Peranan Imam bukan dalam lingkungan masjid tetapi
suatu tugas agama dan sosial yang dapat meninggikan taraf masyarakat
dari segi pengetahuan , kesihatan dan sebagainya. Imam dalam istilah sekarang mrujuk kepada mereka yang dilantik oleh pihak berkuasa agama iaitu Jabatan Agama atau Majlis Agama Islam untuk melaksanakan tugas sebagai mengimami atau mengetuai sembahyang lima waktu, sembahyang dan khutbah jumaat, sembahyang hari raya dan hari-hari tertentu keagamaan. Begitu juga pusingan mengajar ilmu-ilmu agama di masjid. Mungkin lebih luas lagi fungsinya ialah menjadi penanggungjawab agama dan sosial setempat yang mesti manjalankan tugas menyebar luaskan semangat keagamaan serta memenuhi khidmat kemanusian kepada sesiapa yang memerlukan setakat yang termampu. Oleh sebab itu seorang imam biasanya, dikehendaki memenuhi syarat-syarat seperti mempunya akhlak yang baik dan boleh dijadikan contoh oleh penduduk setempat. Pakaian mencerminkan seorang yang berpegang kuat pada agama dan syarat asas ialah lulus atau terjadi dalam ujian lisan atau tulisan yang diadakan oleh pihak majlis atau jabatan agama negeri. Disetengah-setengah negeri arab jawatan Imam disyaratkan hendaklah berkelulusan sarjana muda (B.A) dari mana-mana fakulti Islam seperti kelulusan dari Al-Azhar (ini disyarat di Mesir dan Lubnan). Hal ini kalau dikaji ada hubungan dengan taraf anak mukim yang terdiri dari mereka yang berpendidikan tinggi terdiri dari doktor, peguam, jurutera dan para profesional lainnya, yang memerlukan Imam masjid juga mempunyai kelulusan yang memboleh dia menyelesaikan masalah semasa yang dikemukakan. Tetapi di Malaysia mungkin keadaan tidak memerlukan syarat sedemikian. Walau bagaimanapun fungsi Imam di negara juga mestilah mampu mentadbirkan masjid dan menjadi orang yang berwibawa dalam jawatankuasa masjid. Masjid dalam Islam bukanlah sekadar tempat ibadah tetapi sekaligus adalah sekolah dan pusat kegiatan kemasyarakatan. Oleh itu Imam mestilah mempunyai senarai keluarga yang didaftarkan di mukim tersebut dengan dengan mengumpul maklumat-maklumat nama, umur, pekerjaan, tanggungan dan keadaan sosial mereka supaya senang bertindak apabila keadaan memerlukan. Maka dengan itu peranan Imam menjadi penting :
Walaupun sekali pandang perkara-perkara tersebut di anggap diluar dari kegiatan Imam, tetapi ia akan berkesan jika dijalankan dengan kerjasama jawatankuasa masjid dan jawatankuasa kemajuan kampung. Namun demikian harus pula diingat, peranan yang besar mestilah sesuai dengan pendapatan yang patut diterima. Pihak kerajaan khususnya pihak berkuasa agama mestilah memberikan pendapatan para Imam ini yang sesuai, sekurang-kurangnya sama dengan pendapatan Guru Besar, Ketua Polis Daerah, Penghulu atau lebih dari itu. Imam pula mestilah diberi pembantu-pembantu terutama kerani, hal ehwal wanita dan seumpamanya. Kalau ini berlaku barulah Imam dapat berperanan dan berfungsi. Masjid pula dilengkap dengan perpustakaan dan buku-buku rujukan. Ada pula kawasan permainan yang sesuai, padang letak kereta, barulah masjid akan berfungsi sebagai hati kepada masyarakat. Kalau hati itu lemah atau jantung itu tidak cukup kuat, bagaimanakah diharap dapat melahirkan tubuh badan yang kuat dan cergas. Persoalan masjid masjid dan Imam tidaklah harus menjadi bahan menungan sampingan kalau kita benar-benar serius. Ia mesti turut dilibatkan para pemikir, ulamak, perancang. para guru dan mereka yang berada, juga media. Masjid mesti diberi keutamaan jauh lebih besar dari projek kebudayaan, sukan atau lainnya. Ia bukan sekadar tempat sembahyang, tetapi pusat segala kegiatan. Jadi, apa yang penting dalam program pengimarahan masjid atau dikatakan dhomiirul masjid sekarang ini beberapa langkah perlu diambil :
Masjidil Haram, Masjid Nabawi, Al-Azhar mestilah menjadi contoh yang masih memancarkan cahaya ilmu dan pusat dakwah. Di sana masih terdapat siri pengajian agama, kelas hafal Al-Quran, dan di Malaysia bahasa Arab mestilah dijadikan program yang bersungguh-sungguh. Kalau masyarakat begitu ghairah untuk belajar atau memberikan anak mereka bahasa Inggeris, tetapi kenapa tidak dengan bahasa Arab. Apa mereka mahu sepanjang hidup mereka berdoa tanpa tahu apa yang didoakan?. Imam dalam memberi khutbah hendaklah menyusuntajuk itu supaya ada urutan dan kaitan, banyak yang menjadi sungutan kepada Imam kerana tidak berupaya menjadikan khutbah itu satu media penting. Akhirnya ia menjadi satu rutin yang terpaksa didengar, sebagaimana mereka juga merasa rutin mengaminkan doa Imam dalam khutbah itu selepas sembahyang. Secara jelas, masjid mestilah kembali menunaikan tanggungjawab :
Jadi dengan ini kita yakin masjid akan dapat berperanan dan Imam sebagai kepala masjid akan memberikan suatu kekuatan kepada umat Islam bukan sahaja dalam ibadat tetapi juga ilmu pengetahuan, kebajikan dan lain-lain. Semoga usaha ini akan diteruskan dan diperjuangkan sehingga apa yang menjadi perbincangan ini tercapai. |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Rencana ini dipetik dari Majalah Pengasuh dengan ihsan : Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Negeri Kelantan (MAIK) . |
RAKAN BLOG MASJID
26 June 2013
PERANAN IMAM DALAM MASYARAKAT
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
PERINGATAN BAGI LELAKI !
Mengikut Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995
"Mana-mana lelaki yang baligh yang tidak menunaikan Sembahyang Jumaat
tanpa apa-apa keuzuran syarie yang boleh didakwa dibawah Seksyen 20,
Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995, sekiranya disabit
kesalahan boleh di denda tidak lebih RM1,000 ATAU dipenjarakan selama
tempoh tidak melebihi enam (6) bulan ATAU kedua-duanya sekali."
"Mana-mana lelaki yang baligh yang tidak menunaikan Sembahyang Jumaat
tanpa apa-apa keuzuran syarie yang boleh didakwa dibawah Seksyen 20,
Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995, sekiranya disabit
kesalahan boleh di denda tidak lebih RM1,000 ATAU dipenjarakan selama
tempoh tidak melebihi enam (6) bulan ATAU kedua-duanya sekali."
Subhanallah.... Besarnya peranan imam.
ReplyDelete