RAKAN BLOG MASJID

16 October 2013

QIBAS DI SEMBELIH DI MASJID ASSALAM BUKIT SENTOSA


Maksud Hadis

Dari Jabir bin Abdillah, dia berkata: “Aku shalat ‘Idil Ad-ha bersama Rasulullah صلى الله عليه وسلم, selesai dari solat beliau lalu datang dengan dua ekor Qibas, menyembelihnya dengan ucapan : Bismillah, Allahu Akbar, Allahumma haadza ‘anni wa ‘amman lamyudhohhi min ummati (Dengan Nama Allah, Allah Maha Besar, ya Allah ini Qurban dariku dan dari umatku, yang tidak mampu berQurban).” [Hadits Riwayat Imaam Abu Daawud]











Apa itu Qibas?
Qibas adalah spesis bebiri yang memiliki ekor yang gemuk (besar di bahagian pangkal ekor)
Jenis-jenis Qibas yang terdapat di seluruh dunia adalah seperti Damara, Awassi , Karakul dan Ujumqin

Kelebihan Qibas
Boleh dikorbankan pada umur setahun masuk kedua atau sudah bersalin gigi hadapan walaupun belum cukup setahun tetapi melebihi 6 bulan
Haiwan yang cukup lasak, tahan penyakit dan mudah untuk diuruskan
Daging mengandungi berbagai zat mineral seperti zinc & besi yang mudah diserap oleh badan serta vitamin b12 dan asid amino penting

No comments:

Post a Comment

PERINGATAN BAGI LELAKI !

Mengikut Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995
"Mana-mana lelaki yang baligh yang tidak menunaikan Sembahyang Jumaat

tanpa apa-apa keuzuran syarie yang boleh didakwa dibawah Seksyen 20,

Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995, sekiranya disabit

kesalahan boleh di denda tidak lebih RM1,000 ATAU dipenjarakan selama

tempoh tidak melebihi enam (6) bulan ATAU kedua-duanya sekali."