RAKAN BLOG MASJID

Showing posts with label ihsan blog School Of Tots. Show all posts
Showing posts with label ihsan blog School Of Tots. Show all posts

17 September 2014


Kuliah maghrib oleh Ustaz Irwanshah malam tadi perihal ziarah alam barzakh sungguh terkesan di hati ini. Kita semua menuju ke sana suka atau tidak. Setiap hari bangun daripada tidur menghirup udara segar pagi mendekatkan satu hari lagi kepada detik kematian iaitu pemisah ruh dari jasadnya.

Beruntunglah siapa yang menjadi Hamba Allah. Hamba Allah bukan gelaran biasa-biasa yang boleh di letak atau diberikan sembarangan. Hamba Allah ialah orang yang beriman dan beramal soleh. Hamba Allah akan menghina dirinya dirinya di hadapan Allah bukan menghina dirinya kepada makhluk. Semakin hina dirinya di hadapan Allah maka semakin mulia dan tinggi martabatnya di sisi Allah.

Kita ini benar fakir pada saat kematian kita. Apa beza orang fakir dengan orang miskin? Ibaratnya begini. Sekiranya keperluan sesorang itu 10 benda, maka orang miskin dapat memenuhi 8 daripada  10 itu. Maknanya hanya 2 keperluannya tidak dapat dipenuhi. Maka dia ini layak di gelar orang miskin. Sebaliknya orang fakir ialah daripada 10 keperluannya tadi, hanya 2 yang dia dapat penuhi manakala 8 lagi tidaklah dapat dia penuhi hajatnya itu. Maka di sini orang tadi ialah orang dalam kelompok fakir.

Bila seseorang itu mati, maka tiada lagi timbul isu ada orang atas kita atau ada orang bawah kita. Semuanya sama. Tiada rupa, pangkat atau harta yang mebezakan darjat kemuliaan seseorang itu. Sehelai kain kapan itu sajalah yang secara fisikal yang di bawak masuk dan di tanam bersamanya di dalam lubang kubur yang sempit, gelap dan penuh ulat itu.

Harta yang di tinggalkan si mati itu akan di bahagi-bahagikan oleh waris. Jika di bahagi elok dan aman maka berbahagia lah bekas pemilik harta yang sudah mati itu. Namun jika sebaliknya harta yang ditinggalkan itu menjadi asbab perebutan dan pergaduhan anak beranak maka bersedih dan bedukacitalah si mati tadi.

Harta semuanya di tinggalkan. Kereta, rumah, duit dalam bank, isteri, anak-pinak, semua keindahan dunia ditinggal belaka. Harta, pangkat, kemewahan yang selama ini di kejar di usaha di sibukkan hingga tak ada masa nak pijak kaki masjid, itu semua akan di tinggalkan begitu saja. Just like that. Terlopong si mati menjilat jari di sebalik kain kapan nya.

Kubur menerima penghuninya. Akulah rumah yang asing, rumah yang mendukacitakan, rumah yang sempit, rumah sarang ulat dan ular bisa, rumah yang gelap. Di sebalik selimut kain kapan itu, tubuh pantas di serang ulat yang galak mencari setiap lubang dan rongga untuk di selongkar.

Seoarang ahli forensik pernah menceritakan pengalaman menggali semula kubur seorang yang baru di tanam 3 jam sebelum kerana ada kes jenayah yang perlu di siasat sebagai barang kes. Terkejut beruk dia melihat ulat memenuhi setiap rongga, lubang hidung, kemalauan, lubang telinga, mulut, mata dan seluruh rongga2 perut. Aduhai baru 3 jam simati itu di kebumikan ke dalam lubang kubur itu. Dahsyat nya sebuah kematian itu. Itulah nasib kita. Ruh hanya mampu memandang dengan hibanya.

Allah sangat suka seorang yang membuat dosa tapi terus menyesali perbuatan dosa nya dan bertaubat memohon keampuanan daripada Allah SWT. Dosa2 ada yang terpaksa di bawa masuk ke lubang kubur pabila ada dosa2 yang tidak diampuni Allah asbab gagal taubat atau semasa hidupnya tidak berusha dengan sungguh2 minta ampun dan taubat kepada Allah.

