RAKAN BLOG MASJID

18 April 2013

APA ITU MUNAJAT DAN KEPERLUANYA PADA KITA !

Banyak orang sebut 'munajat'..tapi apa erti 'munajat'..dekat sini ana nak berkongsi dengan antum semua..maksud munajat..Munajat berasal dari bahasa Arab yg maknanya merahsiakan..Jadi maksud Munajat atau Bermunajat ialah mendekati Allah dgn cara berdoa atau berzikir dan lain-lain...


Bermunajat dgn wirid-wirid yg diambil dari Al-Quran dan Al-Sunnah setiap hari,bukan sahaja dapat menguatkan rohani seseorang tetapi juga- dengan izin Allah -dapat melindungi manusia daripada musibah atau gangguan makhluk yg jahat..

Diantara tempat dan waktu yg paling baik utk bermunajat dgn himpunan wirid ini ialah:
Pada sepertiga akhir malam,hari jumaat,malam sepuluh akhir Ramadhan,hari Arafah,hari-hari Mina,ketika tawaf,sa'i,melontar Jamarah,sepuluh hari pertama dalam bulan Dzul Hijjah,antara azan dan iqamah,waktu dalam sujud ketika solat,ketika hujan turun,ketika musafir,ketika sedang berpuasa atau berbuka,atau pada bila-bila masa sahaja,sama ada waktu malam atau siang...

Jika munajat dgn wirid ini menjadi amalan tetap seseorang pada waktu malam,lalu dia luput tidak membacanya kerna tertidur atau sebab-sebab tertentu,maka baik baginya jika dia membacanya di antara solat Subuh dengan solat Zuhur...

Umar Bin Al-khattab r.a berkata:Rasullah s.a.w bersabda:Siapa yang tertidur(terlupa)dari wiridnya,lalu dia qadha'(ganti membacanya) antara Subuh dgn Zuhur,maka di tulis pahala baginya seolah-olah dia membaca pada malamnya...

Maka kita yakin barangsiapa yang memeliharanya dan mengamalkannya dengan sungguh-sungguh,maka dia layak-dengan izin Allah-mendapat perlindungan daripada segala kejahatan dan akan mendapat kebaikan di dunia dan akhirat....(Atiqah)


MUNAJAT SEBELUM WAKTU SUBUH


Barangsiapa membaca munajat ini setiap malam sebelum solat subuh dalam keadaan berwuduk:-

1. Disuratkan baginya 1000 kebajikan.

2. Dihapuskan daripadanya 1000 kejahatan.

3. Diangkat baginya seribu-ribu pangkat.

4. Tiada keluar ia daripada dunia ini sehingga diperlihatkan tempatnya di dalam syurga.

5. Disucikan hatinya daripada sifat munafik, dengki, marah dan tamak.

6. Disucikan lidahnya daripada dusta dan mengumpat-ngumpat.

7. Disucikan kedua matanya daripada menilik dengan syahwat dan khianat.

8. Bertambah-tambah berbuat taat kepada Allah Taala.


**Dipetik daripada Kitab Unsul Muttaqin Lillahi Rabbil Alamin karangan Sheikh Husein bin Muhammad.


BACAAN MUNAJAT


Wahai Tuhanku...

Tidur yang lalai itu mendungukan daku...

Kasihkan isteri / suami itu membinasakan daku...

Kasihkan orang yang jahil itu menyesatkan daku...

Kasihkan harta itu menjauhkan daku...

Membanyakkan berkata itu menyesalkan daku...


Kasihkan kenyang itu mengeraskan hatiku...

Kasihkan keuntungan dunia itu membinasakan daku...

Kasih segala manusia itu membinasakan daku...

Kasihkan kekayaan itu membunuh jiwaku...

Kasihkan kemuliaan itu mengharamkan daku daripada kemuliaan hakiki...


Ya Tuhanku.. Yang menolong segala orang yang meminta tolong...

Jika tidak Engkau kasihani daku...

Maka siapalah lagi yang akan mengasihiku...


Ya Tuhanku… Yang mengetahui yang ghaib…

Ya Tuhanku … Yang menutup segala keaiban..

Dengan rahmat Engkaulah aku meminta tolong…

Ya Tuhanku… Yang Amat Mengasihani lagi Amat Pemurah…

Ya Tuhanku… Tiada kebaikan kehidupan ini melainkan dengan redhaMu…


Ya Tuhanku… Tiada kebaikan mati melainkan dengan menyembahMu...

Ya Tuhanku… Tiada kebaikan ilmu melainkan dengan mentaatiMu…

Ya Tuhanku… Tiada kebaikan ibadat itu melainkan denganMu…

Ya Tuhanku… Tiada kebaikan sembahyang malam melainkan ingin padaMu…


Ya Tuhanku… Tiada kebaikan kefakiran itu melainkan kasih padaMu..

Ya Tuhanku… Tiada kebaikan qanaah itu melainkan syukur padaMu…

Ya Tuhanku… Tiada kebaikan riadhah itu melainkan menuntut keredhaanMu..

Ya Tuhanku… Tiada kebaikan menyucikan diri itu melainkan sedar dengan kewujudanMu...


Ya Tuhanku… Tiada kebaikan zikir itu melainkan ingin padaMu…

Ya Tuhanku… Tiada kebaikan makrifat itu melainkan dengan musyahadah padaMu...

Ya Tuhanku… Tiada kebaikan syurga itu melainkan bertemu denganMu…

Ya Tuhanku Yang Maha Mulia…


Ya Tuhanku Yang Mengasihani akan segala hambaNya yang mukmin...

Lagi Amat Pemurah atas sebaik-baik makhluk, penghulu kami Muhammad s.a.w dan segala keluarganya dan sahabatnya sekelian.


Dicatat oleh USTAZ SOFFHAN BIN HALIM

14 comments:

  1. kenapa kasihkan suami atau isteri itu membinasakan,bukan kan isteri itu wajib mentaati suaminua dan suami juga seharusnya berkasih sayang dgn isteri sebagaimana sunah Rasulullah

    ReplyDelete
  2. mohon maaf, bermaksud berkasih sayang suami isteri yang berlebihan melebihi dari Allah dan bukan kerana Allah.Tegur jika ada kesilapan. WALLAHU'LAM SESUNGGUHNYA ALLAH MAHA MENGETAHUI.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu contohnya jika terjadi sesuatu seperti wanita lain dicintai Dan menyintai sang suami, bisa membinasakan isteri bila mana isteri menjadi latah

      Delete
  3. Nak share boleh...best baca munajad tu...

    ReplyDelete
  4. As salam. Mohon copy saudara..te
    rimakasih..

    ReplyDelete
  5. Assalam ya ustazd..
    Saya salin untuk amalan dan panjangkan kpd yg lain..moga diizinkan ustazd..tk..

    ReplyDelete
  6. Mohon copy munajat NYA Mintah izin

    ReplyDelete
  7. Izinkan sya baramal

    ReplyDelete
  8. Halalkan perkongsian ilmu nya,saudara saya copy

    ReplyDelete
  9. Zikir dan doa tidak warid dari Nabi.

    ReplyDelete

PERINGATAN BAGI LELAKI !

Mengikut Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995
"Mana-mana lelaki yang baligh yang tidak menunaikan Sembahyang Jumaat

tanpa apa-apa keuzuran syarie yang boleh didakwa dibawah Seksyen 20,

Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995, sekiranya disabit

kesalahan boleh di denda tidak lebih RM1,000 ATAU dipenjarakan selama

tempoh tidak melebihi enam (6) bulan ATAU kedua-duanya sekali."