RAKAN BLOG MASJID

07 March 2013

SUNAT JUMAAT DAN IBADAT DALAM DARURAT



أعُوْذُ بِاللهِ السَّمِيْعِ الْعَلِيْمِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ
بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

IBADAT DALAM DARURAT

Islam adalah satu-satunya agama yang mudah. Mudah dalam erti kata ada kelonggaran dan tolak ansur dalam mengamal dan menunuaikan Ibadat di dalamnya. Umpamanya dalam perkara bersuci dan pilihan untuk menggunakan selain daripada air ketika ketiadaannya. Demikian juga solat dan puasa, ada kelonggaran cara melaksanakan kedua-duanya

Ini ditegaskan sendiri oleh Allah SWT di dalam ayat (286) surah Al-Baqarah yang bermaksud

« Allah tidak memaksa individu / diri seseorang melainkan yang berupaya «

لا يكلف الله نفسا الا وسسعها

Dan ditegaskan lagi di dalam ayat (185) surah al-Baqarah

“Allah mengkehendaki kamu mendapat kemudahan dan tidaklah ia mengkehendaki kamu beroleh kesusahan “

يريد الله بكم اليسسر ولا يريدبكم العسر

Rasulullah SAW pula dengan Hadisnya tambah memperkuatkan penegasan tersebut dengan sabdanya

Yang bermaksud

Agama Islam adalah mudah, tidak akan sanggup seseorang mempersusah-susahkan sesuatu amalan melainkan dia pasti kalah

Dengan demikian, setiap individu muslim hendaklah beriktikad bahawa tiap-tiap ibadat yang fardhu / diwajibkan dalam Islam tidak boleh tidak, mesti ditunaikan dalam berpandukan cara dan pengajaran dalam ilmu Fiqah

Oleh sebab itulah dosa dan siksaan ditimpakan ke atas seseorang yang mengingkarinya ~ tidak mahu menunaikan nya

1 comment:

  1. As salam semua sahabat. Alhamdulillah. Saya amat kagum dengan perkembangan terbaru Masjid As Salam. Tahniah kepada semua AJK yang telah melakukan kerja dengan baik sekali.

    Semoga Allah memberikan tuan/puan kekuatan untuk terus mengimarahkan Masjid As Salam ini.

    Saya juga dengan ini mohon supaya di pantau para penceramah supaya tidak cuba menyelitkan isu politik yang mampu memecahkan kariah dalam ceramah2 mereka.

    As salam.

    Haji Yaziz Yunus

    ReplyDelete

PERINGATAN BAGI LELAKI !

Mengikut Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995
"Mana-mana lelaki yang baligh yang tidak menunaikan Sembahyang Jumaat

tanpa apa-apa keuzuran syarie yang boleh didakwa dibawah Seksyen 20,

Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995, sekiranya disabit

kesalahan boleh di denda tidak lebih RM1,000 ATAU dipenjarakan selama

tempoh tidak melebihi enam (6) bulan ATAU kedua-duanya sekali."