Tidak akan mengazab Allah akan seseorang yang taubat, solat dan sujud kepada Allah dengan penuh ikhlas. Allah akan perlihat segala apa perlakuannya di dunia ini. Dikala itu tiada guna lagi penyesalan dan minta peluang untuk bangkit hidup semula walau sejenak. Semuanya sudah terlambat. Bukannya engkau tidak di beri peringatan demi peringatan, tazkirah demi tazkirah, tarbiyah demi tarbiyah dulu. tetapi engkau sekadar memekak telinga dan sekadar tidak ambil peduli, walaupun pintu masjid di depan mata.

Allah hijab pendengaran orang yang hidup daripada jerit tangis penghuni kubur yang menderiata menyesal dan tersiksa itu. Jika tidak tentulah huru hara dan haru biru dibuatnya seluruh manusia yang masih hidup ini. Menangis dan merintih mereka menyesali betapa dua rakaat solat sunat itu terlebih baik daripada dunia dan seisinya. Dia pernah dengar peringatan itu tetapi tidak menghiraukanya walau sekumit.

Malaikat bertandan ke rumah bakal jenazah bukan sebagai tetamu, malah merealisasikan amanah untuk tugasan menukar manusia bernyawa menjadi jenazah. Dunia ini ialah pentas yang ada amal namun tiada perhitungan. Pabila meninggal dunia segalanya terbalik, tiada lagi amal yang ada ialah perhitungan.

Apa yang ada di hati itulah yang suarakan oleh lidah dan dan zahirkan oleh perbuatan anggota tubuh badan. Orang beriman akan menzahirkan keimanan di hati dengan tutur kata berhebah dan perilaku akhlak yang mulia. Berbanding dengan orang munafik yang apa yang di hati sangat berbeza dengan apa yang dizahirkannya,

Manusia akan Allah bagi ujian demi ujian tika di dunia ini bagi menguji tahap keimanan seseorang itu. Orang di kubur akan di soal munkar dan nakir. Ilmu yang tanpa yakin tidak boleh menjawab soalan2 yang ditanya di dalam kubur itu. Walaupun soalan bocor dan beribu kali berjaya di jawab dengan tepat di dunia ini, namun sebaliknya yang berlaku di alam kubur. Lidah kelu otak beku. Dapat jawab itu bukan dengan ilmu semata tetapi dengan keyakinan pada ilmu itu. Orang yang ilmunya segunung belum tentu dapat jawab soalan munkar nakir itu, jika di dunia itu dia tidak yakin dan beramal dengannya.

Orang yang ingat mati ialah orang yang sedar hakikat kehidupan ini. Pahala menjadi rebutan dan setiap perlakuan dosa tidak di pandang ringan. Hatta setitik penyakit hati pun akan di kikis dan di buang segera. Hati itu tempat memandang Allah SWT. Allah pandang hati dan ketakwaan kita. Hati itu tempat bersemayamnya iman dan bersemadi juga kekufuran. Semalam mati, maka malaikat mukar dan nakir pun menyoal  ma robbuka? Apa yang ada dalam isi hati, itulah yang akan di jawab.

Sesungguhnya kubur itu ialah terminal hentian pertama di akhirat. Sesiapa yang terselamat di kubur maka akan selamatlah dia di Padang Mahsyar nanti. Ustaz Irwanshah mengakhiri kuliah dengan menyatakan bahawa ada ahli jamaahnya menegur Ustaz ni asyik cerita pasal alam kubur, pasal mati. Cerita la topik lain pulak. Contohnya soal rumah tangga, soal pendidikan, dan seumpamanya. Ustaz pun jawab saya lebih suka di gelar Ustaz Alam Barzakh.

