RAKAN BLOG MASJID

01 October 2012

DR ZAKIR "WALKING COMPUTER" DAN "DEEDAT PLUS"

Pada 7 Okt 2012 ini, Dr Zakir akan mengadakan Public Talk di PWTC. Ramai2lah mendaftar dan jangan lepaskan peluang kekemasan ini. Untuk pengetahuan semua, kunjungan Dr Zakir kali ini adalah yang pertama selepas 11 tahun yang lalu. Maka tidak tahu bilakah Dr Zakir berpeluang menjejaki kakinya ke Negara ini lagi. Kemasukan adalah percuma dan berdasarkan siapa cepat dia dapat tetapi anda perlu mendaftar di sini –>> http://drzakirnaikmalaysiantour2012.eventbrite.com/ dahulu. Beliau berkelulusan Doktor Perubatan adalah seorang pendakwah bebas yang mendapat gelaran ‘walking Computer’ kerana ingatan beliau yang luar biasa, beliau juga digelar ‘Deedat Plus’ kerana kebolehan beliau berhujah mengenai Islam dan Kristian sebagaimana Ahmad Deedat, tetapi Dr. Zakir Naik memiliki lebih banyak kelebihan lagi. Di dalam perdebatan, beliau secara bersahaja memetik kandungan Al-Quran, Hadith, Bible, Kitab2 Hindu dan Budha serta buku dan kajian terkini sains dan teknologi. Semuanya beliau lakukan melalui ingatan luarbiasa beliau tanpa merujuk kepada sebarang teks. Tajuk Public Talk Dr Zakir malam tadi ialah Universal Brotherhood. Antara poin penting ialah Dr Zakir mengajak seluruh penganut agama supaya mematuhi ajaran dari sumber yang asal iaitu Kitab agama masing2 untuk mencari persamaan demi mencapai hidup yang harmoni antara kaum dan agama bagi memenuhi semangat persaudaraan sejagat (Universal Brotherhood). Usah fokus kepada perbezaan tetapi kepada persamaan. Contohnya pabila Bible menyatakan bahawa Nabi Isa tidak pernah mengajak manusia menyembahnya sebagai Tuhan maka hendaklah penganut agamnya mematuhi arahan yang tercatat dalam Kitab Bible itu. Pabila Bible melarang penganutnya memakan daging babi (pork) maka janganlah di makan babi. Itulah asasnya. Pabila Bible meminta wanitanya menutup aurat maka yang peliknya hanya paderi2 wanita mereka yang mematuhi. Semua agama sebenarnya mengajak manusia menyembah Tuhan yang satu. Yang nyata penganut agama telah banyak memesongkan fakta sehingga menjadikan agama itu penuh dengan tokok tambah untuk memenuhi kepentingan sendiri dan selera hawa nafsu. Pabila Bible menyatakan hubungan kelamin hanya melalui ikatan perkahwinan maka sewajarnya budaya seks di luar nikah yang diamalkan oleh majoriti penganut mereka itu tidak patut berlaku, yang dinyatakan oleh Dr Zakir mengikut statistik purata rakyat Amerika terlibat melakukan seks dengan 8 pasangan yang berbeza sebelum berkahwin. Selanjutnya rujuk blog di bawah:- http://schooloftots.blogspot.com/2012/09/dr-zakir-naik-tour-of-malaysia-2012.html

No comments:

Post a Comment

PERINGATAN BAGI LELAKI !

Mengikut Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995
"Mana-mana lelaki yang baligh yang tidak menunaikan Sembahyang Jumaat

tanpa apa-apa keuzuran syarie yang boleh didakwa dibawah Seksyen 20,

Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995, sekiranya disabit

kesalahan boleh di denda tidak lebih RM1,000 ATAU dipenjarakan selama

tempoh tidak melebihi enam (6) bulan ATAU kedua-duanya sekali."