RAKAN BLOG MASJID

05 June 2013

BERAMAL DI BULAN REJAB

Bismillahirrahmanirrahim

Para ustaz ulang mengingatkan tentang keutamaan beramal di bulan Rejab. Mari kita mengulang-ngulang membaca doa ini...

اللهم بارك لنا في رجب وشعبان وبلغنا رمضان
Allah humma bariklana fi rojaba wa syaabana wabalighna ramadhan...

yang bermaksud:


"Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Sya'aban serta sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan."

Moga Allah mempertemukan lagi kita dengan bulan Ramadhan kali ini. Ada yang Allah rezeki dapat melalui Ramadhan yang telah berlalu namun takdir Allah telah menetapkan tiada kesempatan untuk dapat bertemu lagi kali ini dengan Ramadhan yang akan datang kerana diri telah terlebih dulu dijemput pulang ke rahmatullah. Semoga Allah mencucuri rahmat dan menempatkan ruh arwah ibuku di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh... ameen


Mari latih diri kita. Latihlah diri kita di bulan Rejab untuk:

lebih dekat dengan masjid
banyak mengaji Quran,
sering beristighfar
berpuasa sunat
solat2 sunat terutama Solat Malam
banyak bersedekah


Hiasi diri kita dengan ibadah sepanjang hari bermula bulan Rejab ini sebagai persediaan kita menuju Ramadhan.

Di antara puasa sunat yang dituntut ialah

berpuasa tiga hari setiap bulan. Hari-harinya ialah pada malam-malam bulan terang iaitu 13, 14 dan 15 dari tiap-tiap bulan. Tetapi jika memilih tiga hari yang lain pun boleh juga, cuma tiga hari yang tersebut tadi lebih utama.
puasa Nabi Daud a.s iaitu berpuasa sehari dan berbuka sehari. Hadis ada menyebut: Semulia-mulia puasa sunat ialah puasa Nabi Allah Daud iaitu berpuasa sehari dan berbuka sehari, dan puasa ini adalah lebih utama dari berpuasa terus-menerus sepanjang masa. Berkata Imam Ghazali r.m: Puasa Nabi Daud a.s itu adalah lebih berkesan dalam mendidik diri dan lebih kuat untuk menentang kehendak hawanafsu daripada puasa sepanjang masa.
puasa Isnin dan Khamis setiap minggu. Nabi Saw bersabda: "Amalan manusia dibentangkan di hadapan Allah Ta'ala pada dua hari itu (Isnin dan Khamis), maka aku ingin apabila dibentangkan amalanku, ketika aku berpuasa."
puasa pada hari jumaat juga dituntut disebabkan keutamaan dan kemuliaan hari itu, akan tetapi puasanya harus digandingkan dengan puasa Khamis atau Sabtu, kerana Rasulullah SAW pernah melarang orang yang berpuasa pada hari Jumaat semata-mata.


Selamat beramal, luruskan niat kita.

2 comments:

  1. Salam. Terimakasih sudi copy n paste post ini dari blog saya.

    ReplyDelete
  2. Afdal kalau Admin jgn lupa nyatakan sumber bahan di ambil dari mana agar terserlah amanahnya dlm kita berbuat baik demi manfaat umat.

    ReplyDelete

PERINGATAN BAGI LELAKI !

Mengikut Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995
"Mana-mana lelaki yang baligh yang tidak menunaikan Sembahyang Jumaat

tanpa apa-apa keuzuran syarie yang boleh didakwa dibawah Seksyen 20,

Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995, sekiranya disabit

kesalahan boleh di denda tidak lebih RM1,000 ATAU dipenjarakan selama

tempoh tidak melebihi enam (6) bulan ATAU kedua-duanya sekali."