RAKAN BLOG MASJID

07 March 2010

KASIHILAH ANAK-ANAK YATIM

Bismillahir Rahmanir Rahim
Sebuah kisah kehidupan yang baru ana alami. Ketika ana mengunjungi sebuah bank di pusat bandar kamunting, terlihat sekumpulan anak yatim yang berlegar-legar di hadapan bank membawa beberapa barangan untuk dijual. Betapa sedihnya ana melihat mereka kerana mereka terdiri daripada kanak-kanak yang seharusnya menumpukan pelajaran di sekolah. Namun apa yang ingin ana tekankan di sini bukanlah mengenai apa dan sepatutnya mereka tumpukan pada usia sebegitu tetapi sikap orang kita terhadap mereka yang amat ana kesalkan.

Kemanakah hilangnya sifat kasih kita kepada anak-anak yatim sehinggakan mereka dihina dan dicerca. Andai tidak dapat membantu usahlah ditambah dengan sikap kasar. Sesungguhnya Rasulullah SAW amat mengasihi anak-anak yatim. Siapalah kita ini untuk menggelar anak-anak yatim dengan pelbagai panggilan yang menyakitkan hati. Adakah kita merasakan diri kita begitu mulia sehingga sanggup mengguris hati insan-insan yang sudah kehilangan ibu dan ayah ini. Tidak takutkah kita akan balasan Allah SWT kepada kita atas penghinaan yang kita lemparkan kepada insan-insan ini. Andai kita tidak mahu membantu ataupun tidak mampu,sekurang-kurangnya doakanlah kesejahteraan mereka.

Dimanakah umat Islam yang prihatin? Kita sanggup berbelanja ratusan ringgit sebulan untuk hiburan tetapi mengapa untuk membantu anak-anak ini begitu sukar sekali kita melakukannya. Ketahuilah andai semua umat Islam di bumi Malaysia ini bersatu dengan memberi sumbangan sebanyak RM1 setiap bulan ianya sudah cukup untuk menampung semua rumah anak-anak yatim ini selama setahun.

Mengapa kita tidak pernah berfikir jika suatu hari anak-anak kita menjadi yatim setelah ketiadaan kita,apakah perasaan kita andai insan lain menghina mereka sepertimana kita lakukan sekarang. Ingatlah bahawa doa anak-anak yatim amat dimakbulkan oleh Allah SWT. Bantulah semampu yang mungkin kerana tidak mustahil suatu hari anak-anak ini menjadi pembantu kita di akhirat kelak di saat kita berhadapan dengan Maha Esa untuk dihisab segala amalan kita di dunia. Renungkanlah...

1 comment:

  1. salam ziarah,terima kasih berkongsi pengalaman ana di laman ini,http;//penailmi.blogspot.com

    ReplyDelete

PERINGATAN BAGI LELAKI !

Mengikut Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995
"Mana-mana lelaki yang baligh yang tidak menunaikan Sembahyang Jumaat

tanpa apa-apa keuzuran syarie yang boleh didakwa dibawah Seksyen 20,

Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995, sekiranya disabit

kesalahan boleh di denda tidak lebih RM1,000 ATAU dipenjarakan selama

tempoh tidak melebihi enam (6) bulan ATAU kedua-duanya sekali."