RAKAN BLOG MASJID

10 July 2013

RM2.7 Juta Untuk Masjid Dan Surau Seluruh Negeri Selangor

RM2.7 juta Untuk Masjid Dan Surau Seluruh Negeri Selangor

 

SHAH ALAM 11 JULAI : Kerajaan Negeri Selangor memperuntukkan sejumlah RM2.7 juta sempena sambutan Ramadan ini kepada masjid dan surau di seluruh negeri bagi melaksanakan program Ihya Ramadan pada tahun ini.

Exco Hal Ehwal Islam, Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Desa, Sallehen Mukhyi berkata, peruntukan itu melibatkan kira-kira 392 buah masjid, 170 buah surau yang dinaikkan taraf yang digunakan solat Jumaat dan 1881 buah surau.

Katanya, bagi masjid ia diperuntukkan sebanyak RM1,650 manakala bagi surau dinaiktaraf memperolehi RM1,250 dan surau sebanyak RM1,000.

“Duit tersebut akan disalurkan terus kepada akaun masjid dan surau masing-masing yang diharap akan digunakan untuk menghidupkan bulan Ramadhan dengan program ibadah,” kata Sallehen semasa sidang media di pejabatnya di sini.

Katanya, pada tahun ini wang peruntukkan itu disalurkan terus kepada pihak masjid dan surau agar penyampaiannya lebih pantas dan dapat digunakan terus.

No comments:

Post a Comment

PERINGATAN BAGI LELAKI !

Mengikut Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995
"Mana-mana lelaki yang baligh yang tidak menunaikan Sembahyang Jumaat

tanpa apa-apa keuzuran syarie yang boleh didakwa dibawah Seksyen 20,

Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995, sekiranya disabit

kesalahan boleh di denda tidak lebih RM1,000 ATAU dipenjarakan selama

tempoh tidak melebihi enam (6) bulan ATAU kedua-duanya sekali."