RAKAN BLOG MASJID

11 June 2013

MASYAALLAH HEBAT SEORANG OKU WARGA EMAS!

Fatimah Daud kudung kedua-dua tangan dan hanya mempunyai kaki kiri sejak lahir.
Tumpat: Seorang warga emas berusia 63 tahun layak digelar orang kelainan upaya (OKU) istimewa kerana walaupun kudung kedua-dua tangan dan hanya mempunyai kaki kiri sejak lahir namun dia mampu menjahit lima pasang baju kurung sehari.

Fatimah Daud yang berasal dari Kampung Sungai Pinang dekat Palekbang di sini, berkata, walaupun terpaksa menggunakan kerusi roda secara mengundur dan merangkak menaiki enam anak tangga rumahnya dia tetap gigih mencari rezeki halal tanpa mengharapkan ihsan orang lain.

“Setiap hari saya menjahit kerana inilah kebolehan yang boleh saya lakukan sejak 40 tahun lalu.
“Seingat saya, kebolehan menjahit ini tidak pernah dipelajari daripada sesiapa. Dulu saya pernah bekerja dengan seorang pemilik kedai berbangsa Cina di Pasir Mas tetapi terpaksa berhenti selepas menghadapi masalah kesihatan dan pengangkutan,” katanya.

Fatimah mengambil upah RM25 bagi sepasang baju kurung untuk menyara hidup. (myMetro)

1 comment:

  1. salam..bleh saya dapatkan info yg lebih mendalam mengenai pn fatimah...tq

    ReplyDelete

PERINGATAN BAGI LELAKI !

Mengikut Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995
"Mana-mana lelaki yang baligh yang tidak menunaikan Sembahyang Jumaat

tanpa apa-apa keuzuran syarie yang boleh didakwa dibawah Seksyen 20,

Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995, sekiranya disabit

kesalahan boleh di denda tidak lebih RM1,000 ATAU dipenjarakan selama

tempoh tidak melebihi enam (6) bulan ATAU kedua-duanya sekali."