RAKAN BLOG MASJID

10 September 2012

SEJARAH 2 HARI RAYA AMAT BERMAKNA

MASJID ASSALAM BANDAR BUKIT SENTOSA KAN MENGADAKAN JAMUAN TERBUKA SEMPENA HARI KEMENANGAN MELAWAN NAFSU DI BULAN RAMADHAN PADA AHAD 29 SYAWAL 1433 hIJRIAH BERSAMAAN 16 SEPTEMBER 2012 JAM 10PG HINGGA 1 PETANG DI PERKARANGAN MASJID. JUADAH HARI RAYA ADALAH DISEDIAKAN OLEH MASJID DAN SUMBANGAN SURAU-SURAU MENGIKUT ZON.SEMOGA KITA SAMA-SAMA MERAYAKAN DAN BERTERUSAN BERIBADAH DAN BERAKTIVITI DI RUMAH ALLAH. SEMUA DI JEMPUT HADIR DENGAN PAKAIAN SOPAN DAN MENUTUP AURAT. Sekitar 1400 tahun dahulu, ketika Rasulullah S.A.W berhijrah dari Mekah ke Madinah, Baginda mendapati, terdapat dua hari raya yang disambut oleh bangsa Arab pada masa itu. Kemudian, Rasulullah S.A.W bertanya kepada mereka apakah dua hari raya itu?Mereka menjawab bahawa dua hari raya perayaan yang diwarisi secara turun temurun daripada datuk nenek mereka. Rasulullah S.A.W menyatakan kepada orang Arab Madinah bahawa, Islam menggantikan dua hari raya yang mereka raikan itu dengan dua hari yang lebih bermakna iaitu Hari Raya korban atau Aidiladha dan Hari Raya Fitrah atau Aidilfitri. Disinilah bermulanya sejarah sambutan kedua-dua hari raya tersebut. Kita sebagai seorang mukmin seharusnya bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana telah menemukan kita sekali lagi dengan bulan Ramadhan yang penuh berkat dan Syawal yang penuh keistimewaan, peluang yang tidak lagi dapat dinikmati oleh insan-insan lain yang telah lebih awal pergi meninggalkan kita di dunia ini. Telah dirakamkan dalam Al-Quran dan juga Hadith, bulan-bulan tersebut telah dijanjikan Allah dengan pahala yang berlipatkali ganda jika kita mengisinya dengan pelbagai amalan wajib dan sunat dengan penuh keikhlasan.

No comments:

Post a Comment

PERINGATAN BAGI LELAKI !

Mengikut Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995
"Mana-mana lelaki yang baligh yang tidak menunaikan Sembahyang Jumaat

tanpa apa-apa keuzuran syarie yang boleh didakwa dibawah Seksyen 20,

Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995, sekiranya disabit

kesalahan boleh di denda tidak lebih RM1,000 ATAU dipenjarakan selama

tempoh tidak melebihi enam (6) bulan ATAU kedua-duanya sekali."