RAKAN BLOG MASJID

07 November 2013

PENTINGNYA SISTEM BUNYI YANG BAIK DI DALAM MASJID !

Biasanya pembinaan masjid jarang perancangannya bersekali dengan sistem bunyi. Masjid sudah cantik dan besar serta selesa namun sistem bunyi apabila penceramah berceramah maka adalah komplen kata di belakang tak terang dan di luar tak dengar langsung dan pelbagai masalah. 
Masjid yang indah sebenarnya tidak lengkap jika tiada makmum dan selepas itu tidak sempurna jika audio kurang jelas apatah lagi dewasa ini ramai sungguh ahli kariah dan orang luar kariah hadir untuk mencari,menimba ilmu.

Kepincangan masjid akan bertambah apabila suara khatib yang kurang jelas disebabkan telah uzur atau suara yang terlalu tinggi .Manakala seharusnya ada makmum yang akan berkerut dahi untuk memahami apa yang hendak disampaikan kepada mereka yang akhirnya menyebabkan makmum tertidur atau keluar dari ruang solat untuk ambil wuduk atau keluar terus.

Bila berlaku kes yang banyak seperti ini , kita sebagai umat Islam kurang mengambil berat tentang cara penyampaian dakwah agar ia lebih berkesan. Tidak rugi sekiranya kita membeli sistem bunyi yang paling canggih semata-mata untuk memberi yang terbaik dalam usaha dakwah kita.Ada juga masjid yang sediaada peralatan sistem bunyi yang mahal dan berkualiti tetapi senggaraannya tidak berdisiplin terutama bila banyak tangan.

Terdapat info menyatakan pihak gereja sanggup menghabiskan wang untuk membeli mikrofon (sound system) yang terbaik di pasaran. Tetapi kita di masjid-masjid seolah-olah mahu membeli mikrofon yang paling murah dan sesuai untuk berkaraoke sahaja!
Pastikan Sistem Bunyi yang baik adalah AGEN PENYAMPAIAN KE DALAM DIRI terbaik.

Kita maklum Manusia amat tertarik dengan bunyi dan muzik yang mengasyikkan.

Itu menunjukkan hiburan adalah fitrah kepada setiap insan. Bunyi-bunyian juga boleh dianggap sebagai agen dakwah kepada seseorang. Mood seseorang juga dapat diubah dengan kehadiran muzik-muzik yang bersesuaian.

Apabila mood telah tenang, apa yang hendak disampaikan mudah untuk meresap masuk ke dalam hati. Insya-Allah.

P.A System di surau dan masjid bertujuan untuk menguatkan bacaan Imam, Bilal, Penceramah dan sebagainya.kegunaan sistem bunyi di masjid dan surau adalah setiap hari,dan ianya amat penting bagi mengimarahkan tempat ibadah tersebut.

Jumlah zon P.A system ditentukan oleh zon lelaki, perempuan, menara, tempat wudhu dan sebagainya.

Sistem PA digunakan setiap hari, jadi ia mestilah bebas dari sebarang masalah dan gangguan teknikal.

Antara masalah yang biasa dihadapi oleh pihak masjid berkaitan PA system ialah:-

Feedback (haoling) (bunyi berdengung terutama ketika imam bersujud)
Suara tidak jelas
Bunyi tidak memuaskan (gangguan bunyi )
speaker tidak berbunyi.(wayar putus, speaker terbakar dan lain-lain)
power amplifier (power tidak cukup untuk speaker)
cabling.(pemasangan tidak betul/putus dan lain-lain )
Semua masalah ini boleh berlaku akibat setting yang tidak betul, kombinasi peralatan yang tidak betul, cara sambungan yang salah, tuning yang salah, kualiti peralatan yang rendah, peralatan tidak diselenggara dengan baik, banyak tangan yang mengendalikan system (menjadikan system tidak konsisten), dan lain-lain lagi.

Selain peralatan yang berkualiti, konfigurasi sistem daripada pendawaian hingga ke peralatan amat penting supaya penyelarasan dapat dibuat dengan berkesan.
Semoga Masjid AsSalam Bukit Sentosa akan dapat memantapkan sistem bunyi dan sentiasa peka jika ada kekurangan dan kecacatan yang berlaku dari masa ke semasa insyallah.

No comments:

Post a Comment

PERINGATAN BAGI LELAKI !

Mengikut Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995
"Mana-mana lelaki yang baligh yang tidak menunaikan Sembahyang Jumaat

tanpa apa-apa keuzuran syarie yang boleh didakwa dibawah Seksyen 20,

Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995, sekiranya disabit

kesalahan boleh di denda tidak lebih RM1,000 ATAU dipenjarakan selama

tempoh tidak melebihi enam (6) bulan ATAU kedua-duanya sekali."