RAKAN BLOG MASJID

16 August 2013

SURAU AL-FAAIZEEN SURAU PRIMA BERUNTUNG






Alhamdulillah Surau Al-Faaizeen Prima Beruntung telah beroperasi sejak 13 Mac 2013 untuk kegunaan ahli khariah khasnya dan seluruh umat Islam yang singgah ke situ.Karpet telah selesai di pasang dengan indahnya sebulan.Pagar sekeliling juga sudah siap sepenuhnya. Lanskap sudah siap dengan rumput di tanam dan tumbuh subur. Pokok2 buahan juga di tanam di sekeliling dengan harapan  akan membesar walaupun dalam keadaan cuaca panas sperti sekarang ini. 

Peralatan PA system dan kipas dinding dan kipas berdiri juga sudah mencukupi dan berfungsi dengan baik. Jam jadual solat juga tersergam di dinding depan .
Nazir dan Ajk pengurusan mengucapkan terima kasih kepada semua penyumbang dana bagi pembinaan surau Al-Faaizeen itu. Semoga infaq muslimin dan muslimat sekelian diterima Allah.

Alhamdulillah syiar Islam dalam bentuk azan berkumadang sebanyak lima kali sehari semalam menyeru sekelian manusia untuk mendirikan tuntutan solat fardu. Bilal setia menjalankan tugas tanpa jemu. Purata bilangan jemaah untuk solat maghrib dan isyak ialah dalam lingkungan 40 orang manakala untuk solat subuh sekitar 15 orang. Solat zohor dan asar pula purata jemaah ialah 8 orang. Alhamdulillah, semoga bilangan para jemaah akan terus meningkat pada hari2 mendatang ini.

Bacaan hadis daripada kitab Fadhail Amal dan Muntakab Hadis menjadi rutin harian pada setiap selepas solat maghrib dan subuh. Kuliah maghrib mingguan di adakan pada setiap khamis malam dan ahad malam. Kuliah pada selasa malam pula di adakan dua kali sebulan. Manakala kuliah Rabu malam pula di adakan sebulan sekali. Semua ahli khariah khasnya dan seluruh muslimin dan muslimat di jemput hadir. Semoga surau Al-Faaizeen akan terus imarah dengan pelbagai aktiviti ilmu. Kita semua dambakan barokah dan rahmat Allah.

No comments:

Post a Comment

PERINGATAN BAGI LELAKI !

Mengikut Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995
"Mana-mana lelaki yang baligh yang tidak menunaikan Sembahyang Jumaat

tanpa apa-apa keuzuran syarie yang boleh didakwa dibawah Seksyen 20,

Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995, sekiranya disabit

kesalahan boleh di denda tidak lebih RM1,000 ATAU dipenjarakan selama

tempoh tidak melebihi enam (6) bulan ATAU kedua-duanya sekali."