Sesungguhnya bijaklah orang sentiasa ingat mati dan mencari bekal untuk bersedia menghadapinya. Ziarah alam barzakh adalah agenda kehidupan, apatah lagi kala masa terluang di sepanjang musim cuti sekolah ini di samping sibuk merancang ziarah Cameron Highland atau pelabagai destinasi pelancongan itu. Jangan lupa untuk ziarah alam barzakh dengan iman, ilmu dan amal.

02 September 2014

ALHAMDULILLAH sYUKUR !

Alhamdulillah. Segala Puji Bagi Allah. Saya teringat ungkapan Ust Nik Abduh bila orang bertanya khabar ayahanda beliau, "Ayahanda tak sihat sikit, sihatnya banyak." Mulanya agak keliru namun bila di teliti amat benar. Allah beri sedikit ujian dengan masalah kesihatan. Namun Allah bagi nikmat yang banyak dengan tahap kesihatan yang memuaskan selama ini.

Seorang kenalan di zaman sekolah kini terlantar sakit di hospital kerana masalah hati yang gagal berfungsi sehingga menukar matanya menjadi kekuningan dan badan yang lesu tiada bermaya. Kini doktor mengesahkan dia mengidap cancer hati tahap 4. Para sahabat sekelian mendoakan agar beliau kembali pulih dan diringankan ujian oleh Allah. Sempena cuti raya ada yang berkesempatan menziarahi beliau. Semoga diringankan bebanan yang beliau tanggung ini.

Pabila di renung dan difikir betapa selama ini Allah sudah kurniakan 50 tahun kehidupan yang sihat walafiat. Tiba-tiba kini bila ditimpa sedikit ujian penyakit, kita tidak tertahan dan mengeluh sakan. Tidak nampak lagi cahaya. Yang nampak hanya kegelapan. Tidak nampak lagi akan nikmat sihat yang Allah kurnia selama 50 tahun tadi. Minda di fokus kepada penyakit yang menimpa. 

Seorang pakcik yang taqwa pernah berkata bila di ziarahi oleh seorang warisnya di katil hospital, "Alhamdulillah, Allah bagi ujian sedikit sahaja sedangkan nikmat yang Allah bagi kepada saya selama ini sungguh banyak tidak dapat saya hitung. Saya redha dan semoga Allah redha kepada saya."

Setiap penyakit yang menimpa, tentulah ada penawarnya kecuali penyakit mati. Tugasan kita ialah berusaha sedaya umpaya mencari penawar itu. Selebihnya berdoalah dan bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya tiada yang dapat mengatasi ketentuan Allah.

Juga yakinlah, setiap ujian yang Allah bagi itu sebenarnya untuk meningkatkan mertabat iman kita. Tidak akan sunyi seorang yang beriman daripada ujian demi ujian daripada Allah SWT. Ujian itu sebenarnya mampu di tanggung. Sebab itulah selalu berdoa, "Ya Allah janganlah Engkau berikan ujian yang tidak mampu aku menanggungnya."

Saya kongsi sedikit pengalaman. Dalam perjalanan ke desa sempena cuti raya hari ahad lepas, saya berjaya mengharungi hampir 400km perjalanan dengan lancar. Bila tiba berdekatan simpang tiga Kuala Krai, trafik jem telah berlaku. Kereta bersusun dan bergerak secara perlahan dan berkala. 

Asbab mata yang mungkin sesaat terlelap atau kereta depan yang brek mengejut, maka saya telah terlanggar kereta depan walaupun kala tersedar itu saya menekan rapat emergency break. Maka kereta depan itu mengalami minor scratch di bumper belakang. Memandangkan saya yang melanggar maka tanpa mahu memanjang cerita saya pun offer bayar RM100 kepadanya. Jadi kes settle.

Ujian untuk saya ialah kereta saya kemik agak teruk di bahagian bonet depan, lampu pecah, bumper rusak, frame depan bengkok dan plate pecah. Bumper pula bergeser dengan tayar depan kiri. Saya pun menyusur ke tepi dan berhenti di surau tepi simpang kat depan. Selepas selesai solat jamak zohor dan asar, saya pun mencari-cari tali atau dawai untuk mengikat bumber yang senget itu. Mungkin Allah mahu sedarkan saya semula supaya jangan cuba bangga diri pulang ke desa beraya sambil bergaya dengan kereta sampai terdetik rasa riak atau bangga diri. Allah nak bersihkan balik hati saya. Alhamdulillah.

