Kenduri Arwan, Kesyukuran dan Doa Selamat: Tidak Di Lakukan Oleh Nabi SAW, Adakah Kita Mesti Tinggalkan?
Nabi SAW tidak pernah melakukan (At-Tarku) Kenduri arwah, kesyukuran dan doa selamat. Baginda juga tidak pula pernah melarang dan tidak pula mewajibkan. Bolehkah kita lakukan perkara tersebut? Kalau dilakukan juga, adakah bid’ah sesat hukumnya semua itu? (1) (2) (3)
Ijmak Ulamak Salaf dan Khalaf bahawa (At-Tark) perkara yang ditinggalkan Nabi SAW bukan merupakan sumber perundangan. Ulamak bersepakat bahawa sumber perundangan hukum itu ialah:
1.Al-Quran
2.Sunnah Nabi SAW malalui perbuatan, percakapan dan takrir.
3.Ijmak Ulamak
4.Qias
Ulamak pula berbeza pendapat di dalam sumber-sumber berikut:
1.Kata-kata para sahabat Nabi SAW
2.Saddu az-zari’ah (Menutup pintu kemudaratan)
3.Perbuatan penduduk Madinah
4.Masolih Mursalah
5.Istihsan
6. Hadis dhoif dan lain-lain lagi
Kenduri arwah, kesyukuran dan doa selamat ini tidak pernah dilakukan oleh Nabi SAW dan tidak pula pernah dilarang secara sorih kerana ianya tiada di zaman Nabi SAW. Persoalannya, adakah ia menjadi haram, makruh dan sebagainya disebabkan semata-mata ianya tidak dilakukan oleh Nabi SAW sewaktu hayat Baginda?
Di zaman Rasulullah SAW, terdapat banyak petunjuk yang menunjukkan perkara yang tidak dilakukan oleh Baginda, tidak semestinya perlu ditinggalkan juga oleh ummat-Nya.
Antara yang paling masyhur adalah Hadis berkaitan Saidina Bilal Bin Rabah yang kerap kali melakukan solat sunat dua rakaat selepas wudhuk yang pada ketika itu tidak lagi diajar oleh Baginda atau dengan kata lain ianya tidak dilakukan oleh Rasulullah SAW. Malahan setelah diketahui oleh Baginda perihal Saidina Bilal RA yang seolah-olah mendahului ajaran Nabi SAW, Baginda tidak pula memarahinya dan tidak pula melarangnya agar jangan melakukan perkara yang Baginda tidak ajarkan pada masa akan datang. (4)
Kisah lain antaranya, Rasulullah SAW biasanya menyampaikan khutbah di atas batang pohon tamar. Melihat perkara itu, para sahabat mengambil inisiatif menukarnya dengan mimbar yang lebih sempurna dan mendahului Nabi SAW dalam perkara tersebut. Para sahabat tidak melihat penukaran batang tamar kepada mimbar sebagai perkara bidaah yang sesat dan salah atau haram. Walhal perkara itu tidak pernah dilakukan dan tidak diminta oleh Nabi SAW. (5)
Kisah seterusnya di dalam solat, Nabi SAW tidak mengajarkan membaca ketika bangun dari ruku’ dengan bacaan Rabbana Wa Lakal Hamdu Hamdan Kathira Toiyiban Mubarokan Fiih. Pada suatu hari, seorang sahabat solat berjamaah di belakang Nabi SAW dan pada ketika Nabi SAW bangun dari ruku’ sambil membaca Samiallahu Liman Hamidah, sahabat tadi lantas melaungkan Rabbana Wa Lakal Hamdu Hamdan Kathiran Toiyiban Mubarokan Fiih. Selepas solat, Nabi SAW bertanya siapakah gerangan yang melaungkan bacaan tadi. Lantas, Rasulullah bersabda : Aku melihat lebih dari 33 malaikat berebut-rebut untuk menjadi yang pertama menulisnya. (6)
Menerusi hadis ini, Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-Asqolani menakalkan, bahawa harus membaca zikir yang tidak maathur (tidak datang dari Nabi SAW) di dalam solat selagi tidak bertentangan dengan apa yang telah diperintahkan. Jika perkara sebegini dibolehkan di dalam ibadah solat, maka di dalam perkara lain seperti kenduri arwah, kesyukuran dan doa selamat lebih-lebih lagi dibolehkan selagimana kandungannya tidak bercanggah dengan kaedah-kaedah di dalam Islam.
Dari ketiga-tiga kisah ini, para sahabat telah mendahului Nabi dalam keadaan Nabi SAW tidak pernah melakukan perkara tersebut sebelumnya. Mereka tidak menganggap bahawa melakukan perkara yang tidak dilakukan Nabi atau ditinggalkan Nabi itu haram atau bidaah yang sesat semata-semata. Oleh itu, jika nanti dapat dibuktikan bahawa intipati majlis kenduri arwah, kesyukuran dan doa selamat itu tidak bercanggah dengan konsep-konsep di dalam Islam, maka ia juga bukanlah bidaah yang sesat seperti yang dilakukan oleh para sahabat di dalam kisah-kisah di atas. Wallahu A’alam.
___________________________
[1] Soalan di ambil dari buku Senjata Mukmin Karangan Ust Muhidir Cetakan Ke-3 (Mesir)
[2] Rujukan utama masalah pertama ini adalah fatwa Darul Ifta’ Al-Misriyah, Nombor Fatwa 167. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk http://www.dar-alifta.org/ViewBayan.aspx?ID=167#_ftn5.
[3] Tajuk ini juga pernah dijelaskan oleh As-Syeikh Al-Allamah Saiyid Abdullah As-Siddiq Al-Ghumari di dalam risalahnya, Husnu At-Tafahhum Wa Ad-Dark Li Masalati At-Tark.
[4] Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Bukhari di dalam Sohih Bukhari, jilid 1 hlm. 366 dan Imam Muslim jilid 4 hlm. 1910.
[5] Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Bukhari di dalam Sohih Bukhari, jilid 2 hlm. 908 dan jilid 3 hlm. 1314.
[6] Fathul Bari, Ibnu hajar Al-Asqolani, jilid 2 hlm. 287.
Alhamdullilah penjelasan yang baik, sejak keblakangan ini masyarakat mula jadi keliru, berbelah pendapat, malah tidak betegur sapa kerana perbezaan pendapat, ini tidak lain datang dari tohmahan pihak wahabi atau 'kaum muda'yg tak abis2 mencela dan menyoal amalan2 yg telah dari dulu disepakati dan di luluskan ulama2 muktabar.
ReplyDeleteSya harap umat Islam amnya belapang dada, bertenang dan jgn berpecah belah. Sesunguhnya Allah swt maha megetahui dan maha mengadili amalan2 kita.
Ikutlah apa yg Rasulullah SAW dah pesan & alar. Berpegang pada Al Quran & Sunnah.
DeleteKita haruslah beribadat ikut Sunnah bukan Adat.
Kekuatan umat Islam terletak pada jemaah dan persatuan.
ReplyDeleteTerima Kaseh Tuan
Kekuatan umat Islam terletak pada jemaah dan persatuan.
ReplyDeleteTerima Kaseh Tuan
Allhamdullilah penjelasan yg baik
ReplyDeleteAssalamualaikum ada kah
ReplyDeletePerbuatan ini mengikut cara Hindu?
Sebab ada yg mengata kan
ReplyDeleteBegitu.
Alhamdulillah....
ReplyDeleteRadar24jam
TubePedia
Free Download