RAKAN BLOG MASJID

15 August 2013

ZIARAH ULAMA TERKENAL NEGERI SEMBILAN

Ziarah Sohibus Samaha Dato Shaykh Murtadza ulama Negeri Sembilan  6 -7 Syawal 1434


Ziarah Dato Syeikh Murtadza , selaku pemimpin Tarikat Ahmadiah Asia merangkap Mantan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan , pada 6-7 Syawal 1434/2013




KENALI SYEIKH TAREKAT AL-AHMADIYYAH AL-IDRISIYYAH
AR-RASYIDIYYAH AD-DANDRAWIYYAH
1.   
Maklumat Peribadi:
                      i.        Nama: Dato’ Haji Mohd Murtadza bin Syeikh Haji Ahmad
                    ii.        Tarikh lahir : 05.05.1937
                   iii.        Kewarganegaraan:  Malaysia
2.    Maklumat Pendidikan:
                      i.        Ijazah Sarjanamuda Syariah Wal Qanun, Universiti Al-Azhar, Mesir
                    ii.        Maahad Kaherah, Mesir
                   iii.        Madrasah Al-Masyhoor, Pulau Pinang
                   iv.        Madrasah al-Attas, Johor Bahru
                    v.        Madrasah Al- Khairiyah, Singapura
                   vi.        Sekolah Kebangsaan Dato’ Bandar Rasah, Seremban, N.Sembilan
3.    Pengalaman Kerja:
                      i.        Mufti Kerajaan Negeri Sembilan ( 1987 – 2008 )
                    ii.        Kadi Besar Negeri Sembilan merangkap Pegawai Penerangan Agama  ( 1984 – 1987 )
                   iii.        Pegawai Penerangan Agama merangkap Imam Besar ( 1980 – 1984 )
                   iv.        Kadi Daerah Kuala Pilah dan Jempol, Negeri Sembilan ( 1976 - 1980 )
                    v.        Guru Agama di Sekolah Ugama Menengah Tinggi, Seremban, N.S.       ( 1974 - 1976 )
4.    Anugerah:
                      i.        Dikurniakan Darjah Kebesaran Negeri Sembilan (DKNS) yang membawa gelaran Dato’ pada tahun 1988.
                    ii.        Mendapat anugerah Tokoh Ma’al Hijrah 1421H peringkat Negeri Sembilan bersamaan tahun 2000 masihi.
                   iii.        Mendapat anugerah Tokoh Perkhidmatan Cemerlang pada tahun 2004
                   iv.        Mendapat anugerah Tokoh Ulama’ sempena Sambutan 100 tahun (1332-1432H) Madrasah Al-Attas Al-Arabiah Johor yang dirasmikan oleh Y.A.B Tan Sri Dato’ Hj. Muhyiddin B. Hj. Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia pada 29 September 2011.

5.    Perlantikan Sebagai Syeikh Tarekat Al-Ahmadiyyah Al-Idrisiyyah Ar-Rasyidiyyah Ad-Dandrawiyyah

Pada 5 Januari tahun 1997, dilantik sebagai Sheikh Tarekat Al-Ahmadiyyah Al-Idrisiyyah Ar-Rasyidiyyah Ad-Dandrawiyyah bagi kawasan Asia Tenggara oleh Almarhum Sayyidi Ahmad bin Idris bin Sayyidi Muhammad Hassan bin Sayyidi Muhammad Sharif bin Sayyidi al-Ali bin Sayyidi Ahmad bin Idris al-Idrisi atau lebih dikenali Sayyidi Ibn Idris iaitu merupakan waris kepada pengasas utama Tarekat Ahmadiah. Peristiwa bersejarah ini berlaku bersempena majlis Haul Syeikh Hj Ahmad

6.    Sumbangan:
Semasa menjawat jawatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan;
                      i.        Beliau berjaya mewujudkan Enakmen Murtad (2004) dan Enakmen Kawalan Tarekat (2007) yang menjadikan Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan sebagai negeri yang pertama mewujudkan kedua-dua enakmen ini dan enakmen ini telah dijadikan contoh bagi negeri-negeri yang lain.
                    ii.        Menganjurkan Seminar Dakwah Dan Tarekat Tasawuf Peringkat Antarabangsa yang pertama kali diadakan di Malaysia bermula pada tahun 2002, 2003, 2004 dan 2007 masihi. 
                            iii.            Beliau juga telah berjaya meyakinkan Duli Yang Maha Mulia Almarhum Tuanku Jaafar Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman al-Haj untuk menarik diri daripada menjadi penaung pertama ajaran Nasrul Haq seterusnya memastikan arahan daripada keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan bahawa ajaran ini telah menyimpang daripada ajaran Islam yang sebenar dilaksanakan dan dikuat-kuasakan di peringkat negeri.
                             iv.            Di bawah pimpinannya, sahabat-sahabat beliau di Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan telah berjaya menghasilkan lebih daripada 80 buah buku rujukan dalam bidang agama untuk memberikan panduan, penjelasan dan bimbingan kepada masyarakat.

