akan dapat jawab Al Quran KitabKu! Allahualam.. -masih ada yang tidak tahu bila Al Quran diturunkan- "Aku Beriman Dengan Al Quran" Dicatat oleh Wan Farhan di

1 comment:

  1. Assalamualaikum. Boleh saya tahu dalil untuk penyataan '3 hari tidak membaca Al Quran,akan ada satu titik hitam dalam hati'?
    Terima kasih

    ReplyDelete

PERINGATAN BAGI LELAKI !

Mengikut Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995
"Mana-mana lelaki yang baligh yang tidak menunaikan Sembahyang Jumaat

tanpa apa-apa keuzuran syarie yang boleh didakwa dibawah Seksyen 20,

Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995, sekiranya disabit

kesalahan boleh di denda tidak lebih RM1,000 ATAU dipenjarakan selama

tempoh tidak melebihi enam (6) bulan ATAU kedua-duanya sekali."