RAKAN BLOG MASJID

29 July 2013

MASYAALLAH .. PUASA RAMADAN 24 JAM ?

MASYARAKAT ISLAM DI KIRUNA SWEDEN BERPUASA 24 JAM

“Kiruna tempat paling tinggi di wilayah ini (Sweden). Matahari tidak pernah terbenam selama beberapa bulan,” kata seorang Muslim Kiruna, Ali Melhem.

Lelaki berusia 45 tahun ini mengatakan waktu puasa yang panjang tentu membuat dirinya dan orang Islam lainnya kepenatan. Melhem tinggal di Kiruna sudah lebih dari 24 tahun. Sebelum ini Ramadan tiba ketika musim luruh.

Tetapi, berbeza kali ini, Ramadan tiba ketika wilayah berdekatan Kutub Utara ini memasuki awal musim panas. Melhem memang tetap berpuasa. Namun dia mengatakan, puasa 24 jam penuh menjadi dugaan yang begitu berat. Terutama bagi isteri dan anak-anaknya. ”Saya dan istri sudah berbincang dengan ulama-ulama di Iran dan Iraq,” kata Melhem.

Perbincangan itu bagaimana pun tidak memberi jawapan yang jelas. Melhem mengaku beliau menganut Islam Syiah. Para ulama menyampaikan kepadanya untuk menunda puasa sehingga musim gugur tiba. Sedangkan ulama lain memberi saranan agar tetap berpuasa mengikut waktu berbuka di wilayah matahari terbenam yang terdekat.

Petunjuk itu memang ada. Sebahagian Muslim Kiruna juga mengikuti saranan ulama itu. Wilayah terdekat dari Kiruna adalah Lulea dan Umea. Di dua tempat itu, malam diberi kesempatan untuk muncul. Tetapi hanya satu jam. Bermakna, puasa di bahagian selatan Kiruna mencapai 23 jam!

Dari sembilan juta populasi muslim di Sweden, tercatat kira-kira 350 ribu penganut Islam. Islamic Center di Malmo, Sweden mengatakan, komuniti muslim tersebut memang kebanyakan tinggal di wilayah-wilayah tinggi. Musim panas ketika Ramadhan di negeri tersebut, hingga sekarang belum mendapat penjelasan jelas dari pakar agama dan ulama.

Di Finland contohnya, bagi kalangan Islam Sunni di negara itu memilih mengabaikan panjangnya hari-hari berpuasa. Mereka mengikuti waktu berpuasa muslim di Makkah atau di Madinah, Arab Saudi.

No comments:

Post a Comment

PERINGATAN BAGI LELAKI !

Mengikut Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995
"Mana-mana lelaki yang baligh yang tidak menunaikan Sembahyang Jumaat

tanpa apa-apa keuzuran syarie yang boleh didakwa dibawah Seksyen 20,

Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995, sekiranya disabit

kesalahan boleh di denda tidak lebih RM1,000 ATAU dipenjarakan selama

tempoh tidak melebihi enam (6) bulan ATAU kedua-duanya sekali."