Saya sekadar bercadang untuk repair kereta saya ini bila pulang semula ke KL nanti. Nasib baik radiator tidak terkesan oleh pelanggaran itu. Enjin pun tiada masalah. Cuma bodi bahagian depan sahaja yang terkesan. Ujian yang mampu di tanggung. Maka saya sekelurga beraya macam biasa dan sempat menziarahi sanak saudara yang terpilih.

Pagi tadi saya mendengar satu slot motivasi pagi di radio IKIM. Ustaz mengingatkan kita supaya bersyukur atas nikmat yang Allah berikan. Kerana nikmat yang Allah bagi pinjam itu, Allah boleh tarik anytime. Sihat boleh bertukar sakit. Muda bertukar tua, sihat menjadi sakit, lapang menjadi sibuk. Kulit tegang bertukar kendur. Kaya menjadi papa, bahagia bertukar derita, hidup bertemu mati.

Ustaz berpesan lagi jika kita naik kereta maka bersyukurlah kerana ramai lagi yang tidak ada kereta, kalau hujan tidaklah basah. Ramai lagi yang sekadar ada motosikal.  Jangan asyik bandingkan dengan orang yang ada kereta model terkini atau kereta model mewah dan seumpamanya. Lahirkan rasa syukur dengan melihat orang yang kurang daripada kita.

Orang yang ada moto pula, lihatlah saudara kita yang hanya ada basikal. Kalau hujan sekurang-kurangnya dapat pecut cepat sampai ke rumah atau mencari tempat berteduh. Yang ada basikal pula, bersyukur kerana tak kena saman polis sebab speeding atau sebab tidak ada lesen, atau sebab road tax mati. Bersyukur kerana ramai lagi yang hanya berjalan kaki ke sana kemari.

Yang berjalan kaki pula syukur banyak2 sebab Allah kurniakan kaki untuk dapat berjalan sebab ramai lagi manusia yang tidak ada kaki atau cacat kakinya hingga tidak dapat berjalan dengan sempurna. Jadi begitulah kita ini kena menjaga hati supaya jangan timbul secubit rasa riak, ujub dan sombong. Semua milik Allah. Kita sekadar di beri pinjam segala nikmat ini oleh Allah SWT pemilik segalanya.

Maka pada raya ini perbetulkanlah niat untuk ziarah menziarah mengerat siratul rahim dengan ikhlas kerana Allah. Bukan dengan niat nak menunjuk kereta baru, MPV besar, rumah besar atau kemewahan yang lain. Kerana semua itu nikmat yang Allah pinjamkan seketika cuma. Jaga akhlak dan tutur kata. Tiada kebaikan dalam maksiat, kesombongan, keangkuhan atau niat nak menunjuk-nunjuk.

Bagi yang kurang berada usah rendah diri. Yang penting ikhlas meraikan kemenangan sebulan kita menjalani ibadah di bulan Ramadan. Apa guna berbangga diri atau menjuk-nunjuk jika segala ibadah kita di bulan Ramadan sekadar sia2 tanpa ada nilaian di sisi Allah. Teruskan amal baik sepanjang bulan Syawal ini.

Dalam perjalanan pulang ke KL, setibanya berdekatan bandar Machang sekali lagi Allah timpakan ujian yang mampu saya menanggungnya. Tidak terlintas di fikiran saya ia boleh berlaku tapi ia telah berlaku. Bonet depan kereta saya yang kemek itu telah terbuka dan terlipat membantai cermin kereta. Pada masa itu keadaan trafik jem dan pergerakan tidak laju, mungkin sekitar 40km sejam. Cermin saya crack habis tapi Alhamdulillah tidak berkecai. Mungkin asbab teknologi double layer.

