RAKAN BLOG MASJID

11 January 2011

KEMANTAPAN IMAN MUSLIMAH MASJID AS-SALAM PUCHONG



Seminar Kewanitaan Masjid As-Salam Puchong Perdana

SEMINAR KEWANITAAN - PEMANTAPAN IMAN MUSLIMAH
Seminar ini merupakan Program yang julung-julung kalinya diadakan di Masjid As Salam Puchong Perdana.
Melihat kepada senario semasa paparan media elektronik dan cetak serta aduan-aduan jiran tetangga, wanita pada masa kini di asak dan digasak dengan pelbagai sudut ancaman kehidupan yang akhirnya memberi tekanan demi tekanan kepada wanita itu sendiri untuk meneruskan kehidupan.
Dengan itu, Biro Muslimah Masjid As-Salam Puchong Perdana dengan kerjasama Biro Pendidikan JKP Zon 13 MPSJ akan menganjurkan Seminar Kewanitaan - "Pemantapan Iman Muslimah" untuk membawa semua wanita melihat dan memahami bahawa Islam adalah agama yang adil dan menjadi penyelamat untuk semua umatnya.
Seminar ini membentangkan hak-hak wanita seperti yang sudah termaktub dalam undang-undang Islam. Dan sudah semestinya juga kupasan berkaitan pemantapan iman menjadi satu keperluan semua wanita untuk dihayati dan diimplimentasikan di dalam meneruskan kehidupan.
Seminar ini menfokuskan kepada 2 objektif iaitu:
1. Membentangkan dan menjelaskan hak-hak wanita yang ada di dalam perundangan Islam. Hak-hak yang meletakkan wanita ditempat yang mulia di dalam Islam dan hak-hak pembelaan wanita. 2. Memperkasakan iman untuk dijadikan benteng pertahanan atas setiap ujian-ujian yang Allah berikan dalam meneruskan kehidupan.
Semoga seminar ini dapat memberi sedikit ruang ilmu yang bermanfaat untuk semua wanita dan mendapat keberkatan Allah.

1 comment:

  1. dosa dan pahala berlumba-lumba memenuhi setiap muka surat catatan diari kehidupan kita sepanjang masa, tanpa henti. Ada yang rugi, ada pula yang untung dalam perniagaan akhiratnya. Yang rugi hanyalah mereka yang tidak tahu bersyukur dengan nikmat dipanjangkan umur.
    Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Bersegeralah kamu melakukan amal kebaikan sebelum menemui tujuh perkara yang kamu tidak nantikan datangnya iaitu kefakiran yang melalaikan, kekayaan yang menyebabkan kamu zalim, sakit yang merosakkan badan, tua yang menggagapkan percakapan, mati yang melenyapkan segala sesuatu, atau tibanya dajjal atau datangnya kiamat yang lebih dahsyat dan lebih pahit dugaannya.� (Hadis riwayat Imam al-Tirmizi)
    syabas kpd biro muslimah...

    ReplyDelete

PERINGATAN BAGI LELAKI !

Mengikut Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995
"Mana-mana lelaki yang baligh yang tidak menunaikan Sembahyang Jumaat

tanpa apa-apa keuzuran syarie yang boleh didakwa dibawah Seksyen 20,

Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995, sekiranya disabit

kesalahan boleh di denda tidak lebih RM1,000 ATAU dipenjarakan selama

tempoh tidak melebihi enam (6) bulan ATAU kedua-duanya sekali."