RAKAN BLOG MASJID

16 February 2012

MUZIUM BRITAIN PAMER KEAGUNGAN ISLAM !

LONDON: Untuk pertama kalinya, Muzium Britain mengadakan pameran khas mengenai perjalanan ibadah haji, Hajj: Journey at the Heart of Islam sebagai satu pendedahan istimewa terutamanya terhadap golongan bukan Islam. Kurator pameran, Qaisra Khan berkata, objektif utama pameran itu adalah untuk mendedahkan proses dari awal hingga akhir mengenai ibadah haji di Makkah dan keajaiban Kaabah yang menjadi kiblat bagi umat Islam di seluruh dunia.
AL-QURAN tertua di dunia dari abad ke-8 turut dipamerkan. Ia turut mengetengahkan perjalanan jemaah haji pada zaman dahulu dan persiapan awal orang Islam seperti menyelesaikan hutang, memohon maaf serta membuat wasiat sebelum mereka mengerjakan Rukun Islam Kelima tersebut. “Pameran ini juga bertujuan untuk menyampaikan mesej keamanan berikutan pergolakan dan keganasan berterusan di beberapa negara rantau Arab telah menyebabkan dunia luar memberi tanggapan buruk terhadap mereka,” menurutnya. Pameran yang dianjurkan dengan kerjasama Perpustakaan Awam Raja Abdul Azizdi Riyadh tersebut akan turut akan mempamerkan pelbagai artifak termasuk Al-Quran tertua di dunia dari abad kelapan.

No comments:

Post a Comment

PERINGATAN BAGI LELAKI !

Mengikut Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995
"Mana-mana lelaki yang baligh yang tidak menunaikan Sembahyang Jumaat

tanpa apa-apa keuzuran syarie yang boleh didakwa dibawah Seksyen 20,

Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995, sekiranya disabit

kesalahan boleh di denda tidak lebih RM1,000 ATAU dipenjarakan selama

tempoh tidak melebihi enam (6) bulan ATAU kedua-duanya sekali."