Cuba bayangkan kalau tika itu saya sedang memandu pada kelajuan tinggi 110 km sejam, mungkin sesuatu yang lebih buruk bisa terjadi seperti terbabas ke dalam parit. Jadi Alhamdulillah saya menyusur keluar dan parking kereta saya di sebelah sebuah pondok rehat. Apa yang bermain di fikiran saya ialah bagaimana untuk menempuhi perjalanan yang melebihi 400km lagi ini.

Setelah solat jamak di masjid Machang, saya pun mencari bengkel kereta. Ada satu yang buka namun pemiliknya memberi reaksi yang agak negetif dan hanya boleh menyiapkan pada hari berikutnya. Ada seorang posmen yang kebetulan berada di bengkel itu untuk membaiki keretanya memberi pendapat bahawa cermin yang crack itu tidak akan berkecai kerana di sokong oleh lapisan 'double layer'. Dia agak konfiden saya boleh meneruskan perjalanan hingga ke KL.

Ia telah memberi semangat baru kepada saya. Saya masih menyusur jalan Machang-P.Puteh untuk mencari bengkel lain namun keseluruhannya masih tutup cuti raya. Akhirnya saya mencari tali dan mengikat bonet depan supaya tidak terbukak dan terpelanting memecahkan cermin depan tika dalam perjalan yang jauh nanti. Satu lagi cabaran ialah mungkin wiper tidak dapat digunakan kerana di khuatiri boleh memburaikan cermin yang sudah retak seribu itu. Kalau hari hujan saya kena cepat2 cari tempat berhenti.

Alhamdulillah satu ujian yang hebat. Mujahadah sepanjang perjalananan. Namun akhirnya saya sekeluarga selamat sampai ke destinasi. Cermin depan sudah saya tukar di sebuah kedai cermin di Batu 16, Rawang dengan harga patut. Kerusakan bonet itu saya akan survey cari bengkel yang sesuai berdekatan ofis saya di Keramat nanti.

Ya Allah, aku mohon engkau terimalah segala amal ibadahku di bulan Ramadan yang lalu. Ampunkan segala dosaku. Kurniakan rahmat-Mu. Bebaskan aku dari azab api Neraka-Mu dan redhakan aku untuk mendapat nikmat Syurga-Mu. 

Ya Allah, istiqamahkan aku melakukan amal soleh di sepanjang bulan Syawal ini. Pilihlah aku untuk menjadi tetamu di Rumah-Mu, duduk di majlis ilmu-Mu. Berikan aku kekuatan untuk mengamalkan ilmu yang aku dapat itu, dan berikan akau kemampuan untuk menyebarluaskan ilmu yang aku dapat itu untuk kebaikan dan manfaat umat seluruhnya.

02 June 2014

GALI ILMU SEBELUM KUBUR DIGALI !


KUBUR MENANTI 

Jika aku ini di timpa pelbagai penyakit, maka bila tiba mati ku aku tidak bawa sakit itu bersamaku. Seteruk mana pun sakit, bila mati sudah tiada sakit itu. Mati kita tidak bawak sakit. Mati kita bawa pahala bawa dosa. 

Orang berharta akan ditanya, "Apa kamu buat dengan harta itu?" Sebelum mati, Allah bagi harta maka infaq lah ke jalan Allah, baru ada keberkatan dan manfaatnya. Allah bagi kesihatan, maka gunalah kesihatan yang baik itu untuk banyak khidmat di jalan Agama, barulah ada keberkatan dalam nikmat kesihatan yang Allah bagi pinjam itu.

Para sahabat dulu pergi berperang niat tidak mahu pulang, azam mati syahid. Nampak balasan syurga di depan mata. Di dunia bertanam-tanaman, di Akhirat petik buahnya. Kita kena duduk dalam jemaah untuk menjana kekuatan dan tidak mudah tunduk pada godaan dan tipu helah syaitan. 

