RAKAN BLOG MASJID

04 September 2013

KENANGAN SURAU AL-FAAIZEEN JAMUAN RAYA

Majlis Jamuan Raya Surau Al-Faaizeen 30/8/13

Majlis Jamuan Raya Surau Al-Faaizeen telah diadakan pada 30/8/13 bermula jam 9:00 malam di perkarangan surau Al-Faaizeen. Pelbagai juadah telah di sediakan termasuklah jamuan nasi, laksa, nasi dagang dan aneka kueh-mueh. Empat khemah didirikan bagi menampung para tetamu yang berjumlah kurang lebih 250 orang iaitu dari ahli khariah surau Al-Faaizeen, jemaah masjid As-Salam, surau Al-Islah dan kawasan sekitar Prima Beruntung. Semoga silaturahim akan terus utuh dan mesra antara ahli masyarakat yang diikat kemas oleh talian ikhlas dan kasih sayang. Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin daripada seluruh AJK dan warga Surau Al-Faaizeen.
 




nota: Alhamdulillah, hari ini 5/9/2013 bersamaan 29syawal 1434Hijriah adalah hari terakhir Eidulfitri. Marilah kita bersedia hadapi hari raya Eiduladha atau Hari raya Korban atau Hari raya Haji .Hari raya Eidlfitri atau hari raya Puasa akan jadi kenangan.

No comments:

Post a Comment

PERINGATAN BAGI LELAKI !

Mengikut Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995
"Mana-mana lelaki yang baligh yang tidak menunaikan Sembahyang Jumaat

tanpa apa-apa keuzuran syarie yang boleh didakwa dibawah Seksyen 20,

Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995, sekiranya disabit

kesalahan boleh di denda tidak lebih RM1,000 ATAU dipenjarakan selama

tempoh tidak melebihi enam (6) bulan ATAU kedua-duanya sekali."