RAKAN BLOG MASJID

05 January 2012

MASJID ASSALAM DAPAT KPI LIMA BINTANG


Tahniah pada ahli kariah , penduduk sekitar , ahli dan ajk serta pegawai masjid terutamanya Tn Nazir atas kerjasama semua.

Inilah sijil KPI 5 bintang tersebut.

Pada jam 12 tengahari 5 Januari, 8 orang pegawai JAIS telah datang melawat dan membuat penilaian terhadap Masjid As-Salam Bukit Sentosa.

Alhamdulillah , rombongan JAIS telah disambut oleh pegawai/ajk masjid antaranya S/U Masjid Tn Hj Ramley Mey, Bendahari Tn Hj Syed, Imam II Ustaz Halim, Siak 1 Sdr Mohamad Redzuan , Pemeriksa Kira-Kira 2 Sdr Shaari dan Penolong Daftar Nikah Ustaz Nor Azmi.


1 comment:

  1. Tahniah kepada Tn Nazir & seluruh AJK Masjid As-Salam atas anugerah yg amat membanggakan ini. Segala puji bagi Allah. Khabarnya kita dapat no.2 seluruh Selangor hanya dipintas no.1 oleh Masjid Negeri Shah Alam.

    Antara faktor yg membantu ialah:
    1. Majlis Ilmu Setiap Hari
    2. Pengurusan yg baik & friendly
    3. Cakna perihal hal ehwal masyarakat
    4. Ruang dan laman masjid yg santai dan bersih.

    Namun banyak lagi yg boleh di perbaiki. Yang penting ikhlas kepada Allah, tanpa mengharap sanjungan drpd sesama makhluk walaupun ungkapan 'terima kasih'.

    Sesuai dgn tahap masjid '5 bintang' saya mohon Tn Nazir ushakan untuk menjemput Penceramah No.1 Negara iaitu Ust Azhar Idrus untuk memberi Kuliah Maghrib di Masjid kita pada tahun ini. InsyaAllah Allah permudahkan.

    Takbir !!

    ReplyDelete

PERINGATAN BAGI LELAKI !

Mengikut Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995
"Mana-mana lelaki yang baligh yang tidak menunaikan Sembahyang Jumaat

tanpa apa-apa keuzuran syarie yang boleh didakwa dibawah Seksyen 20,

Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995, sekiranya disabit

kesalahan boleh di denda tidak lebih RM1,000 ATAU dipenjarakan selama

tempoh tidak melebihi enam (6) bulan ATAU kedua-duanya sekali."