Anas Bin Malik khadam Nabi, namun berkat tarbiyah Nabi dia akhirnya menjadi seorang ulama' yang alim. Allah telah memilih kita jadi orang baik, maka bersyukurlah dengan sebenar-benar syukur. Ramai orang di luar sana yang tidak dipilih Allah jadi orang baik. Kita di pilih untuk menjadi tetamu-Nya di Rumah-Nya (Masjid) sedangkan ramai yang tidak terpilih walaupun rumah mereka di tepi pagar Masjid.

Ramai orang yang tiada kenderaan atau tidak berumah besar atau duduk jauh dari masjid tapi di pilih Allah untuk menjadi tetamu-Nya. Sedangkan ramai orang yang diberi rezki yang banyak, segala kemudahan seperti kereta mewah, rumah banglo atau rumah dekat dengan masjid tapi di hijab untuk nampak masjid walaupun masjid tersergam di depan mata, di beratkan kaki untuk melangkah masuk di pintu masjid. 

Singgah ke masjid sekadar untuk kencing atau berak. Time air kena catu ni, datang masjid nak tumpang mandi. Lepas tu tak nampak batang hidung. Tengok2 kena paksa mari bila orang usung dia ke masjid untuk dimandikan. Inna Lillah.

Rezki itu milik Allah. Allah telah tentukan maka yakinlah. Taqwa kepada Allah akan menjadi asbab kurniaan rezki daripada Allah. Yakinlah. Bukan kerja part time atau overtime. 

Tidak guna kerja part time atau overtime itu jika solat tidak di jaga, jika solat di hujung waktu, atau lebih parah lagi jika di qado solat atau langsung tidak solat akibat duduk sibuk bekerja fulltime, part time atau overtime tadi. 

Fulltime lah dalam Taqwa. Taqwa menjamin kejayaan hidup di Akhirat, apatah lagi hidup di dunia. Hanya Taqwa yang ada nilaiannya di sisi Allah.

Taqwa ialah menurut segala perintah Allah. Perintah Allah ada dua. Satu, buat apa yang Allah suruh. Dua, tinggal apa yang Allah larang. 

Dengan taqwa martabat dan darjat kamu menjadi begitu tinggi dan hebat pada piawiaan dan standard Allah. Bukan kekayaan, pangkat, kecantekan, kekuaasaan atau jawatan yang menjadi ukuran Allah.

Seorang sahabat dari Kedah berkata, "Orang Selangor kalau jahil lagi berdosa besar dia. Sebab majlis ilmu kat Selangor ni bersepah, ada di merata tempat." Betul jugak tu. 

Saya tengok di Masjid as-Salam sahaja sudah ada sekurang-kurangnya 42 majlis ilmu setiap bulan iaitu 30 kuliah maghrib, 4 tazkirah jumaat, dan 8 kuliah subuh. Di khariah masjid as-Salam ini pula ada 27 surau. 

Setiap surau jika kita ambil purata 10 majlis ilmu, maka sudah ada 270 majlis ilmu setiap bulan. Maknanya di daerah ini saja ada tidak kurang daripada 312 majlis ilmu setiap bulan yang disampaikan oleh para asatizah dan ustaz yang berbeza dengan segala disiplin ilmu agama serta latarbelakang dan cara penyampaian yang pelbagai. Jahil lagikah kamu?

Tepuk dada tanya iman. Saya balik kampung tempoh hari. Masjid kampung saya ini dikunjungi oleh Ustaz Azhar Idrus hampir setiap bulan. Bila saya tanya, "Pakcik tak gi dengar ke Ustaz Azhar Idrus?" Dia selamba je jawab, "Tak pergi." Sedangkan seluruh Malaysia meraikan tokoh dakwah hebat ini. Itu antara contoh betapa masjid di depan mata tidak kelihatan walaupun rumah di depan masjid. Allah tidak memilih dia untuk ke rumah-Nya.

Jangan sampai kita di hijab Allah daripada melakukan amal ibadah sekadar baki sisa usia umur kita yang tidak seberapa ini. "Ya Allah berkatilah sisa usia aku ini. Pilihlah aku untuk berada di rumah-Mu mengerjakan solat fardu berjemaah, duduk di majlis2 ilmu, faham ilmu yang aku dapat itu. Berikan aku kekuatan untuk amalkan ilmu itu dan sebarkan untuk kebaikan seluruh umat."