7.    Pengiktirafan:
                      i.        Perlantikan beliau sebagai Kadi Besar Negeri Sembilan (1984-1987)  mendapat sokongan daripada almarhum Prof. Dr. Ahmad Ibrahim dan almarhum Prof. Dr. Mahmud Saedon. Dengan sokongan ini, beliau berjaya mengangkat martabat Mahkamah Syariah kerana beliau memiliki hubungan yang baik dengan semua sahabat beliau yang menjawat jawatan penting dalam urusan agama negeri di seluruh negara.
                    ii.        Mendapat kepercayaan daripada Jabatan Agama Islam Johor untuk mengajar dan berceramah di sekitar negeri Johor dari tahun 1980 hingga kini.
                            iii.            Ahli Jilsah Turuq Sufiyah Negeri Sembilan bersama-sama Sohibus Samahah Dato’ Hj. Mohd Yusof B. Hj. Ahmad (Mufti Kerajaan Negeri Sembilan), Dato’ Hj. Borhan B. Hashim (Ahli Majlis Fatwa Negeri Sembilan), Tuan Guru Dr. Hj. Jahid B. Hj. Sidek Al-Khalidi (Syeikh Mursyid Tarekat Naqsyabandiyah Khalidiyah), Dr. Muhammad Uthman el-Muhammady (Felo INSTAC), Dr. Abdul Manam B. Mohamad (Pensyarah Universiti Sultan Zainal Abidin) dan Dr. Sulaiman B. Ibrahim Al-Baruhi (Pensyarah Universiti Brunei Darul Salam).

                   iv.        Membentangkan kertas kerja yang bertajuk “Manual Amalan Masyarakat Negara Zikir : Satu Pengenalan” di Seminar Negara Zikir sempena perayaan ulang tahun Hari Keputeraan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darul Salam Ke-62 tahun jemputan Yang Mulia Dato Seri Paduka Eussoff Agaki Haji Ismail (Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri), Yang Mulia Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad B. Pengiran Haji Abdul Rahman (Timbalan Menteri Pendidikan) dan Pehin Dato Seri Setia Maharaja Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Abdul Azizi Juned (Mufti Kerajaan Brunei Darussalam) pada 28-29 Julai 2008 bertempat di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, Brunei Darussalam. Pembentangan ini adalah merupakan usaha Kerajaan Negara Brunei Darussalam untuk menjadikan Brunei sebagai sebuah “Negara Zikir”.

8.    Pengalaman:
                      i.        Menghadiri kursus imam-imam selama 3 bulan di Universiti Al-Azhar, Mesir pada tahun 1986 .  Kursus ini dianjurkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
                    ii.        Raja Moroko (Al-Malik Hasan Al-Sani) telah meminta Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin menghantar wakil kerajaan Malaysia untuk menghadiri Seminar Sufi Peringkat Antarabangsa Pertama Di Moroko pada tahun 2004, Almarhum Dr. Hamid Othman (Menteri di Jabatan Perdana Menteri) telah mencadangkan agar Yang Maha Mulia Tuanku untuk memilih Dato’ Syeikh Haji Mohd Murtadza sebagai wakil Malaysia. Dato’ Syeikh Mohd Murtadza telah berjaya menjadikan Tarekat Al-Ahmadiyyah Al-Idrisiyyah sebagai contoh terbaik di Malaysia dan kerana ini beliau telah terpilih sekali lagi bagi mewakili kerajaan Malaysia untuk menghadiri Seminar Sufi Peringkat Antarabangsa Kedua Di Moroko pada tahun 2009.
                   iii.        Beliau memiliki pengetahuan di dalam bidang Fiqh dan Tasawuf yang meluas di samping sentiasa mendampingi para ulama’ dan mufti-mufti di dalam majlis-majlis ilmu serta mesyuarat Majlis Fatwa kebangsaan.
                   iv.        Beliau memiliki pengalaman yang luas dalam pentadbiran negeri dan pendidikan kepada masyarakat Islam.

