Kencing
atau bahasa sopan membuang air kecil ini sudah bukan suatu perkara yang
asing lagi bagi umat manusia. Setiap manusia melakukan aktiviti ini
untuk mengeluarkan sisa-sisa
metabolisme tubuh (mengeluarkan kotoran tubuh). Dalam melakukan aktiviti inipun kita dituntut melakukannya dengan benar dan sesuai aturan.
Hadis
yang diriwayatkan oleh Aisyah RA berkata bahawa Rasulullah SAW tidak
pernah kencing sambil berdiri semenjak diturunkan kepadanya Al-Quran.
Secara
kesihatan kencing berdiri adalah penyebab utama penyakit batu karang
karang pada semua penderita penyakit tersebut dan merupakan salah satu
penyebab penyakit lemah syahwat bagi sebagian lelaki.
Dari segi
agama, kebanyakan orang yang biasanya kencing berdiri kemudian mereka
akan mendirikan solat, ketika akan rukuk atau sujud maka terasa ada
sesuatu yang keluar dari kemaluannya, itulah sisa air kencing yang tidak
habis keluar ketika kencing sambil berdiri, apabila perkara ini terjadi
maka solat yang dikerjakannya tidak sah kerana air kencing adalah najis
dan salah satu syarat sahnya solat adalah suci dari hadas kecil maupun
hadas besar.
Umumnya kita memandang ringan terhadap cara dan
tempat buang air, mungkin kerana pertimbangan waktu atau situasi dan
kondisi yang mengharuskan (terpaksa) untuk kencing berdiri tanpa
menyangka keburukannya dari sisi sunah dan kesihatan. Orang dulu
mempunyai budaya melarang anak kencing berdiri sehingga kita sering
mendengar pepatah “Guru kencing berdiri, murid kencing berlari”, kerana
memang terdapat efek negatif dari kencing berdiri.
Kebiasaan
orang kencing berdiri akan mudah lemah batin, kerana sisa-sisa air dalam
pundi-pundi yang tidak habis terpancar menjadikan kelenjar otot-otot
dan urat halus sekitar zakar menjadi lembik dan kendur. Berbeza dengan
buang air mencangkung, dalam keadaan bertinggung tulang paha di kiri dan
kanan merenggangkan himpitan buah zakar.
Ini memudahkan air
kencing mudah mengalir habis dan memudahkan untuk menekan pangkal buah
zakar sambil berdehem-dehem. Dengan cara ini, air kencing akan keluar
hingga habis, malahan dengan cara ini kekuatan sekitar otot zakar
terpelihara.
Ketika buang air kencing berdiri ada rasa tidak
puas, kerana masih ada sisa air dalam kantong dan telur zakar di bawah
batang zakar. Ia berkemungkinan besar menyebabkan batu karang. Kenyataan
membuktikan bahawa batu karang yang berada dalam ginjal atau kantong
dan telur zakar adalah disebabkan oleh sisa-sisa air kencing yang tidak
habis keluar. Endapan demi endapan akhirnya mengkristal/mengeras seperti
batu karang.
Jika anda meneliti sisa air kencing yang tidak
dibersihkan dalam bilik mandi, anda bayangkan betapa keras
kerak-keraknya. Bagaimana jika itu ada di kantong kemaluan Anda??
perkara ini juga merupakan salah satu yang menyebabkan penyakit lemah
syahwat pada lelaki selain dari penyebab batu karang.
Demikian hikmahnya Rasulullah SAW melarang kencing berdiri.
Sehingga
Nabi Saw sering mengingatkan dalam sabdanya: “Hati-hatilah dalam
masalah kencing kerana kebanyakan siksa kubur dikeranakan tidak
berhati-hati dalam kencing”.
Hadis riwayat Ibnu Abbas ra., ia berkata:
Rasulullah saw. pernah melalui dua buah kubur, lalu beliau bersabda:
Ingat,
sesungguhnya dua mayat ini sedang disiksa, namun bukan kerana dosa
besar. Yang satu disiksa kerana dia dahulu suka mengadu domba, sedang
yang lainnya disiksa kerana tidak membersihkan dirinya dari air
kencingnya. Kemudian beliau meminta pelepah daun kurma dan dipotongnya
menjadi dua.
