RAKAN BLOG MASJID

Showing posts with label ihsan Wartasubhi. Show all posts
Showing posts with label ihsan Wartasubhi. Show all posts

06 April 2011

MASJID PUN KENA PASANG CCTV & ALARM !


Masjid Subang Permai sering kena curi. Habis berpuluh ribu sudah barang serta kelengkapan masjid jadi mangsa kecurian. Pihak ajk masjid buat keputusan untuk pasang cctv dan pasang alarm sistem bagi mengatasi masalah tersebut.

Tindakan pihak masjid membuahkan hasil apabila satu cubaan mencuri barang dalam masjid kantoi. Pencuri yang selamba macam tak berdosa masuk ke dalam masjid waktu malam. Dia tak tahu yang masjid dah pasang cctv dan juga sistem alarm.

Dengan melenggang, dia masuk dan menuju ke bilik PA mungkin nak survey apa yang boleh dibedal. Sampai saja kat situ alarm berbunyi dengan kuat. Apa lagi sang pencuri tergamam, terkujat dan tak tentu arah.

Pintu yang mudah di buka dari dalam tak dapat di bukanya, lalu membuat satu loncatan akrobatik memanjat ke tingkat atas kemudiannya turun semula melalui tangga dan cabut lari keluar dari masjid.

PERINGATAN BAGI LELAKI !

Mengikut Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995
"Mana-mana lelaki yang baligh yang tidak menunaikan Sembahyang Jumaat

tanpa apa-apa keuzuran syarie yang boleh didakwa dibawah Seksyen 20,

Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995, sekiranya disabit

kesalahan boleh di denda tidak lebih RM1,000 ATAU dipenjarakan selama

tempoh tidak melebihi enam (6) bulan ATAU kedua-duanya sekali."