RAKAN BLOG MASJID

12 April 2012

ALHAMDULILLAH ! SEMOGA AJK LANTIKAN BARU AKAN BERI KHIDMAT LEBIH BAIK

Alhamdulillah di Masjid As Salam semalam di adakan mesyuarat khas pemilihan AJK dan Pegawai Masjid bagi sessi 2012/2015. Sebelum itu ramai yang agak gusar juga apabila dikhabarkan ada pihak2 tertentu yang akan menyerang hendap untuk mengambil alih pentadbiran masjid. Yang digusarkan ialah pengimarahan masjid yang mungkin terbantut sekiranya kelompok yang mengambil alih nanti bukan dari kalangan orang2 bertaqwa yang cintakan masjid. Saya dan isteri hadir sebagai pemerhati. Terkejut juga melihat begitu ramai ahli khariah yang hadir. Tempat parking kereta penuh semuanya. Dalam ruang solat masjid tempat berlangsungnya mesyuarat juga penuh. Saya hadir bertepatan dengan pencalonan untuk pemilihan jawatan utama iaitu Nazir Masjid. Alhamdulillah pencalonan yang diketengahkan adalah calon2 yang berwibawa belaka, dan terdiri dari kalangan muka2 regular di Masjid ini. Setelah pengundian di jalankan maka tiga nama yang mendapat undi tertinggi akan diajukan kepada pihak JAIS/MAIS untuk terpilih memenuhi jawatan Nazir. Calon yang mendapat undi terbanyak ialah Ust Wan yang memang dikenali sebagai tokoh lama di kawasan ini yang mesra, sederhana, dan banyak baktinya kepada masyarakat. Semoga Ust Wan akan di sahkan sebagai Nazir yang dilantik, insyaAllah. Jawatan Timbalan Nazir di menangi oleh calon tunggal iaitu Ust Hazri, Alhamdulillah. Saya lupa siapa dimanahkan untuk jawatan Setiausaha. Jawatan Bendahari pula disandang oleh Wan Bazli seorang akauntan beratuliah dan ahli masjid dari Perodua, Alhamdulillah. Jawatan Iman-1 disandang oleh Ust Hj Muhammad Firdaus dan Iman-2 pula oleh Ust Hakim. Manakala Bilal-1 oleh bilal tersohor Noor Kamli Hajat dan Bilal-2 oleh orang lama Hj Kamarudin. Jawatan siak di amanahkan kepada dua siak asal iaitu Mohamed Redzuan dan Mohd Jasri. “Jawatan penggali kubur kekal kepada Abu Jandal secara sebulat suara walaupun tidak dipertandingkan,” kata pengerusi majlis. Pengerusi majlis ialah moderator yang tidak asing lagi iaitu bekas Nazir Ust Abu Bakar yang tidak bertanding kali ini kerana khabarnya tidak lagi bertugas di IKIM tetapi telah berpindah ke MAIS. Beliau telah berjaya mengendalikan perjalanan mesyuarat kali ini dengan lancar dan santai. Jawatan AJK masjid pula di pilih dari kalangan orang2 muda yang berstamina dan para Ustaz yang berilmu, Alhamdulillah. Wakil Muslimat kekal buat Hjh Siti Dzauyah dan Wakil Pemuda saya tak ingat. Semoga barisan kepimpinan baru ini bisa menggerak perubahan yang lebih mencabar dan membina ke arah pemantapan aktiviti dan peranan masjid di kalangan masyarakat setempat khasnya dan seluruh daerah Hulu Selangor dan negeri Selangor ini amnya. Walaupun prestasi barisan AJK dulu sangat tinggi sehingga dinobatkan sebagai Masjid Ke-2 terbaik di Selangor selepas Masjid Negeri Shah Alam, namun masih banyak lagi ruang untuk penambahbaikan, insyaAllah. Kita merancang dan Allah juga merancang. Sesungguhnya perancangan Allah itu lebih Hebat. Saya amat berpuas hati dengan calon2 yang diketengahkan dan terpilih. Harapan saya dan mungkin ramai lagi ahli khariah ialah supaya mereka yang terpilih untuk memegang amanah mentadbir ini dapat memasang niat ikhlas kerana Allah dalam setiap perlakuan. Sesungguhnya ujian jawatan dan pangkat ini adalah antara ujian yang berat sebenarnya. Ramai yang kecundang di tengah jalan. Bukankah kita selalu melihat ada dikalangan yang digugurkan dari jawatan atau tidak lagi terpilih sebagai AJK dan sebagainya akan menyepi dan manjauhkan diri dari Masjid sedangkan sebelum itu mukanya dapat dilihat setiap masa di Masjid. Maka perbetulkan balik niat. Apakah aku ke Masjid ini kerana jawatan itu? Atau apakah aku ke Masjid ini kerana Allah? Posted by School Of Tots at 9:44 AM Admin Assalam berterima kasih dan mengalu-alukan tulisan dan komen tentang aktiviti Masjid AsSalam . Semoga Allah jua yang dapat membalas.

No comments:

Post a Comment

PERINGATAN BAGI LELAKI !

Mengikut Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995
"Mana-mana lelaki yang baligh yang tidak menunaikan Sembahyang Jumaat

tanpa apa-apa keuzuran syarie yang boleh didakwa dibawah Seksyen 20,

Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995, sekiranya disabit

kesalahan boleh di denda tidak lebih RM1,000 ATAU dipenjarakan selama

tempoh tidak melebihi enam (6) bulan ATAU kedua-duanya sekali."