RAKAN BLOG MASJID

01 October 2011

ALHAMDULILLAH 9 ORANG DITAJA MAIS TUNAIKAN HAJI 2011

KLANG – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menaja 9 orang bakal-bakal haji bagi menunaikan haji untuk tahun 2011 pada Majlis Menghadap Duli Yang Maha Mulia Tuanku oleh Bakal-Bakal Haji 1432H di Istana Alam Shah pada 19 September yang lalu.

Tajaan diberikan kepada pegawai masjid dan mualaf yang banyak memberi sumbangan kepada pembangunan Islam di negeri Selangor. Selain itu, bakal-bakal haji yang terpilih ini terdiri daripada mereka yang cemerlang dan banyak menyumbang masa tenaga serta fikiran kepada masyarakat dan jabatan masing-masing.

Penyampaian cenderahati kepada individu-individu yang mendapat tajaan menunaikan haji disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.

Selain MAIS, turut menaja bakal-bakal haji bagi menunaikan haji ialah DYMM Sultan Selangor seramai 6 orang, Tabung Bantuan Menunaikan Haji Tajaan Waris / Kerabat DiRaja Selangor dan Dato'-Dato' DiRaja Selangor seramai 4 orang, Lembaga Zakat Selangor (LZS) seorang, Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) seramai 3 orang dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) seramai 18 orang menjadikan jumlah keseluruhan bakal-bakal haji yang ditaja adalah seramai 41 orang.

Turut hadir pada majlis ini ialah YAB Dato’ Menteri Besar Selangor, YAD Dato’ Setia Pengerusi MAIS, YB Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri Selangor dan Sahibus Samahah Dato’ Seri Utama Diraja Mufti Selangor.

No comments:

Post a Comment

PERINGATAN BAGI LELAKI !

Mengikut Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995
"Mana-mana lelaki yang baligh yang tidak menunaikan Sembahyang Jumaat

tanpa apa-apa keuzuran syarie yang boleh didakwa dibawah Seksyen 20,

Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995, sekiranya disabit

kesalahan boleh di denda tidak lebih RM1,000 ATAU dipenjarakan selama

tempoh tidak melebihi enam (6) bulan ATAU kedua-duanya sekali."