RAKAN BLOG MASJID

05 September 2011

ALHAMDULILLAH KURMA DAH BERBUAH !




Lebih 10 tahun lalu, kawasan perkarangan Masjid Negeri Sabah dihiasi dengan lebih 30 pohon pokok kurma.
Ia dipelopori oleh Tuan Hj Adnan Yusuf, ketika itu beliau selaku Timbalan Pengerusi JK Induk Masjid Negeri.
Selepas lebih 10 tahun, kini hanya tinggal 27 pohon saja yang masih ada, yang lain ada yang mati dan dicabut.
Beberapa hari lepas heboh di kalangan pekerja dan jamaah masjid apabila mendapati salah satu tandan dari sebatang pokok kurma yang ada sudah menghasilkan buah.
Masing-masinglah menyaksikan peristiwa ‘bersejarah’ itu dan mengambil gambar kenangan.
Ada baiknya juga pihak masjid berhubung segera dengan Jabatan Pertanian untuk dijadikan ‘pokok angkat’ dengan dilindungi atau dipagar daripada gangguan awam.
Maklum saja kawasan parkir masjid boleh dimasuki bila-bila masa oleh orang ramai.
Bahkan saya melihat di pohon itu ada sebatang kayu seperti baru dilempar ke arah buah kurma.
Harap-harap tidak ada sabotaj oleh sesiapa untuk merosakkan mana-mana pokok kurma di kawasan masjid ini.
Dengarnya Tuan Hj Adnan telah mengambil sebiji kurma itu dan dijadikan tertemoni dan bukti keberhasilan usahanya lebih 10 tahun lalu.
http://abunuha.wordpress.com/2008/page/21/

2 comments:

  1. Alhamdulillah, penantian 10 tahun telah berakhir di Masjid Negeri Sabah.

    Mengambil iktibar, saya ingin cadangkan supaya perkarangan Masjid as-Salam yg luas ini di tanam dgn pokok buah2an. InsyaAllah hasilnya nanti kita infakkan kpd para jemaah sekelian. Mungkin penantian kita tidak sampai 10 tahun, insyaAllah.

    Kita gantikan pokok2 yg lebat daun sahaja itu kepada pokok2 yg lebat daun & buahnya sekali. Amacam?

    Kita jemput ahli2 khariah untuk bersedekah anak2 pokok & kita set satu hari gotong-royong untuk sama2 menanam pokok2 ini.

    Diharap mendapat pertimbangan Tn Nazir & AJK sekelian untuk dimuzakarahkan?

    ReplyDelete
  2. jazakallahhu hairan ...terima kasih pada cadangan yg bagus, akan dimesyuaratkan dan utk pengetahuan tuan , Masjid assalam setakat kurma memang ada ditanam tapi belum 10 tahun ...

    ReplyDelete

PERINGATAN BAGI LELAKI !

Mengikut Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995
"Mana-mana lelaki yang baligh yang tidak menunaikan Sembahyang Jumaat

tanpa apa-apa keuzuran syarie yang boleh didakwa dibawah Seksyen 20,

Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995, sekiranya disabit

kesalahan boleh di denda tidak lebih RM1,000 ATAU dipenjarakan selama

tempoh tidak melebihi enam (6) bulan ATAU kedua-duanya sekali."