Insaflah, kubur menanti. Kubur tidak pernah lupakan kita. Kubur setia menanti hari demi hari, bulan demi bulan. Dua tiga hari lepas selepas solat Isyak di Masjid, para jemaah mula beredar untuk pulang ke rumah. Tiba2 van jenazah daripada Hospital Sg Buluh tiba. Bilal pun war-warkan di speaker, "Tuan2 mohon tunggu sebentar. Kita ada satu tugasan lagi. Ada jenazah baru tiba untuk kita semua solatkan. Mohon Tuan2 masuk ke dewan solat."  Jam menunjukkan pukul 10:30 mlm.

Abu Jandal dan pasukan penggali kuburnya sudah bersedia di kuburan. Baru tadi sebelum Isyak saya lihat dia di tempat parking. "Kubur dah kali ke?" Saya bertanya seorang rakan jemaah. "Pak Abu petik jari je, kubur siap punya." Tu dia mujahadah Pak Abu Jandal dan team penggali kuburnya. 

Kubur kawasan ini sudah di gali dengan lori jentolak dan di timbus semula untuk menunggu penghuninya. Jadi team penggali kubur setiap kali di beritahu ada kematian akan lebih mudah untuk menggali semula lubang kubur kerana tanah yang sudah agak gembur.

Kubur setia menanti. Mungkin esok lusa batang tubuh saya atau saudara yang menjadi penghuninya. Mati itu terpisah ruh dan jasad dan menjadi permulaan sebuah kehidupan baru di sebuah alam yang baru. Alam kubur atau alam barzakh. 

Tugas kita ialah mencari bekalan sebnayak mungkin untuk bekalan hidup yang selesa selepas mati nanti. Jadikan segala usha dan kerja kita di dunia ini selagi hayat di kandung badan, selagi ada nafas yang keluar masuk, sementara jantung dan nadi masih berdenyut ini maka hendaklah ada Akhirat sebagai matlamatnya. 

Usah cari untung cepat yang nampak di dunia semata. Carilah untung yang lebih kekal abadi iaitu untung yang ada nilaiannya di Akhirat sana. Tukarkan segala kudrat dan harta yang ada untuk menjadi matawang Akhirat iaitu pahala. Kubur setia menanti. Kubur boleh menjadi lubang2 neraka penuh sengsara atau lubang2 taman syurga yang penuh selesa dan bahagia. 

Pilihan masih ada. Mengejar dunia tanpa hirau Akhirat. Atau menjadi orang yang bijaksana dengan terus menerus berkira-kira nasib atau kesudahan Akhirat nanti, bahagia atau sengsara kah aku? Sesungguhnya seseorang yang sentiasa mengingati mati adalah yang paling bijak antara kita semua. Kubur terus setia menanti. Yakinlah.

2 Komen terbaik :

Al-Manar komen...
Dalam pandangan saya memang sudah lebih dari mencukupi bilangan pensyarah dan syarahan yang diadakan setiap minggu. Yang tidak memuaskan ia lah bilangan yang hadhir. Kalaulah bilangan mereka terlampau kecil ada baiknya disatukan kalau ada dua atau lebih syarahan yang serentak. Bila terlampau banyak bilangan syarahan di masjid dan surau orang sekampung berpecah- tidak lagi menepati kehandak ugama yang kita bersatu.

