RAKAN BLOG MASJID

15 September 2011

MESYUARAT MASJID ASSALAM DAN SURAU-SURAU DI AR-RAUDAH TUNJUK UKHUWAH MANTAP


Kali ini Mesyuarat Ajk Masjid AsSalam Bukit Sentosa bersama 28 buah surau amat bermakna dimana tuan rumah adalah Surau Ar-Raudah Taman Widuri , Bukit Beruntung 3.

Alhamdulillah, hasil dari sokongan padu kariah dan penduduk di Bukit Sentosa dan Bukit Beruntung maka sumbangan pada masjid amat melegakan sehingga Masjid dapat menyumbang semula kepada setiap surau sekali setahun sebanyak RM200-RM300 untuk menokok tambah aktiviti surau pada masyarakat Islam.

Mesyuarat kali ini menumpukan program Majlis Mesra Eidulfitri Masjid AsSalam pada Ahad 18 September 2011 ini.

Agenda yang masih hangat dan belum dapat penyelesaian ialah permohonan Masjid bersama surau bagi mendapatkan tambahan pegawai BADAR dan wakil Pegawai yang ada kad kuasa mengikut zon bagi mengawal kegiatan tidak bermoral serta maksiat yang terlalu banyak dalam kawasan perumahan yang amat luas. Tak manasabah kita ada seorang sahaja pegawai BADAR setakat ini.





No comments:

Post a Comment

PERINGATAN BAGI LELAKI !

Mengikut Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995
"Mana-mana lelaki yang baligh yang tidak menunaikan Sembahyang Jumaat

tanpa apa-apa keuzuran syarie yang boleh didakwa dibawah Seksyen 20,

Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995, sekiranya disabit

kesalahan boleh di denda tidak lebih RM1,000 ATAU dipenjarakan selama

tempoh tidak melebihi enam (6) bulan ATAU kedua-duanya sekali."