Innalillahhiwainna ilaihirojiun ..Allah lebih sayang Imam II Masjid AsSalam Bukit Sentosa, Allahyarham Ustaz Muhammad Haqimuinuddin bin Hamzah (USTAZ HAQEEM) .Beliau (Allahyarham Haqeem) telah meninggalkan kita lebihkurang jam 12 tengahari 8 Jamadil Akhir 1435 Hijriah bersamaan 8/4/2014 di wad ICU Hospital Sg. Buluh .Semoga keluarga dan waris Allahyarham bersabar.
Beliau (Allahyarham Ustaz Haqeem) telah terlibat dalam kemalangan pada 30/3/2014 lebihkurang jam 12 tengahari dengan sebuah kereta yang meluru keluar dari simpang yang dipandu seorang remaja dan Allahyarham sewaktu itu menaiki motosikal ingin ke Masjid Bukit Sentosa bagi menjalankan khidmat serta tugas sebagai Imam untuk solat Zohor jemaah telah tersekat laluannya dan melanggar sebelah kanan kereta yang tiba-tiba menghalang lalunnya dan Allahyarham tercampak dan lokasi kemalangan adalah di simpang Jalan Anggerik 5 berhampiran Surau Saidina Ali dan Sekolah Rendah Kebangsaan Bukit Sentosa dan Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Sentosa 2.
Kesan masa itu Allahyarham mengalami luka dalaman pada muka dan patah kaki kiri serta tengkuk.
Pengerusi Surau Saidina Ali, Jalan Anggerik 5 Bukit Sentosa 2 En. Azham telah membawa Ustaz ke Hospital Sg. Buluh dan dimaskkan wad ICU dan lebih seminggu tidak sedarkan diri. Dugaan besar beliau ditambah apabila beliau sudah mempunyai penyakit kencing manis dan ini menyukarkan penyempuhan luka apabila pembedahan demi pembedahan terpaksa doktor yang merawat perlu akukan. Allahyarham terpaksa bernafas melalui Alat pernafasan dan dikawal rapi setiap hari serta terpaksa dimasukkan darah akibat pendarahan di hati beliau.
Pada hari kejadian 30/3/2014 Ahad itu beliau di infokan sempat mentalkinkan seorang ahli kariah dari Jalan Bakawali dan beliau juga dikatakan sempat juga mengusung keranda simati.
Al Fatihah. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama roh orang beriman dan soleh yang terdahulu. Semoga segala jasa dan bakti akan menjadi ingatan dan ikutan Jemaah dan keluarga yang ditinggalkan. Amin
ReplyDeleteAsmlkm Tn Nazir dan AJK Masjid as-Salam sekelian,
ReplyDeleteSaya ingin cadangkan supaya pihak masjid mengambil inisiatif mengutip tanda tangan para jemaah ahli khariah untuk memberi usul dan membuat permohonan rasmi kepada pihak MDHS untuk menutup pusat buangan sampah bersebelahan tanah perkuburan Bukit Sentosa kerana:
(1)Lokasi yang tidak sesuai kerana bersebelahan dengan tanah perkuburan.
(2)Mengeluarkan bau busuk yang sangat mencemarkan udara di sekitar kawasan Bukit Beruntung terutamanya perumahan Adenium, pusat Bisnes Adenium, Taman MK dan Plaza Tol dan sekitarnya.
(3) Jalan ke kawasan tanah perkuburan juga menjadi sangat kotor dan berlumpur akibat laluan lori sampah.
Setiap kali memasuki ke Plaza Tol Bukit Beruntung, para pengunjung seolah-olah di sambut dengan bau busuk yang semerbak. Perkara ini tidak boleh dibiarkan. Selain daripada memberi masalah kesihatan, ia juga memberi imej buruk kepada Bukit Beruntung.
Sebagai sebuah pusat tumpuan masyarakat Islam, saya rasa pihak Masjid boleh memainkan peranan penting untuk mengenengahkan isu ini bagi kebaikan semua penduduk. Sedih hati saya melihat Ustaz Wan, Ustaz Hazri & Ustaz Abd Aziz di kerumuni lalat semasa membacakan talqin dan doa di sisi pusara arwah ust Haqim semalam.
Mohon MDHS sekurang-kurangnya mempunyai perancangan dalam masa terdekat untuk memindahkan pusat pembuangan sampah ke tempat lain contohnya ke Bukit Tagar. Jumlah penduduk kawasan kita sudah mencapai puluhan ribu berbanding dengan 15 tahun dulu, jadi pusat buangan sampah ini wajar sangat di pindahkan ke lokasi lain yang jauh dari penempatan awam.
Harap mendapat perhatian Tn Nazir untuk membincangkan isu ini di peringkat mesyuarat AJK yang akan datang. Segala kerjasama dan jasabaik Tn Nazir dan Ajk sekelian saya dahulukan dengan ribuan terima kasih. Semoga niat yang ikhlas ini bakal di permudahkan Allah. Jazakallah.
HishamAR (ahli jemaah masjid as-Salam)
9 April 2014
Mungkin dah sampai masa masjid mencarum perkeso utk pegawai yang bertugas sepenuh masa dengan masjid. Bukan mahal pun. Ahli qaryah rasanya semua setuju. Harap dapat pertimbangkan segera.
ReplyDeleteAsSalam. Menyokong cadangan SOT. Mohon tuan Nazir dan pihak masjid dapat membuat usul secara rasmi kepada MDHS agar dapat dipindahkan tapak pembuangan sampah ke kawasan lain yang lebih sesuai. Moga segala usaha diberkati Allah .. amiinn.
ReplyDeleteKami di khariah surau al-Faaizeen menyokong penuh saranan SOT. Sudah sampai masanya pihak pengurusan Masjid as-Salam lebih pro-aktif dalam memperjuangkan permaslahatan umat dan kepentingan masyarakat umum di Bukit Beruntung ini. Mulakan usha mendapatkan tandatangan sokongan daripada ahli khariah masjid sekelian supaya terkumpul sekurang-kurangnya 1,000 tandatangan untuk dikembarkan bersama memo rasmi dengan letter head Masjid untuk meminta MDHS menutup pusat buangan sampah BB dan memindahkan ke tempat lain di luar BB. Kami syor mulakan signature drive ini pada hari ini sempena solat Jumaat. Jazakallah.
ReplyDeleteMohon sokongan dari khariah surau2 lain dalam khariah Masjid as-Salam. Semoga sokongan kita akan memberi semangat kepada pihak pengurusan Masjid untuk bertindak dengan kadar segera.