RAKAN BLOG MASJID

25 September 2012

APA YANG PERLU DITINGKATKAN INDIVIDU KAKI MASJID ?

Bila diamati dan diperhati dan dianalisa apa yang kita alami dan selami di Masjid terutama di Masjid AsSalam Bukit Sentosa ini maka masih banyak dan mungkin berterusan kita hadapi ketidaksempurnaan yang diperlihatkan Allah. Pertama bila muhasabah diri kita ramai yang seolah memperlekeh solat sunat tahytaul masjid atau sunat solat menghormati masjid. Alhamdulillah dari segi solat wajib dan ibadah bersedekah dan menyumbang serta menyertai kuliah dan ceramah amat memberansangkan dan orang kata agak menten atau istiqamah. Cuma apa salahnya bila individu jemaah bila sampai ke masjid sebelum melakukan urusan di masjid samada untuk bergotong royong, berurusan di pejabat masjid hadir di majlis hari raya misalnya terus beruduk dan masuk ke masjid melakukan solat tahiyatul masjid ataupun solat dhuha. Bukan rugi tapi sekurang-kurangnya kita akan sentiasa beruduk dan melakukkan perkara yang betul dan baik untuk amalan diri kita.Bagi yang telah dan sedang berjinak melakukan ibadah tersebut diucapkan tahniah pada diri anda.

No comments:

Post a Comment

PERINGATAN BAGI LELAKI !

Mengikut Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995
"Mana-mana lelaki yang baligh yang tidak menunaikan Sembahyang Jumaat

tanpa apa-apa keuzuran syarie yang boleh didakwa dibawah Seksyen 20,

Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995, sekiranya disabit

kesalahan boleh di denda tidak lebih RM1,000 ATAU dipenjarakan selama

tempoh tidak melebihi enam (6) bulan ATAU kedua-duanya sekali."