JADUAL KULIAH NOVEMBER ASSALAM BUKIT SENTOSA
PERINGATAN BAGI LELAKI !
Mengikut Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995
"Mana-mana lelaki yang baligh yang tidak menunaikan Sembahyang Jumaat
tanpa apa-apa keuzuran syarie yang boleh didakwa dibawah Seksyen 20,
Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995, sekiranya disabit
kesalahan boleh di denda tidak lebih RM1,000 ATAU dipenjarakan selama
tempoh tidak melebihi enam (6) bulan ATAU kedua-duanya sekali."
TQ Tuan Nazir dan AJK sekelian atas program ilmu yg mantop di as-Salam saban malam. Saya begitu teruja melihat nama Ustaz Abdullah Khairi terpapar dalam senarai kali ini. Semoga syiar Islam terus berkembang dan kecintaan kepada majlis ilmu menjadi sinonim dengan seluruh ahli khariah. Usah berpuas hati dgn kehadiran pelanggan tetap 70-80 org setiap malam. Kita ushakan menarik lebih ramai lagi muka2 baru. Untuk itu saya inginlah mencadangkan pihak AJK agar bermurah hati membelanjakan sedikit dana masjid yg ada hasil infaq ahli khariah sekelian untuk mengadakan mungkin sekali sebulan jamuan "nasi lauk gulai seekor kambing" bagi mengundang barokah untuk menjadi asbab hidayah Allah bagi menarik muka2 baru dan meraikan muka2 lama, Pinggirkan sedikit ciri kedekut atau berkira jika ada hikmah yang boleh diraih. Semoga as-Salam kekal relevan dan terus menjadi pilihan utama kita semua bagi sumber tadahan ilmu dan amal ibadah. Jazakallah.
ReplyDelete