RAKAN BLOG MASJID

10 July 2013

SOLAT ATAS KERUSI DALAM SAF JEMAAH !

 Makmun yang berkerusi ini perlu diberitahu bahawa kaki kerusi belakang harus sama dengan tumit makmum disebelahnya. Jika tidak, beliau(makmum berkerusi) akan menyusahkan makmum dibelakangnya untuk sujud.
 Makmum berkerusi berbaju biru ini adalah contoh terbaik kepada makmum yang berkerusi di mana beliau(makmum berkerusi) ambil kedudukan di hujung dan kaki kerusi belakang sama dengan tumit makmum di sebelahnya.

Solat atas kerusi dalam saf jemaah
Assalaamualaikum, nak tanya sikit... saya baru lepas operation lutut dan mula gi solat kat surau & masjid. Saya guna kerusi untuk solat kerana tak boleh duduk tahiyyat sebab kaki kiri tak boleh lipat habis. Masa takbiratul ihram dan rukuk, saya berdiri macam biasa. Biasanya saya letak kerusi dibahagian hujung sekali saf pertama. Persoalan saya... bila saya sembahyang kat surau, jemaah lain nasihatkan saya supaya kaki kerusi belakang hendaklah sama dengan tumit jemaah yg lain bermakna saya berdiri kedepan sikit dari saf jemaah tersebut. Jadi ianya tidah mengganggu tempat sujud jemaah di saf kedua. Di masjid pulak jemaah nasihatkan saya agar berdiri seperti biasa sebaris dengan jemaah lain di saf tersebut, tumit selari seperti yg sepatutnya. Kerusi pulak diletakkan ke belakang dari saf. Pada pandangan saya ianya boleh menghalang tempat sujud jemaah saf belakang... apa pandangan ustaz?


Dalam bab ini perlu dilihat maksud dari hukum saf yg lurus... adakah tumit bertemu tumit sebagai maksud sebenar dari saf iaitu adakah dia maksud zati atau ia hanya cara dan wasilah untuk mendapatkan saf yang lurus iaitu maksud lighairihi.

Dalam masalah ini, tumit bertemu tumit atau kaki lurus dengan jemaah yg lain hanyalah maksud lighairihi iaitu hanya wasilah untuk meluruskan saf. Justeru jika ada apa-apa masalah berlaku seperti solat menggunakan kerusi, solat dengan melunjurkan kaki dalam keadaan duduk dan sebagainya akan menjadi mudah dan diselesaikan dengan baik iaitu bukan nak bersusah payah temukan tumit dengan tumit tetapi lihat kelurusan saf badan kerana hadis yg perintah rapat tumit juga perintah rapat bahu maka bahu juga perlu diambil kira dan ia lebih praktikal dalam masalah begini.

Walaupun org yg solat menggunakan kerusi masih mempunyai tumit dan kaki tetapi itu bukan maksud dan tujuan dalam saf. Yang penting badannya dalam saf yg lurus dan kedudukannya tidak meganggu org yang berada di saf belakang atau depan dia.

Wallahu a'lam bissowaab.

1 comment:

  1. cara solat atas kerusi

    https://youtu.be/t8niYS_oyfo

    ReplyDelete

PERINGATAN BAGI LELAKI !

Mengikut Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995
"Mana-mana lelaki yang baligh yang tidak menunaikan Sembahyang Jumaat

tanpa apa-apa keuzuran syarie yang boleh didakwa dibawah Seksyen 20,

Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995, sekiranya disabit

kesalahan boleh di denda tidak lebih RM1,000 ATAU dipenjarakan selama

tempoh tidak melebihi enam (6) bulan ATAU kedua-duanya sekali."