Menghadiri
majlis walimatul ‘urus adalah wajib di dalam Mazhab Syafie. Ini berdasarkan
hadis sahih:
“Apabila
kamu dijemput ke kenduri perkahwinan, maka hendaklah kamu menghadiri”
Namun
kewajipan ini dikecualikan jika terdapat kemungkaran. Ini disebutkan di dalam
Minhaju tolibin:
“Dan
diantara syarat wajibnya hadir ke majlis walimah adalah tidak ada perkara
kemungkaran. Maka sekiranya kemungkaran akan hilang dengan sebab kehadirannya
maka hendaklah dia hadir. Diantara kemungkaran adalah hamparan sutera, gambar
atau patung haiwan”(Rujuk:Minhaju tolibin bersama syarahnya Mughni al Muhtaj
3\314)
Gugur
Hukum Wajib Menghadiri Walimah Apabila:
- Jika
majlis kenduri hanya khusus untuk orang kaya sahaja
- Majlis
mempamerkan atau mendedahkan gambar bernyawa
-
Bercampur pergaulan antara lelaki dan perempuan bukan mahram
- Jika
majlis kenduri itu terdapat arak
- Ada
tari menari
-
Menggunakan set makanan dan minuman yang diperbuat emas dan perak
-
Diselitkan majlis hiburan yang melanggar batasan syarak
Sumber:
Minda Kini
No comments:
Post a Comment