Selain dari syarahan disurau dan masjid banyak pula syarahan yang baik setiap hari di TV dan radio. Saya berharap janganlah pensyarah berlomba lomba menjadi juara dan mencari kemashuran. Apatah lagi kalau ada pula disebalik itu imbuhan yang lumayan. Ini andaian saya sahaja yang saya harap tidak berlaku.
School Of Tots  komen ....
TQ Al Manar.
1. Hukum menuntut ilmu adalah wajib. Imam Shafi'i R.A. berkata, "Menuntut ilmu itu lebih utama dari solat sunat." Usah gusar banyaknya majlis ilmu yang bercanbah dan bertaburan. Yang kita risau kat kampung2 yg majlis ilmunya jarang2 dan tidak mendapat sambutan. Maka umat kekal jahil.
2. Namun kemanisan menuntut ilmu itu hanya akan lahir dari iltizam yg jelas dan hati yg ikhlas. Ia tidak boleh di paksa2. Bila sudah jatuh cinta hati meronta-ronta intuk hadir ke majlis ilmu. Terasa kehilangan yg besar bila tidak bertemu dengan nya.
3. Begitu juga para daei dan asatizah penyampai ilmu, mestilah nawaitu kerana Allah dengan hati tulus ikhlas, barulah ada ruh dalam penyampaian, dan mendatangkan manfaat hendaknya. Segala imbuhan atau saguhati duniawi adalah bonus drp Allah.

22 August 2013

BILA 'ABU JANDAL' BERSUARA ,SELALUNYA ADA MAKNA !

  Aku Rindu Suasana Ini Yang Di Rakam 
Pada Malam 27 Ramadan Yang Lalu
Di Masjid as-Salam



Masjid Terbuka.

Abu Jandal penggali kubur bersuara tika para jemaah mula membentuk saf untuk solat asar di Masjid as-Salam pada petang 10 Syawal itu.  Suara Abu Jandal yang parau dan serak-serak basah itu mengundang perhatian semua orang di dewan solat itu.

Katanya, “Pihak Masjid akan mengadakan majlis Masjid Terbuka. Tarikhnya ialah pada sepanjang bulan Syawal yang berbaki ini. Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir. Ia berbeza daripada majlis Rumah Terbuka yang kedapatan pada sepanjang bulan Syawal kerana juadahnya agak berbeza. Tiada juadah rendang, lemang, ketupat, satay, lontong, soto, beryani gam, atau mee kari boleh kita temui. Juadah utamanya ialah makanan ruhani. Antara makanan ruhani yang disediakan ialah iktiqaf Masjid, azan dan iqamah, solat2 fardu berjemaah, solat2 sunat, pengajian Qur’an, sebaran salam, majlis2 ilmu, zikir, selawat dan doa. Jemputlah ramai2 ke majlis Masjid Terbuka ini. Makanlah hingga kenyang. Ia bermula seawal sebelum subuh setiap pagi dan berakhir selepas solat sunat rawatib selepas Isyak setiap malam. Kehadiran para muslimin dan muslimat sekelian bakal mengundang rahmat Allah. Semoga kita semua akan memperoleh hidayah, keampunan, dan redha Allah.” 

Saya yang tika itu berada selang beberapa jemaah di kanan Abu Jandal termenung sejenak. Mulanya rasa agak terganggu dengan penyataan daripada Abu Jandal tadi, apatah lagi tika para jemaah tengah fokus membentuk saf untuk mendirikan solat bagi mengadap Yang Esa. 
Namun setelah berfikir sekejap saya rasa ada benar dan asli pelawaan daripada Abu Jandal itu. Dalam kita duduk sibuk memenuhi undangan Rumah Terbuka di sana sini hingga acap pula terlepas untuk sama-sama berjemaah solat fardu di Masjid, tidak terfikir langsung kita yang lemah ini fasal memenuhi undangan Masjid Terbuka. 
Terima kasih Abu Jandal kerana berkata yang hak dengan jemputan terbuka tanpa kad ini. Ayuh kita raikan kemenangan amal soleh Ramadan yang lalu di Syawal ini dengan berkunjung ke Masjid Terbuka di seluruh Negara. 

PERINGATAN BAGI LELAKI !

Mengikut Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995
"Mana-mana lelaki yang baligh yang tidak menunaikan Sembahyang Jumaat

tanpa apa-apa keuzuran syarie yang boleh didakwa dibawah Seksyen 20,

Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995, sekiranya disabit

kesalahan boleh di denda tidak lebih RM1,000 ATAU dipenjarakan selama

tempoh tidak melebihi enam (6) bulan ATAU kedua-duanya sekali."