Setelah itu beliau menancapkan salah satu pada
sebuah kuburan dan yang satunya lagi pada kuburan yang lain seraya
bersabda: Semoga pelepah itu dapat meringankan siksanya, selama belum
kering. (Shahih Muslim No.439)
Adab Buang Air Kecil Dan Memasuki Tandas
Maka
ada baiknya kita belajar adab-adab dan sunnah-sunnah di tandas (bilik
air) berikut agar kita banyak mendapatkan manfaat baik di dunia
(kesihatan) maupun di akhirat (agama) yang telah diajarkan Rasulullah
SAW:
1. Buang air mencangkung (tidak berdiri jika tidak
terpaksa/darurat), agar kotoran boleh keluar lancar sehingga tidak
menjadi penyebab batu karang mahupun lemah syahwat
2. Menggunakan alas kaki
Menurut
kajian di Amerika Syarikat di dalam kamar mandi/bilik air ada sejenis
virus dengan type Americanus yang masuk melalui tapak kaki orang yang
ada di bilik air tersebut. Dengan proses waktu yang panjang virus
tersebut naik ke atas tubuh dan ke kepala merosak jaringan otak yang
menyebabkan otak lemah tak mampu lagi mengingat, blank semua memori otak
sehingga nyanyuk. Sandal hendaknya diletakkan di luar bilik air, jangan
di dalam bilik air, kerana semakin kotor, lembab dan tidak mengenai
sasaran kebesihan.
3. Masuk kamar mandi/bilik air dengan kaki kiri dan keluar dengan kaki kanan
Inilah
sunnah yang diperintahkan oleh Nabi, dan juga disunnahkan untuk membaca
doa sebelum masuk kamar mandi (doa dibaca di luar bilik mandi) dan
setelah keluar dari bilik mandi. Berbeza jika kita masuk masjid dan
rumah, masuk masjid atau rumah dengan kaki kanan dan keluar dengan kaki
kiri.
4. Beristinjak dengan air dan dengan tangan kiri
Beristinjak
(bersuci dan membersihkan kotoran) dengan air, bukan dengan tissue atau
lainnya kecuali jika tidak ditemukan air ketika dihutan, padang pasir
dsb. Boleh gunakan tissue tapi harus dibilas lagi dengan air setelahnya.
Syarat kebersihan dan kesucian dari najis menurut syariat adalah hilang
warna, hilang bau, dan hilang rasa dari najis tersebut. Beristinjak
juga disunnahkan dengan tangan kiri, inilah pembahagian tugas dari
tangan, bagaimana tangan kiri untuk urusan ‘belakang’ sedangkan untuk
makan & minum disunnahkan dengan tangan kanan, jangan
dicampuradukkaan, tangan yang untuk urusan belakang itu juga untuk
makan. Dan Nabi melarang makan & minum dengan tangan kiri.
5. Jangan merancang/merencana sesuatu di bilik air
Nabi
sangat melarang merancang atau membuat suatu rancangan/idea/inspirasi
di dalam bilik air, kerana bilik air adalah markas syaitan sebagaimana
doa kita ketika hendak masuk bilik air: “Allahumma inni a’udzubika minal
khubutsi wal khabaits”, Yaa Allah, aku berlindung kepada-Mu dari godaan
syaitan laki-laki maupun perempuan”.
Kerana dikhuatiri
rancangan/idea/inspirasi yang didapati berasal dari bisikan syaitan yang
kelihatannya baik tapi setelah dijalankan ternyata banyak
mudarat/keburukannya. Begitu juga setelah keluar bilik air, baca
istighfar dan doa keluar bilik air. Secara adab dan budaya pun sangat
tidak baik, sambil buang kotoran mencari idea/inspirasi atau
merancangkan sesuatu yang baik apalagi sesuatu itu menyangkut hajat
hidup orang ramai. Disunahkan juga untuk menyegerakan keluar bilik air
apabila hajat sudah selesai, bukan malah bernyanyi-nyanyi apalagi sambil
baca buku atau akhbar.
6. Ketika buang air dilarang menghadap
atau membelakangi kiblat, apabila lubang bilik air menghadap kiblat
hendaklah ketika buang air badan agak diserongkan sedikit
Apabila
sunnah diamalkan walaupun dalam bilik air maka kita ini juga namanya
ibadah. Betapa sayangnya setiap hari kita ke bilik air beberapa kali
tapi tidak mendapatkan pahala ibadah dengan menghidupkan sunnah. Padahal
salah satu maksud dan tujuan manusia diciptakan adalah untuk ibadah.
No comments:
Post a Comment