RAKAN BLOG MASJID

27 September 2011

MAJLIS RAMAH MESRA BERSAMA SAUDARA SEISLAM BARU DI ASSALAM


Dari kiri : Dr Azhar Jailani Pengarah Hidayah Center Ikram, Tn Hj. Zakaria dan Ustaz Hamizi (Imam I )
Semalam 27 September lepas Isyak , Cikgu Kamarulzaman ajk Masjid telah berusaha meraikan dan merapatkan silatulrahim keluarga ajk Masjid dengan saudara baru yang masih baru memeluk Islam di sekirat Bukit Beruntung/Bukit Sentosa terutama yang mengikuti kelas mendalami Islam di Masjid Assalam pada setiap Khamis lepas Isyak.

Ahli Majlis Sdr Sazali Norsaham dan Penolong Pendaftar Nikah Ustaz Nor Azmi juga sudi hadir meraikan majlis tersebut.

Cikgu Kamarulzaman sangat ceria mengendalikan majlis serta mempengerusikan majlis tersebut.

Anak-anak lelaki saudara baru Islam ini kelihatan gembira dengan suasana menganut agama Islam yang satu-satu diiktirah oleh Allah s.w.t


Muslimat yang merupakan isteri dan anak saudara baru seIslam turut hadir merapatkan ukhuwah dan berkenal-kenalan dengan isteri dan anak Muslimat ajk Masjid yang hadir.

Lagi kelihatan saudara baru.

Anak-anak saudara seIslam kita juga dijemput hadir bagi memeriahkan suasana dan menggambarkan tiada jurang yang jauh di antara yang Islam dan yang baru masuk Islam.

Antara Saudara baru yang hadir bersama.

Tuan Nazir Masjid Assalam Ustaz Abu Bakar Yang sempat memberikan ucapan dan pesanan serta merasmikan majlis tersebut.

Dr Azhar sdang memberikan ucapan dan nasihat terutamanya kepada saudara se Islam baru yang diraikan dan bagaimana pergaulan orang yang sudah Islam dengan saudara baru serta kehidupan bermasyarakat dengan pelbagai jiran yang beragama lain.

Alhamdulillah majlis ini juga dihadiri ahli kariah, ahli korporat , NGO dan wakil penduduk sekitar.

No comments:

Post a Comment

PERINGATAN BAGI LELAKI !

Mengikut Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995
"Mana-mana lelaki yang baligh yang tidak menunaikan Sembahyang Jumaat

tanpa apa-apa keuzuran syarie yang boleh didakwa dibawah Seksyen 20,

Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995, sekiranya disabit

kesalahan boleh di denda tidak lebih RM1,000 ATAU dipenjarakan selama

tempoh tidak melebihi enam (6) bulan ATAU kedua-duanya sekali."