9.    Aktiviti Semasa:
                             i.        Sebagai Syeikh Tarekat Al-Ahmadiyyah Al-Idrisiyyah Ar-Rasyidiyyah Ad-Dandrawiyyah , beliau berusaha memperkasa tarekat Al-Ahmadiyyah Al-Idrisiyyah Ar-Rasyidiyyah Ad-Dandrawiyyah dan mengembalikan kegemilangan Madrasah As-Saidiyyah di Kampung Pondok Rasah, Seremban sebagai pusat pengamalan tarekat melalui usaha-usaha berikut, antaranya;
a)    Membina bangunan Pusat Pengamalan Tarekat Al-Ahmadiyyah Al-Idrisiyyah Ar-Rasyidiyyah Ad-Dandrawiyyah melalui skim wakaf
b)    Menegaskan kepentingan ilmu yang bersumberkan Al-Quran dan Al-Hadis. Oleh itu, kuliah beliau diadakan pada setiap hari Selasa    ( malam ) di surau Madrasah As-Saidiyyah, Kampung Pondok Rasah, Seremban.
c)    Menggalakkan budaya membaca kitab-kitab yang muktabar dan bahan-bahan ilmiah dengan menjadikannya sebagai rujukan dalam kuliah-kuliah yang diadakan
d)    Menolak sebarang amalan bid’ah dan khurafat dalam aktiviti tarekat serta  amalan taasub pengikut terhadap pemimpin tarekat kerana pemimpin tarekat adalah manusia biasa yang tidak maksum
e)    Membimbing ahli-ahli tarekat supaya beramal dengan betul mengikut ajaran para syeikh tarekat tanpa tambahan atau melakukan sebarang perubahan.
f)     Memimpin majlis-majlis zikir dan majlis-majlis haul berpandukan prosedur  yang telah diamalkan oleh para syeikh tarekat
g)    Mematuhi Enakmen Tarekat Tasawuf  ( 2005 ) N.Sembilan.


h)   .Menjalin hubungan baik dengan pengamal tarekat yang berdaftar dan diakui sah oleh Jilsah Turuq Sufiyah Negeri Sembilan  dan negeri-negeri lain serta negara-negara lain seluruh dunia
i)     Mempertingkat kefahaman masyarakat tentang tarekat melalui penganjuran program-program keilmuan dan beberapa siri Simposium Tarekat Tasawuf di Madrasah As-Saidiyyah, Kampung Pondok Rasah
j)      Menjemput tokoh-tokoh ulama menyampaikan kuliah ilmu di surau Madrasah As-Saidiyyah, Kampung Pondok Rasah, Seremban.
k)    Menerima kunjungan  alim ulama serta rombongan-rombongan pelawat dari dalam dan luar negara. Antara tokoh-tokoh ulama yang telah mengunjungi Dato’ Syeikh Hj Mohd Murtadza ialah Syeikh Muhammad bin Ibnu Idris ( Sudan ), Dr.Abdul Latif Farfur ( Syria ), Syeikh Ahmad Dabbagh ( United Kingdom ), Syeikh Asraf ( Imam Masjid Universiti Al-Azhar, Mesir ), Syeikh Walid ( Palestin ), Syeikh Habib Umar ( Yaman ), Syeikh Maan Syeikh Abdul Kadir Al-Jailani, rombongan dari Turki dan beberapa rombongan pelawat dari dalam negeri.

                            ii.        Beliau juga masih mengajar dan berceramah di beberapa buah masjid di sekitar Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan beberapa tempat di Selangor.
                           iii.        Menjadi penaung beberapa organisasi pendidikan dan dakwah seperti Madrasah Tahfiz As-Saidiyyah, Negeri Sembilan

1 comment:

PERINGATAN BAGI LELAKI !

Mengikut Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995
"Mana-mana lelaki yang baligh yang tidak menunaikan Sembahyang Jumaat

tanpa apa-apa keuzuran syarie yang boleh didakwa dibawah Seksyen 20,

Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995, sekiranya disabit

kesalahan boleh di denda tidak lebih RM1,000 ATAU dipenjarakan selama

tempoh tidak melebihi enam (6) bulan ATAU kedua-duanya sekali."